19 January 2010

Pembubaran MPPUPM 08/09

Salam 1Malaysia!

Untuk makluman semua, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 08/09 (MPPUPM 08/09) telah dibubarkan secara rasminya pada hari ini.

MPPUPM 08/09 ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesalahan atau kekurangan selama tempoh kami berkhidmat sepanjang satu tahun ini.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
MPPUPM08/09 menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan.


Maklumlah, MPPUPM 08/09 turut merupakan manusia dan pelajar biasa sahaja!

Sungguhpun terdapat beberapa MPPUPM yang bergelar MPP Pro-Mahasiswa telah menghilangkan diri entah ke mana, terima kasih kepada semua ahli MPPUPM 08/09 yang masih bergerak memperjuangkan dan mempertahankan kebajikan pelajar.

Berkaitan dengan pernyataan penjelasan diskriminasi oleh sesetangah pihak, MPPUPM 08/09 berasa tidak perlu untuk membuat penjelasan lanjut.

MPPUPM 08/09 percaya bahawa pelajar UPM berupaya berfikir dan menganalisis dakwaan tersebut serta tidak akan terbawa oleh hasutan itu.

Kenapa mereka sanggup bersabar dan hilangkan diri selama setahun?


Kenapa pula perkara ini HANYA ditimbulkan sewaktu MPPUPM 08/09 dibubar dan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bakal berlangsung?

Walaubagaimanapun, MPPUPM 08/09 tidak akan berasa marah terhadap perbuatan mereka. Mereka tidak berbuat salah. Tetapi, mereka hanya menyembunyikan sebahagian perkara yang betul.

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah!

Sekali lagi, MPPUPM 08/09 ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada warga UPM yang telah mengundi kami dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 08/09 tahun lepas dan telah memberi sokongan sepenuh kepada MPPUPM 08/09. Tanpa anda, siapalah kami...


ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA


0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP