03 January 2010

Penukaran Laluan Masuk dan Keluar Ke Kolej Kediaman

Makluman MPPUPM 08/09 kepada semua Pelajar:

Laluan masuk dan keluar ke kolej kediaman akan BERTUKAR berkuatkuasa 01 Januari Tahun 2010.

Jadual Pelaksanaan:

Pintu Stadium: 
7.00am hingga 7.00pm setiap hari sebagai laluan masuk/keluar
7.00pm hingga 11.00pm setiap hari sebagai laluan keluar sahaja

Pintu Lebuh Silikon (Sebelah Kubur Cina) 
Dibuka selama 24 jam ***(Kecuali pelajar/pelawat 7.00am hingga 12.00pm)

Pintu Berhampiran Gereja (Laluan masuk ke KC/KTDI/K6)
7.00am hingga 7.00pm sebagai laluan masuk untuk semua kenderaan
7.00pm hingga 11.00pm sebagai lauan masuk untuk Bas UPM sahaja
Ditutup pada Ahad dan Cuti Umum

Pintu Berdekatan Gelanggang Tenis
7.00am hingga 7.00pm sebagai laluan keluar kenderaan
Ditutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Pintu masuk ke KMR, Kolej 10 dan Kolej 17 adalah seperti biasa.

Harap Maklum.




ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

12 comments:

Anonymous,  January 4, 2010 at 12:40 AM  

perubahan jadual masa bagi pintu berhampiran tidak sesuai dan membawa banyak masalah. pintu berkenaan adalah laluan yang paling "direct" untuk sampai ke KC, K6, KTDI, K2, KOSSAS, K5, KTP, KPZ dan K13. Had kemasukan kenderaan biasa masuk pada waktu malam dan penutupannya pada cuti umum adalah tidak sesuai dan membawa banyak masalah.

Anonymous,  January 4, 2010 at 12:41 AM  

perubahan jadual masa bagi pintu berhampiran gereja adalah sangat tidak sesuai dan membawa banyak masalah. pintu berkenaan adalah laluan yang paling "direct" untuk sampai ke KC, K6, KTDI, K2, KOSSAS, K5, KTP, KPZ dan K13. Had kemasukan kenderaan biasa masuk pada waktu malam dan penutupannya pada cuti umum adalah tidak sesuai.

Anonymous,  January 4, 2010 at 1:00 AM  

Jalan raya di kolej-kolej belakang sudah penuh sesak dgn bas. Jika semua org dikehendaki mengikut jalan tersebut, sudah pasti akan jam...

Junziman January 4, 2010 at 2:27 AM  

The changes may made a lot of inconvinient among students out campus and in campus. During night time, there is a lot of discussion on student assignments and also activities meeting held around astaka seni as well as main campus. If the gate near the church there is close, how will the student come in and out? if it is too late means that student out campus gonna use the gate near lebuh silicon? use longer road to go out? For those having activity around main campus if they miss the last bus how they go back, if the gate close already how the student walk back? i think if for safety purpose, closing the gate near gereja there without comfirm de 100% efficiency of bus service and open de silcon gate is not enough achiving its objective thus it is more dangerous because the road there is very quiet and far. In my opinion i prefer old timetable than the present one. Thx.

Anonymous,  January 4, 2010 at 7:22 AM  

Salam,

Pihak Berwajib dah bincang dengan MPP ke sebelum buat keputusan ni? Sejujurnya, perkara ni menyusahkan banyak pihak.

lamka,  January 4, 2010 at 10:35 AM  

dari ape yang saya tahu pihak berwajib hanya berbincang dengan Kepertama dan pengetua2kolej untuk perubahan jalan tersebut... perubahan jalan tersebut berbeza dr ura2 asal dr Pihak Berwajib... Dari perbincangan tidak rasmi menyatakan bahawa tindakan menutup jalan tersebut adalah untuk mengawal pegerakan keluar pelawat bagi megelak kecurian terutamanya motosikal... dan bertujuan mengelak kesesakan di pintu2 dan pintu gereja... Pintu Silikon di buka dan diguna sebagai pintu masuk utama kerana saiz yg besar... Oleh yang demikian kami memerlukan respon anda bagi dipanjangkan... bukan hanya complaint tapi penyelesaian terutamanya untuk membendung kecurian.

Anonymous,  January 4, 2010 at 11:09 AM  

i agree with what junziman said..it is very troublesome for most of the students in upm.

Ken January 4, 2010 at 1:34 PM  

It's not convenient at all! I need to go out to serdang very frequent because of activity, and now I can no longer wait for komuter at KC! It's still acceptable if the gate is only closed at weekends, but now it implemented during weekdays as well! For those who have class until night & stays at area around KC, K6, K5, what they are going to do?

Anonymous,  January 4, 2010 at 4:23 PM  

To lamka:

"bukan hanya complaint tapi penyelesaian terutamanya untuk membendung kecurian."

Memang kami complaint, sebab itu hak kami. Jalan-jalan yang ditutup juga hak mahasiswa. Bukan complaint sewenang2nya, ni melibatkan kepentingan warga kampus. Kamu ada bangkangan?

Penyelesaian untuk kecurian? Adakah dengan mengubah route ini akan menyelesaikan masalah kecurian? Adakah ianya satu-satunya penyelesaian?

"bukan hanya complaint tapi penyelesaian terutamanya untuk membendung kecurian."

Maaf lamka, ayat anda di atas berbau escapism bagi saya.

Kami meletakkan kepercayaan kepada anda untuk menyelesaikan perkara ini, dan anda (lamka, sebagai seorang MPP) memberikan alasan yang sebegitu, sangatlah escapism.

Maafkan kalau teguran saya ini mengguris hati anda lamka. Tetapi kalau bukan anda yang saya (atau kami, mahasiswa-mahasiswa UPM) harapkan untuk menyuarakan pandangan students, siapa lagi? No heart feelings bro.

Lagi satu,kalau dah berlaku perkara sebegini, diharapkan MPP (melalui blog ini) janganlah, saya ulang, janganlah sekadar post pengumuman "Penukaran Laluan Masuk dan Keluar Ke Kolej Kediaman" (Yeay, seolah2 seluruh mahasiswa UPM gembira dengan hal ni). Kalah boleh, post la berkenaan langkah-langkah yang MPP akan buat untuk menyelesaikan masalah ini.

P/s: Maaf saya tidak berlindung dengan profil anonymous,it's so coward of me.

Anonymous,  January 4, 2010 at 5:00 PM  

its very very inconvenient...lebuh silicon is very secluded during the night...why drive so far just to reach kc/k6/ktdi/kosass when u can do so from the nearest gate...and when we students have activities til late night in the main campus we have to walk all the way back to college..wats the point of paying bus fare when we walk most of the time

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, UPM January 4, 2010 at 6:18 PM  

Terima kasih atas pandangan dan aduan anda semua. kami faham semua pelajar berhadapan dengan masalah sama. kami juga terkesan sama seperti yang kalian rasakan. Isu ini timbul pada hari Jumaat (01 Januari 2010) dan ketika itu kami tidak dapat berhubung dengan mana2 pihak bertanggungjawab kerana cuti tahun baru (sampailah Ahad 03 januari 2010) dan sekarang kami sedang usahakan utk berbincang dengan bahagian keselamatan malangnya Pengarah Bahagian Keselamatan tidak ada. Saya mohon maaf atas masalah ini sekiranya ia dikatakan berpunca dari kelemahan MPP. Sejujurnya kami juga terkejut dengan keputusan yang dibuat kerana ia dibuat secara drastik tanpa makluman awal apatah lagi memanggil mana2 mpp/wakil pelajar berbincang utk membuat keputusan.

~Mohd Syamsul Salleh

Kurosaki,  January 5, 2010 at 12:44 AM  

What is the point there if the door was to closed after 7pm, for the gate to the KC, K6, and KTDI?

Most of the students have their own transport into their own domes.If the rule was ever set for this, how are they expected to enter the domes area. They still have to through a long way back to the domes.This is bound to bging some negative impact to the mobility of the students. Moreover, it is akin to restrict the freedom of the students to move around, as they will be almost stopped from going outside after 7pm..This is greatly against the policy of the tertiary students' freedom. And it is not envionmental friendly at all...Please use ur rational thinking and give suggestions according to the current situation, alongside with the national policy....Don't do the the unnecessary things to show your capability....

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP