23 April 2009

PERJUANGAN ISU MINGGU ULANGKAJI


Deligasi MPP UPM 08/09 yang terlibat dalam perjumpaan bersama TNC (Akademik dan Antarabangsa) UPM.

Ketiadaan Minggu Ulangkaji sebelum minggu peperiksaan akhir bermula telah menyebabkan pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia berada dalam keadaan tertekan kerana tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat ulangkaji pelajaran. Masalah ini turut ditambah dengan kepadatan jadual peperiksaan yang turut menyebabkan pelajar-pelajar terpaksa menduduki 2 hingga 3 kertas peperiksaan akhir dalam satu hari yang sama sekaligus menyebabkan kualiti persediaan pelajar bagi menghadapi dan menjawab peperiksaan terganggu.

Menyedari akan masalah ini, maka dengan penuh rasa prihatin dan tanggungjawab Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2008/2009 (MPPUPM08/09) yang diketuai oleh Saudara Mohd Syamsul Bin Salleh (Yang Di Pertua), dan dibantu oleh Saudara Ong Guang Xin (Timbalan Naib Yang Di Pertua Kepimpinan Dan Penyelidikan), Saudara Mohd Rashidie Ramli (Pengertusi Sekreteriat ICT, Penerangan Dan Penerbitan) dan Saudari Lai Ying Si (Pengerusi Sekreteriat Akademik, Keusahawanan Dan Kerjaya) telah membawa isu ini untuk tindakan segera oleh Bahagian Akademik Universiti Putra Malaysia melalui perjumpaan rasmi MPP bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia.

Sehubungan dengan perkara tersebut, kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar UPM, sekali lagi memohon kerjasama dan bantuan daripada seluruh pelajar UPM untuk turut sama memperjuangkan isu ini dengan mengambil bahagian dalam menjawab borang soal selidik yang akan diedarkan oleh MPP kepada pelajar tentang penetapan minggu ulangkaji dan minggu peperiksaan akhir ini.

"ASPIRASI ANDA INSPIRASI MPP"

Read more...

03 April 2009

MPP UPM 08/09 TURUN PADANG KE BINTULU


MPP UPM 08/09 melawat ladang dan kawasan amali pelajar kampus Bintulu

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sesi 2008/2009 sedang menjalankan lawatan kerja rasmi ke Kolej Seri Rajang, UPM kampus Bintulu. Lawatan kerja yang dijalankan pada 02 April 2009 hingga 05 April 2009 ini bertujuan untuk mengenalpasti dan membantu dalam menyuarakan keluhan kebajikan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di kolej Sri Sajang (KSR) kampus Bintulu ini ke peringkat yang lebih tinggi.

“Aspirasi Anda Inspirasi MPP”

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP