25 January 2010

Aktiviti Anjuran MPPUPM08/09 -4

MPPUPM 08/09 BIMBING PRS
Bertekadkan moto Berilmu Berbakti, satu penghormatan yang telah diberikan oleh SMK Taman Melawati kepada MPP UPM untuk melatih dan mendidik Pembimbing Rakan Sebaya sekolah tersebut. Kem yang diadakan selama 3 hari itu mendapat memberikan inspirasi kepada PRS SMK Taman Melawati untuk membantu diri serta rakan di sekolah. MPP juga berkesempatan berkongsi pengalaman dan ilmu kepada pelajar tersebut sebagai bekalan untuk menempuh alam remaja yang semakin mencabar. 

JELAJAH MAHASISWA BERBASIKAL 1MALAYSIA
Program jelajah berbasikal merupakan satu lagi wadah yang telah digunakan oleh MPP UPM untuk menyokong konsep 1Malaysia yang disuarakan oleh Perdana Menteri Malaysia. Program yang telah disertai oleh 40 orang pelajar yang terdiri daripada institusi Pengajian Tinggi Awam seperti UPM, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan antara MPPUPM dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta memberi pendedahan kepada MPP mendalami dan isu masyarakat dari aspek ekonomi, pendidikan dan sosial.  Program seumpama ini juga sebagai penekanan kepada konsep mesra alam dan kelestarian alam sekitar, seiring dengan matlamat UPM sebagai peneraju global bidang Pertanian Tropika Baharu (A World Leader in New Agriculture).

Pasukan berbasikal tersebut yang bertolak dari UPM akan melalui ke pekan Sepang, Bagan Lalang, Kampung Seri Tanjung Masjid Tanah, Kampung Nyalas Jasin, Kolej Matrikulasi Johor, Segamat, Kampung Nelayan dan Butterworth (Pulau Pinang) dan berakhir di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.

 PROGRAM BERILMU BERBAKTI 3
Permintaan untuk mengadakan program motivasi kepada pelajar sekolah terus rancak apabila Program Berilmu Berbakti 2 berjaya mendatangkan impak yang tinggi pada pelajar. Program Berilmu Berbakti 3 pula memfokuskan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah negeri Johor.

PROGRAM BERILMU BERBAKTI SIRI II
Program Berilmu Berbakti Siri II merupakan kesinambungan daripada MPP sesi 2008/2009. Program ini memberikan fokus untuk membantu pelajar yang meningkatkan motivasi belajar dan potensi dalam diri pelajar agar boleh menjadi pelajar yang cemerlang. Program yang julung kalinya bekerjasama dengan Persatuan Bekas Pelajar Sek. Men. Teknik Melaka ini juga telah mendapat liputan di dalam RTM dan disiarkan dalam Warta Perdana TV 1.

MPP UPM BANTU MENJAYAKAN PROGRAM RENTAS KAMPUS
Program Rentas Kampus dijalankan secara bersepadu dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi membabitkan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) seperti Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Filem Negara, Finas, BERNAMA, Muzium Negara, ASWARA, Balai Seni Lukis Negara dan POS Malaysia.

 Melalui program tersebut, semua universiti akan mendapat pendekatan awal iaitu dengan pemilihan satu kampus untuk mengumpulkan wakil-wakil pelajar terutamanya MPP daripada Institut PengajianTinggi Awam berhampiran mengikut Zon Tengah A iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Program yang julung kali ini diadakan mendapat sokongan yang menggalakkan daripada semua universiti yang terlibat menjayakan program ini.  Pengisian aktiviti adalah bagi mendedahkan pelajar dengan sebanyak mungkin maklumat mengenai kenegaraan, komunikasi, penyiaran, seni dan budaya melalui aktiviti serta pameran oleh jabatan-jabatan di bawah KPKK serta rakaman Rancangan Suara Siswa yang diadakan di Dewan Banquet UPM pada 19 Oktober 2009.


ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA  

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP