25 January 2010

Respon MPPUPM 08/09 @ Fikir-fikirkan... (2) ^^

PRO M ADALAH WAKIL MAHASISWA?

Siapa Pro M? Pejuang poster dan risalah bewarna oren? Sekali lagi ditekankan, MPP tidak pernah mempunyai sayap MPP PRO M melainkan mereka sendiri yang menggelar 13 Pro M bermaruah malah mempunyai blog sendiri. MPP dibina atas konsep ala ‘kerajaan perpaduan’ namun mereka masih berfikiran sempit menganggap diri sebagai pembangkang dalam MPP dengan gelaran MPP Pro M seramai 13 orang.

Adalah tidak bertanggungjawab apabila bergerak atas tiket MPP PRO M bukanya MPP UPM. Mengapa ingin memecahbelahkan kekuatan MPP. Walaupun YDP sentiasa berusaha untuk menyatukan aliran Pro M dengan exco yang lain namun mereka selesa dengan ‘perjuangan mereka’. Pun begitu, segala kemudahan yang diusahakan dan dimohon MPP untuk manfaat ahli MPP tetap diagih kepada Pro M termasuk memberi mereka peluang ke UPM Kampus Bintulu walaupun hanya bertindak sebagai ‘peserta’.

Tahniah juga kepada Pro M dengan slogan “Makin Tinggi kedudukan seseorang pemimpin, semakin rendah paut dia turun”. Untuk makluman, Pengarah Road Show MPP adalah Saudara Hisyam dan Chai Chin Lin telah bertindak dengan memberi peranan kepada semua exco MPP terlibat dalam Road Show ini. Dipendekkan cerita, kedapatan ahli Pro M tidak mengikut jadual agihan tugas lalu berkumpullah mereka di KOSASS dan KPZ maka berjayalah agenda mereka menunjukkan keprihatinan kepada mahasiswa. Ternyata peluang yang diberi tidak dihargai dan diambil kesempatan.

PRO M TERPINGGIR DARI MINGGU PERKASA PUTRA?

Pro M mendakwa mereka dinafikan hak untuk menjadi urusetia atau fasilitor untuk minggu tersebut. Ya memang mereka tidak terpilih kerana menunjukkan prestasi yang sangat mendukacitakan sepanjang semester kedua sesi 2008/2009.Adakah YDP ingin memilih MPP yang kurang tidak aktif atau seperti tidak wujud menjadi pembantu universiti? Kenapa sewaktu Minggu Perkasa Putra baru sibuk-sibuk nak terlibat sedangkan sebelum ini hanya sambil lawa dengan gerak kerja MPP? 

Tindakan Pro M untuk membuat kebaikan semasa hari Perkasa Putra dengan edaran Goodies bag atau mengangkat beg pun MPP tidak halang atas dasar menghormati usaha mereka walaupun mereka bukanlah Pembantu Universiti yang sah malah mereka tidak dimaki hamun pun semasa meting kesan tindakan mereka kerana menjadi tradisi Pro M tidak hadir meting kecuali menghantar 2 atau 3 orang wakil secara bergilir-gilir. satu tindakan bijak.

Namun yang dikesalkan, pelabelan ‘Pembantu Universiti tidak dibenarkan angkat beg’ pun boleh menjadi isu? Ia adalah satu label yang sinis dengan pandangan yang sangat seorong kerana mereka tidak fikir tentang penat lelah Pembantu Universiti yang bertugas selama seminggu. Pem. Universiti tidak pernah mengungkit kebaikan mereka kerana ia dijalankan dengan niat yang ikhlas bukan seperti sesetengah pihak yang berbuat kebaikan namun ibarat telur sebiji riuh sekampung.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP