Maklum Balas MPPUPM 08/09 Berkenaan Isu Semasa - 2
ISU KALIMAH ALLAH: MPP UPM MAHU DIHENTIKAN POLEMIK DEMI KEAMANAN NEGARA
Keputusan Mahkamah Tinggi meluluskan akhbar Herald-The Catholick Weekly benar-benar memberi implikasi kepada keharmonian negara khususnya perasaan umat Islam negara ini.
Ramai pihak merasakan isu ini perlu diselesaikan segera dan bukan menggunakan saluran perundangan termasuk memohon pihak berkenaan menggugurkan kes ini bagi mengelakkan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah selepas proses rayuan dibuat oleh KDN.
Saudara Fazil Yahaya,Pelajar tahun tiga, FPP ketika diminta mengulas perkara ini menyatakan “semua orang patut rasa bimbang dan memainkan peranan masing-masing supaya polemik agama yang mendorong kepada ketegangan ini tidak berterusan kerana suka atau tidak, ekonomi negara akan terjejas dan telah pun terjejas. Saya banyak menyelak akhbar antarabangsa yang memberi liputan tentang isu ini dan saya gusar dengan perspektif yang mereka berikan”.
MPP menyeru mahasiswa yang cintakan negara, janganlah kita menggadaikan kesejahteraan dan keamanan negara dan membangkitkan isu-isu keagamaan dan perkauman kerana akibatnya kita juga yang akan rugi sekiranya berlaku ketegangan dan konflik.
Oleh itu, marilah kita semua bersatu atas persetujuan menjaga kesejahteraan dan keamanan negara. Selesaikan perselisihan faham penggunaan kalimah Allah di meja perundingan dengan menggunakan naluri mata hati bukannya melalui kaca mata perundangan.
ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment