25 January 2010

Aktiviti Anjuran MPPUPM08/09 -3

LAWATAN KERJA KE UPM KAMPUS BINTULU & UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan ’Lawatan Kerja Ke UPM kampus Bintulu & Universiti Malaysia Sarawak’ untuk merasai sendiri dan melihat persekitaran pembelajaran kampus tersebut dari perspektif  pelajar. Selain itu, objektif lawatan ini juga mendapatkan maklumat yang jelas tentang kebajikan pelajar di Kampus Bintulu di samping membuat representasi kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Naib Canselor tentang segala perkara berhubungan kebajikan atau tempat tinggal serta kehidupan pelajar-pelajar di kampus Bintulu.

STATISTIK BANTUAN KEBAJIKAN MPPUPM 08/09
Bermula sesi 2008/2009, MPP mengambil inisiatif menubuhkan Tabung Amanah Dana Kebajikan Pelajar berperanan dalam memberi bantuan kepada pelajar yang memerlukan. MPP akan bekerjasama dengan unit kebajikan BHEP berkaitan data pelajar yang memerlukan bantuan di samping laporan terus yang diterima dari warga UPM. Setakat ini melalui tabung tersebut yang disuntik dana oleh kutipan kebajikan dan dana MPP, bantuan kewangan telah diberikan seramai 15 orang pelajar yang kehilangan ahli keluarga, 1 mangsa kebakaran, 1 pelajar yang menghadapi pembedahan, dan 1 pelajar untuk menampung kos perubatan. Anggaran dana yang telah dikeluarkan adalah sekitar RM 10,000. Pelajar yang memerlukan bantuan boleh menghubungi MPP selagi kami boleh  membantu.

PELANCARAN TABUNG AMANAH DANA KEBAJIKAN MPP
Pelancaran tabung Amanah & Dana Kebajikan MPP merupakan bantuan yang diberikan oleh MPP UPM kepada pelajar UPM yang memerlukan bantuan kecemasan. Dana kewangan ini digunakan sepenuhnya untuk tujuan membantu pelajar yang mengalami masalah kewangan, kebakaran, pembedahan dan juga menghidapi sakit yang kronik. Penubuhan tabung ini secara tidak langsung menghidupkan suasana kesukarelawanan di dalam kalangan pelajar disamping membentuk pelajar UPM yang prihatin sejajar dengan konsep “Dari Pelajar Kepada Pelajar”.

PROGRAM KURMA & BUBUR LAMBOK
MPPUPM telah menyediakan lebih daripada 1000 bungkusan kurma dan air mineral serta ucapan hari raya khas untuk pelajar UPM sepanjang minggu terakhir Ramadhan 1430H/2009 lalu. Program ini diadakan sebagai tanda kesyukuran MPPUPM bersama pelajar dalam menahan nafsu bukan sahaja lapar dahaga tetapi juga iman dan tingkahlaku. Manakala Program memasak bubur lambuk telah berjaya dilaksanakan dengan dua kawah bubur kerjasama MPPUPM dan MTM Kolej Canselor. Lebih 100 plastik bubur labuk diedarkan di sekitar UPM.

KONVENSYEN MAULIDUR RASUL PELAJAR (IPTA)
MPP UPM menjadi penganjur Konvensyen Maulidur Rasul Pelajar (IPTA) Perongkat Kebangsaan di Dewan Kuliah Utama Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan. Program yang julung kali diadakan ini bertemakan “Wahdah Pemangkin Khaira Ummah”.
Konvenyen berjaya menghimpunkan lebih 10 buah IPTA di Malaysia. Objektif penganjuran konvensyen ini adalah untuk membuktikan kecintaan dan ingatan umat Islam kepada Nabi Muhammad S.A.W disamping mengingati jasa dan perjuangan Baginda menyebarkan syiar islam kepada umatnya seluruh pelusok  dunia.

ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA 

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP