Respon MPPUPM 08/09 @ Fikir-fikirkan... (3) ^^
ISU STUDY WEEK
Sandiwara isu akademik menarik juga untuk diceritakan. Seingat saya Pro M ‘mengambil alih’ isu study week apabila exco MPP yang bertanggungjwab Saudara Ong mengemukakan hasil perbincangan dengan TNCA dan Ketua Bahagian Akademik yang hampir sampai perbincangan di peringkat akhir berkaitan kelulusan mewujudkan study week yang bakal dinikmati pelajar pada semester ini.
Sandiwara isu akademik menarik juga untuk diceritakan. Seingat saya Pro M ‘mengambil alih’ isu study week apabila exco MPP yang bertanggungjwab Saudara Ong mengemukakan hasil perbincangan dengan TNCA dan Ketua Bahagian Akademik yang hampir sampai perbincangan di peringkat akhir berkaitan kelulusan mewujudkan study week yang bakal dinikmati pelajar pada semester ini.
Namun PRO M bijak memanipulasi isu apabila terus mengatur perjumpaan dengan TNCA walaupun MPPUPM lebih awal berjumpa beliau untuk isu ini. Lalu seperti kebiasaan mereka ambil gambar, masukkan dalam blog Pro M dan menyatakan kejayaan hasil pertemuan tersebut walaupun hakikatnya ia satu proses perjuangan yang panjang.
ISU BAS KAMPUS
Perkhidmatan bas bermula pada tahun 2000 bertujuan untuk menngurangkan kesesakan lalulintas UPM dan menjaga kebersihan ruang udara dari asap kenderaan yang. Bermula dengan pembelian bas dan menyewa bas sekolah untuk menampung keperluan pelajar hinggalah bermula sesi 2007/2008 UPM menyewa bas Suasana Edaran yang lebih selesa dan lebih baik. Dalam penjadualan bas juga semakin bertambah baik dari setahun ke setahun Cuma diakui masih ruang yang boleh dibaiki terutama penjadualan dan pemantauan bas, sikap pemanadu juga sikap pelajar.
Untuk itu, Bengkel Pemurnian Pengangkutan Bas juga turut diadakan yang tirut dihadiri Majlis Tertinggi MPP dan wakil jemaah Presiden untuk menambahbaik pengangkutan. Walaupun pelajar UPM sering merungut dengan perhidmatan bas kampus, pelajar boleh membuat perbandingan perkhidmatan bas UPM dengan perkhidmatan bas di IPT lain di seluruh negara.
Dalam pengurusan MPP, Sekretariat Hal Ehwal Pelajar Dalam Kampus MPP yang bertanggungjawab berkaitan pengangkutan. Maka sekretariat ini yang akan menyelesaikan isu bersangkutan bas kerana setiap sekretariat mempunyai peranan masing-masing dalam pecahan pengendalian isu kebajikan dalam kampus. Oleh itu, pengaturan mesyuarat dikelola oleh sekretariat tersebut termasuk memilih ahli mesyuarat. Perkara deligasi tugas ini merupakan kebiasaan mana-mana organisasi yang harus difahami seseorang pemimpin. Tidak timbul isu diskriminasi. Terlalu banyak kerja lain yang boleh dilakukan daripada mencari kesalahan orang lain.
MESYUARAT MPP TIDAK DIMAKLUMKAN
Dalam minit mesyuarat kedua jelas menyatakan bahawa mesyuarat rasmi akan diadakan pada setiap Khamis selang dua minggu sekali. Mungkin mereka tidak tahu kerana tidak tahu kerana mereka tidak hadir meting tersebut walaupun telah dimaklumakn dan telah ditelefon oleh Jabatan Setiausaha.
Walaupun diputuskan bahawa makluman diadakan mesyuarat akan disampaikan kepada ketua sekretariat, tetapi Jab S/u pasti akan mesej salah seorang dari Pro M untuk mengelakkan keciciran maklumat. Malah pintu MPP sentiasa terbuka untuk semua exco MPP dan jadual bulanan MPP sentiasa dikemaskini di papan kenyataan. Tiada cubaan untuk menyekat Pro M masuk pejabat MPP.
Berkaitan dengan tuduhan MPP memburukkan nama baik Pro M bersangkutan prestasi buruk mereka dalam KPI MPP. Ia boleh diibaratkan seperti takut dengan bayang-bayang sendiri. Walaupun mesyuarat memutuskan KPI tersebut perlu didedahkan kepada mahasiswa namun ia masih tidak dilakukan kerana ingin menjaga nama baik mereka. Namun Ibarat madu dibalas tuba.
BINTULU ISU LAPUK PRO M MAIN PERANAN?
Memang benar terdapat beberapa isu kebajikan di bintulu yang telah lama diutarakan dan perkara ini telah pun dimaklumkan kepada YBhg Datuk Naib Canselor yang sering berulang alik melihat perkembangan Bintulu. Benar, ada beberapa tuntutan pelajar di sana yang masih belum dipenuhi namun harus diketahui Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (UPMKB) merupakan fakulti (merangkumi kolej) yang menerima dana terbesar antara fakulti lain di Serdang.
UPM KB mempunyai infranstuktur menyamai sebuah universiti walaupun hanya menempatkan sekitar 1000 oranng pelajar. Mereka memiliki kemudahan makmal dan perpustakaan sendiri, bangunan pentadbiran yang khas, blok kediaman yang selesa, dewan makan, kompleks mahasiswa, pusat islam, stadium, ladang haiwan dan tumbuhan dan lain-lain lagi kemudahan yang dibangunakn hanya untuk mereka sahaja. Laporan post moterm isu bintulu telah disediakan MPP setelah mengikuti lawatan kerja kesana. Tidak pasti sumber referendum Pro M untuk isu Bintulu.
Jadi, memang terdapat projek di UPM KB yang ditangguhkan mengkikut kepentingan dan keperluan kerana ia bersangkutan dengan peruntukan kewangan sama hal di UPM Serdang yang masih mempunyai banyak perkara untuk dibangunkan peringkat demi peringkat.
WAKIL FAKULTI PRO. M : SEDIA BERKHIDMAT @ TUNJUK KHIDMAT
Apabila Pro M berkhidmat di fakulti, ia adalah Sesuatu yang baik untuk manfaat warga fakulti. Namun sehingga MPP dibubarkan, Pro M tidak melibatkan diri dalam kertas kerja penambahbaikan fakulti yang perlu disiapkan MPP fakulti untuk dihantar ke pengurusan fakulti masing-masing. Bukan tidak diberi peluang namun mereka sengaja tidak mahu melibatkan diri. Lebih mendukacitakan ketidakhadiran sebilangan besar Pro M mesyuarat gerak gempur kebajikan kerana seperti biasa menghantar wakil. Banyak usaha MPP fakulti yang telah direncana (boleh rujuk Buletin MPPUPM edisi 1)
JALAN MASIH TIDAK MEMUASKAN?
Isu jalan pun PRO M mahu bawa kepada Datuk Naib Canselor sedangkan ia boleh diuruskan bersama Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA). Itu sudah menjadi budaya Pro M masalah sekecil tandas tersumbat pun mahu berjumpa CEO Universiti.
MPP telah mengemukakan dua kertas kerja melalui dua mesyuarat rasmi dengan PPPA tersebut. Alhamdulillah banyak persetujuan yang diambil termasuk penambahbaikan jalan dan menambah baik perhentian bas, persetujuan untuk menukar papan tanda dan lain-lain lagi. Mengikut perancangan banyak lagi pembangunan universiti mahu dilaksanakan cuma ia dibatasi dengan kelulusan peruntukan kewangan.Dalam kertas kerja yang disediakan MPP UPM juga terkandung berkaitan penambahbaikan perhentian bas dan pembinaan perhentian bas baru. Alhamdulillah ia telah digerakkan oleh PPPA.
*Segala perkara yang dinyatakan dalam ruangan ini adalah untuk memberi respon dan penjelasan kepada tuduhan oleh Pro M.
MPP bukanlah badan yang sempurna walaupun kami cuba lakukan yang terbaik namun hakikat kita manusia yang penuh kelemahan mengatasi segalanya. Tiada penambahan isu-isu baru kerana ruang ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau memburukkan mana-mana pihak. MPP juga terdiri daripada insan biasa yang mempunyai tanggungjawab seperti mahasiswa lain namun dengan berkat sokongan warga UPM MPP berjaya menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.Seandainya ada mana-mana artikel yang lari dari fakta sebenar atau berunsur fitnah, pihak Pro M boleh emel di alamat MPP@gmail.com.
0 comments:
Post a Comment