24 January 2010

LIPUTAN KHAS: Isu Kebajikan Perjuangan MPPUPM 08/09 - 4

ISU PERUBAHAN LALUAN KELUAR MASUK SELESAI: MPP DAN JEMAAH PRESIDEN KOLEJ  UPM BERBINCANG DENGAN PIHAK KESELAMATAN 

Pada 5 Januari 2010 bertempat di Bangunan Bahagian Keselamatan UPM, satu mesyuarat telah diadakan bagi mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah laluan keluar masuk yang telah berubah. Isu ini menjadi hangat di kalangan pelajar disebabkan mereka terpaksa melalui jalan di lebuh silikon yang jauh selepas pukul 7 petang. 

Hal ini kerana, sudah menjadi kebiasaan mereka untuk masuk melalui pintu berdekatan dengan gereja. Namun dengan perubahan yang telah dilakukan dengan menutup pintu tersebut pada pukul 7 bagi semua kecuali Bas Kampus, MPP UPM bersama Jemaah Presiden Kolej berasa terpanggil untuk berbincang dengan pihak Keselamatan UPM berkenaan dengan isu ini. 

Pihak keselamatan menyatakan bahawa mereka telah mendapat laporan daripada pihak Polis Di Raja Malaysia yang menyatakan UPM berada pada ranking index kadar jenayah di IPD Subang.Hal ini dinyatakan lagi disebabkan oleh UPM mempunyai 22 buah pintu untuk dan jumlah anggota leselamatan yang kurang mencukupi menyebabkan langkah ini diambil bagi keselamatan pelajar di dalam Kolej dan kampus. 

Cadangan mengurangkan laluan keluar masuk ini juga telah dibincang bersama NC dan juga pengurusan university  dan  juga bersama Unit Pengangkutan dan cadangan ini juga telah diperakui oleh pihak PDRM yang menyatakan ini merupakan cadangan yang paling baik bagi membasmi jenyah di dalam kampus. 

Walau bagaimana pun, setelah perbincangan pihak keselamatan bersetuju untuk melanjutkan waktu di pintu keuar berdekatan dengan gelanggang tenis dari pukul 7 hingga pukul 8.30 malam. Cadangan ini telah diusulkan oleh MPP UPM dan disetujui oleh semua Presiden Kolej yang hadir pada malam itu.Oleh yang demikian pihak MPP UPM akan sentiasa memantau keberkesanan tindakan ini dilakukan bagi menjaga kebajikan pelajar bersama.

ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP