25 January 2010

Aktiviti Anjuran MPPUPM08/09 -2

KONVENSYEN KEBANGSAAN MPP
Seramai 25 orang deligasi MPP telah menyertai Konvenyen Kebangsaan MPP anjuran Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dan Majlis Kepimpinan Latihan Universiti Malaysia (MAKLUM)  dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Konvenyen yang dianjurkan selama 5 hari ini telah menghimpunkan MPP seluruh IPT di Malaysia telah berjaya menghimpunkan 15 kertas kerja pelbagai disiplin.

PRA PERSIDANGAN PEMIMPIN PELAJAR
Pra persidangan peimpin pelajar telah diadakan di Dewan Senat UPM. Pra persidangan ini telah menghimpunkan 17 Presiden Kolej Kediaman dan 110 Presiden Kelab & Persatuan untuk membincangkan pelbagai isu kebajikan pelajar dan pembangunan modal insan di universiti, peranan yang dimainkan oleh pelajar untuk mencapai status UPM sebagai Universiti Bereputasi Antarabangsa. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM.  Menurut Cecilia, persidangan akan berlangsung tidak lama lagi dalam tahun 2010

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)
Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan telah diadakan dengan jayanya bersama YAB Tan Sri Muhiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh semua MPP IPT Malaysia. Sebanyak lima isu yang telah dibentangkan semasa mesyuarat tersebut antaranya Pemerkasaan mutu & kualiti pendidikan sekolah-sekolah luar bandar Negeri Sabah, Transformasi ekonomi Malaysia Ke Arah Persaingan Kompetitif, Cadangan Penubuhan Pusat Kajian Non-Tradisional Security Issues, Isu Pengangkutan Awam Melibatkan Golongan Pelajar & Mahasiswa di Malaysia, dan Pembangunan Wanita- Penubuhan Majlis Mahasiswi Nasional (MASIS).

 PENGGUBALAN KAEDAH TATATERTIB PELAJAR
Persidangan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk menyemak dan memurnikan kaedah tatatertib yang digunakan untuk menangani masalah disiplin pelajar IPT. Persidangan ini telah diadakan di Dominei Hotel, Kuching Sarawak. Sekali lagi pengiktirafan kepada YDP UPM dalam memberikan cadangan dan juga pandangan terhadap kesalahan disiplin yang dikenakan hukuman tatatertib universiti.



PROGRAM JASAMU DIKENANG
MPPUPM bersama ahli jawatankuasa kerja Mahasiswa 1Malaysia telah mengadakan satu program khas jasamu dikenang di Pulau Langkawi bagi menghargai AJK yang telah banyak bertungkus lumus memastikan program Mahasiswa 1Malaysia berjalan dengan lancar. Antara pengisian di program tersebut juga adalah memperkasakan kebajikan mahasiswa melalui perkongsian dan pembentangan daripada ajk isu dan permasalahan yang timbul di kolej mahupun di fakulti.

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN PELAJAR
Majlis ramah mesra MPP bersama pemimpin pelajar telah diadakan 2 hari selepas perlantikan MPP. Majlis ini secara tidak langsung memperkenalkan kepimpinan MPP kepada seluruh warga UPM terutamanya golongan pelajar. Program ini telah Berjaya menghimpunkan perwakilan 17 kolej kediaman serta Presiden Kelab dan Persatuan di UPM. Jaringan kerjasama telah dibina semasa majlis ini dijalankan bagi membincangkan isu-isu yang berkiatan dengan kebajikan pelajar dalam dan luar kampus serta pelajar antarabangsa.

MPP BERSAMA MENTERI BELIA & SUKAN MALAYSIA 2009
Deligasi MPP UPM berpeluang berdialog bersama Y.B Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan Malaysia sempena Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah Pertandingan Pidato Belia Rakan Muda IPT 2009 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada 10 Mei 2009. Beliau memuji langkah yang proaktif diambil oleh MPPUPM untuk menganjurkan program pembangunan belia dan sanggup untuk bekerjasama serta memberikan sokongan kepada MPPUPM bagi menjayakan program tersebut.

ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP