24 January 2010

LIPUTAN KHAS: Isu Kebajikan Perjuangan MPPUPM 08/09 - 1

PENGANGKUTAN: PENSTRUKTURAN SEMULA JADUAL PEJALANAN  TANDA SUARA PELAJAR DIHARGAI

Sepanjang tahun 2008/2009 isu pengangkutan telah diambil berat oleh MPP UPM bagi membaiki dan menambah baik sistem yang telah sedia ada. Pada awal semester 1-2009/2010 yang lalu jadual perjalanan bas kampus telah dirombak dan telah ditetapkan dimana perjalanan bas kampus yang terakhir akan bergerak pada awal pagi adalah pada pukul 7.40 pagi dan masalah mula timbul apabila berlaku kebanjiran pelajar di setiap hentian bas kolej terutama di kolej KTP,K5,KPZ,K13 dan SERUMPUN. 

Pelajar telah memberi malumbalas seperti bas tidak berjalan walaupun bas telah penuh dengan pelajar dan mengakibatkan ketidak selesaan di kalangan pelajar. Akibat daripada perkara tersebut MPP UPM bersama dengan Jemaah Presiden MTM Kolej UPM telah mengadakan mesyuarat bersama dengan Unit Pengangkutan UPM dimana dalam mesyuarat tersebut telah memutuskan bahawa jadual yang baru digantikan dengan jadual yang lama. 

Disamping itu, bagi memantapkan sistem pengangkutan bas kampus, beberapa mesyuarat telah diadakan dan dihadiri oleh MPP UPM dan selain itu juga satu bengkel bagi membicangkan kaedah yang boleh dibuat bagi memantapkan sistem pengangkutan juga telah diadakan. Ketika ini bas kampus yang terdapat di dalam UPM adalah sebanyak 20 buah bas yang disewa guna daripada SUASANA EDARAN SDN BHD dan bas kampus milik UPM terdapat 16 buah bas besar, 5 buah coster dan 4 buah van.

Dalam bulan november 2009 yang lalu, satu mesyuarat telah diadakan bersama-sama dengan SUASANA EDARAN SDN. BHD. bagi membincangkan berkenaan dengan perkara-perkara yang telah diadukan oleh pelajar. Antara isu yang dibangkitkan di dalam mesyuarat tersebut adalah sikap pemandu, laluan bas dan pemantaun bas, pemintaan penggunaan serta infrastruktur bas. Ketika ini, hasil pemantaun MPP UPM perjalanan bas berjalan dengan lancar seperti mana perbincangan  yang telah buat oleh semua pihak dan ia merupakan satu kejayaan MPP UPM sesi 2008/2009 dalam membantu kebajikan pelajar yang berkaitan dengan pengangkutan.

Selain itu berhubung dengan infrastruktur, terutamanya perhentian bas, MPP UPM mendapati hasil perbincangan bersama Bahagian Pembagunan dan Pengurusan Aset telah menampak hasil dengan keseluruhan perhentian bas yang terdapat di UPM telah pun di baiki dan dinaik taraf. Ianya merupakan satu lagi usaha yang telah ditunjukan oleh MPP UPM bagi menjamin keselesaan kepada semua pelajar. 

Ketika ditemui, Saudara Zulkhairi, Presiden K10 menyatakan bahawa    beliau gembira dengan tindakan MPP menyelesaikan perkhidmatan ini. Walaupun masih banyak yang boleh dibaiki namun pakej perkhidmatan bas upm adalah antara yang terbaik antara ipt pada pandangan saya.


ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP