07 January 2010

Maklum Balas Perjumpaan Mengenai Penukaran Laluan Masuk/Keluar Kolej Kediaman UPM

Untuk makluman pelajar UPM, MPPUPM 08/09 telah mengadakan perjumpaan bersama dengan Pihak Keselamatan, Unit Pengangkutan dan Jemaah Presiden MTM Kolej Kediaman bagi membincangkan isu Penukaran Laluan Masuk/Keluar Kolej Kediaman UPM pada 5/1/10.

Dalam perjumpaan tersebut, pelajar telah terbahagi kepada 2 kumpulan di mana satu kumpulan bersetuju dengan penukaran laluan sementara satu kumpulan lagi tidak bersetuju.

Kumpulan pelajar yang bersetuju dengan penukaran laluan kebanyakannya tinggal di Kolej Serumpun di mana mereka menyatakan hal ini telah banyak memudahkan mereka.

Sementara itu, pelajar yang tinggal di Kolej Tradisional mengutarakan suara bantahan kerana mereka terpaksa menghabiskan lebih banyak petrol dan masa untuk bergerak melalui Lebuh Silikon dan mereka telah mengesa agar pintu berhampiran gereja dibuka semula.

Selepas perbincangan, penukaran laluan masuk/keluar kolej kediaman UPM TETAP akan diteruskan. Satu penambahbaikan yang dicadangkan oleh pihak MPPUPM 08/09 adalah Pemanjangan Masa Pembukaan Pintu Berdekatan Gelanggang Tenis sampai pukul 8.30pm bagi memudahkan pergerakan pelajar yang ingin menghadiri kuliah.

Untuk pengetahuan semua, antara matlamat perubahan laluan ini adalah bagi Menjamin keselamatan jalan raya dan keselesaan lalu-lintas kepada pengguna. Pintu berhampiran gereja yang kecil tidak dapat menampung penggunaannya yang banyak, terutamanya pada waktu malam apabila ianya ditukarkan kepada 2 hala. Hal ini mungkin mendatangkan kebahayaan kepada pengguna.

Pada masa yang sama, perubahan ini turut bertujuan Mengurangkan kadar jenayah seperti kecurian, pukau, pecah bilik dan sebagainya (UPM Ranking No. 2 Kes Kecurian selepas Mines) dengan sedikit pengorbanan daripada pelajar, staf dan pelawat. 

Unit Keselamatan akan memperketatkan kawalan sekuriti kepada setiap orang yang memasuki/keluar daripada zone kolej bagi membendung kes jenayah. Cadangan daripada pihak MPPUPM 08/09 untuk memasang CCTV di Pintu Lebuh Silikon turut diterima dan akan dilaksanakan secepat mungkin.

MPPUPM 08/09 mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai pandangan/cadangan penambahbaikan terhadap isu ini untuk mengikuti kaji selidik dengan hanya mengklikkan pada "link" di bawah.

Di sini, MPPUPM 08/09 mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang ikhlas meluangkan masa bagi memberi pandangan/cadangan penambahbaikan.


ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP