25 January 2010

Maklum Balas MPPUPM 08/09 Berkenaan Isu Semasa - 3

ISU GRADUAN  PENDIDIKAN: SEMAKIN MENEMUI PENYELESAIAN

Baru-baru ini timbul isu penempatan guru hinggakan guru sarjana pendidikan tidak dijamin untuk ditempatkan di sekolah malah timbul polimik yang menyatakan kegagalan dalam ujian insak menyebabkan ramai para graduan pendidikan tidak berpeluang untuk ditemuduga.

Lantas pertemuan bersama wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan Suruhanjaya Pelantikan Pendidikan (SPP) menghuraikan isu yang melanda. Menurut Puan Faridatul Akmar Mat Taib, Timb. Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM, ujian insak diperkenalkan untuk menguji tahap sahsiah dan etika perguruan yang mana ujian tersebut telah nyata kesahannya serta dibangunkan oleh pakar akademik dari seluruh negara.

Tambahnya lagi pelajar yang gagal dalam ujian tersebut masih berpeluang untuk menghadiri temuduga dengan mengemukakan surat rayuan kepada beliau. Menurut rekod seramai 98 orang graduan pendidikan UPM telah gagal dalam ujian tersebut.

Katanya lagi, masalah penempatan guru mungkin berlaku sekitar dua tahun ini kesan daripada sistem pemanjangan tempoh bersara kepada umur 58 tahun dan beberapa kes terpencil. Unjuran baru akan dikeluarkan KPM dan perkara tersebut akan diselesaikan degan kadar segera.

Semua pihak berpuas hati dengan hasil perbicangan tersebut yang diadakan sempena Taklimat Latihan Mengajar dan Praktikum Kaunseling (LMPK) di Dewan Besar UPM pada 14 Januari 2009. Pun begitu, masih ada beberapa perkara yang masih kurang jelas berkaitan penempatan guru bagi pelajar yang ditajaan KPT dan tempoh menunggu layak temuduga bagi graduan yang gagal dalam ujian insak. Turut hadir majlis tersebut YDP MPP UPM dan  Exco MPP yang lain.

Saudara Johari ketika diminta mengulas isu ini menyatakan “bedasarkan Majlis Permuafakatan KPM Dan KPT  2006, guru lepasan IPG akan disalurkan ke sek. ren. dan guru lepasan IPT akan ke sekolah menengah dan kita menunggu hasil perbincangan lanjut yang akan diadakan antara KPT dan KPM sedikit masa lagi”.
Katanya lagi menerusi kenyataan yang YB Dr. Mohd Puad Zajarshi Timbalan Menteri KPM, memberi respon bilangan graduan IPT pendidikan yang gagal ditempatkan di sekolah adalah kerana mereka mengambil pengajian sekolah rendah yang telah dikhususkan kepada IPG. Oleh itu UPM tidak terlibat dari masalah ini.
 ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA


0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP