25 January 2010

Aktiviti Anjuran MPPUPM 08/09 -5

MPP UPM BERSAMA GENERASI Y
Rancangan televisyen yang disiar secara langsung di RTM1 ini, membariskan dua orang panel iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Jamian, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman UPM dan Saudara Ahmad Fikri bin Mohd Samsudin, Timbalan Pengarah Program Mahasiswa Satu Malaysia. Pengacara bual bicara ini adalah personaliti hiburan terkenal iaitu Awal Ashaari. Tajuk perbincangan program berbentuk santai ini adalah mengenai konsep 1Malaysia di kalangan masyarakat kampus.

MPP UPM BERSAMA ASTRO AWANI
MPPUPM bersama Y.Bhg Prof. Dr. Azali Mohamed Timbalan Naib Canselor (HEP & A) dan En. Mohd. Pauzi Abd. Karim, Penasihat MPP telah diberi penghormatan untuk berkongsi mengenai penganjuran Program Mahasiswa 1Malaysia di dalam rancangan Astro Awana.  Program ini bukan sahaja mementingkan perpaduan kaum, malahan juga menekankan pengamalan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Generasi belia terutamanya golongan mahasiswa perlu menyahut cabaran dalam melaksanakan segala intipati yang terdapat dalam gagasan ini agar semangat Satu Malaysia dapat disemai dalam komuniti kampus dan masyarakat luar.

MPPUPM BERSAMA BERNAMA TV
MPPUPM telah menjadi juru cakap untuk rancangan TV 8 mengenai penganjuran program Mahasiswa Satu Malaysia yang menjadikan konsep Satu Malaysia sebagai batu asas penganjuran program ini. Rancangan selama satu jam ini telah menemubual tiga wakil MPP iaitu saudara Mohd. Shahrul Bin Kamaruddin, Setiausaha Agung MPP, Saudara Mohd. Rashidie Ramli, Pengarah Program dan Saudari Cecelia Evelyn Cornelius Exco MPP untuk membicarakan mengenai konsep Program Mahasiswa 1Malaysia. Program yang bertemakan “Satu Hati, Satu Inspirasi”, ia dapat memberikan impak dan kesan yang mendalam tentang gagasan murni yang dibawa oleh kepimpinan negara dalam diri rakyat Malaysia.

SESI  DIALONG BERSAMA KEMENTERIAN BELIA & SUKAN
Sesi dialog bersama YB. Dato’ Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan Malaysia banyak memberikan peluang kepada pemimpin pelar untuk mengetahui peranan Kementerian Belia & Sukan dalam perkembangan modal insan terutama golongan belia. Selain itu, sesi soal jawab yang interaktif antara beliau dan pelajar juga memberikan input yang bermakna tehadap perkembangan belia negara.

YDP MPP UPM JURU CAKAP MPPK
Saudara Mohd Syamsul Salleh, YDP MPP UPM telah dipilih sebagai pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan yang menggabungkan MPP setiap IPT. Pemilihan tersebut dicapai keputusan sebulat suara semasa Kursus Induksi MPP Kebangsaan yang diadakan pada April 2009.

MPP UPM Menang Kertas Konsep Satu Malaysia
Pertandingan kertas konsep 1 Malaysia telah dianjurkan oleh kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pertandingan ini telah disertai oleh seluruh IPTA dan juga IPTS. Sebanyak lima kertas konsep yang terbaik telah memenangi hadiah utama iaitu RM 30,000.00. MPP UPM yang telah diwakili oleh Jabatan Setiausaha MPP telah menerima geran RM30.000.00 melalui kertas Konsep Mahasiswa 1Malaysia. Terdapat 4 universiti lain yang turut menerima geran tersebut ialah universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, ,Universiti Tun Abdul Razak dan Universiti Tenaga Nasional.


LAWATAN INTEGRASI SILANG BUDAYA DAN PRAKTIS KERJA SOSIAL DI MELBOURNE AUSTRALIA
Dua orang deligasi MPPUPM telah menyertai lawatan tersebut selama 14 hari di Melbourne Australia. Lawatan yang berbentuk akademik ini memberikan peluang kepada wakil MPPUPM bersama-sama 9 orang peserta deligasi membuat kajian plimenary berkaitan dengan konsep kendiri pelajar UPM dengan pelajar Malaysia yang belajar di Melbourne. Daripada dapatan data menggunakan soal selidik TNCS didapati konsep kendiri pelajar UPM dan pelajar Malaysia di Melbourne tidak mempunyai perbezaan yang jauh. Ini membuktikan kualiti pelajar UPM menyamai universiti antarabangsa.

MPP UPM MENYERTAI BAS BELIA MABIM
Seorang Exco MPP UPM telah terpilih mewakili Malaysia untuk Lawatan  Bas Belia MABIMS merupakan projek perintis bagi memberi kesedaran kepada belia Islam tentang kewujudan pertubuhan MABIMS (perjumpaan tidak rasmi menteri agama Brunei, Indonesia, Singapura dan Malaysia). Ia juga sebagai simbolik sambutan 20 tahun MABIMS yang telah ditubuhkan dengan cetusan idea yang bermula semasa persidangan menteri agama di Jeddah pada tahun 1989. Program selama 9 hari ini dirangka bagi mengeratkan hubungan dan jalinan kerjasama antara belia  empat negara sebagai pelapis kepimpinan pada masa hadapan. Bertemakan “media baru dan teknologi kreatif dalam mendekati belia”, penganjur program iatu singapiura dan Malaysia berusaha untuk menerokai kepentingan penggunaan teknologi sebagai metodologi dakwah disamping memberi pendedahan kepada belia berkaitan institusi islam di peringkat nasioanal. 

MPP MENYERTAI PROGRAM MOBILITI PELAJAR
Seramai empat orang MPP telah hadir ke persidangan kepemimpinan di Padang Indonesia bertujuan untuk membincangkan isu dan transformasi kepemimpinan mahasiswa di Malaysia. Pelbagai skop kertas kerja yang dibentangkan yang memberikan input kepada peserta yang hadir pada program tersebut. Sementara itu beberapa orang MPP telah terpilih untuk menyertai program ke Korea, Turki dan Jepun mewakili fakulti masing-masing. Semua peserta yang terlibat menyatakan program mobility penting untuk diusahakan pelajar bagi menimba pengalaman dan penerokaan ilmu yang bermakna.
  
ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP