05 January 2010

Respon Penukaran Laluan Masuk/Keluar Kolej Kediaman UPM

Untuk makluman pelajar UPM, MPPUPM 08/09 faham semua pelajar berhadapan dengan masalah penukaran laluan masuk/keluar kolej kediaman. Malah, pihak kami turut terkesan sama seperti yang semua pelajar rasakan.

Oleh itu, MPPUPM 08/09 telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perjumpaan bersama dengan Pihak Keselamatan, Unit Pengangkutan dan Jemaah Presiden Kolej Kediaman bagi membincangkan perkara ini pada 5/1/2010.

Sesungguhnya, MPPUPM 08/09 sedang mengusahakan beberapa cadangan penyelesaian bagi isu ini. Namun, MPPUPM 08/09 ingin mendapatkan lebih banyak Cadangan/Pandangan Pelajar berkenaan isu ini agar cadangan penyelesaian yang lebih menyeluruh dan berkesan dapat dicadangkan kepada Pihak Pengurusan Universiti Putra Malaysia.

Maka, berbangga hatilah MPPUPM 08/09 sekiranya pelajar UPM sanggup meluangkan sedikit masa yang berharga untuk mengisi borang kaji selidik mengikuti "link" dibawah.

Sememangnya, kerjasama daripada semua pelajar UPM amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP