25 February 2009

MPP MULA BERTINDAK MENJAMIN KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR UPM









  • Aduan diterima oleh ahli MPP dari pelajar-pelajar.
  • Ahli MPP membuat aduan kepada Unit Bantu Mula di Bahagian Keselamatan untuk mengambil tindakan segera.
  • Bahagian Keselamatan UPM dengan kerjasama Jabatan Bomba Serdang mengambil tindakan segera.
  • Ahli MPP dengan kerjasama MTM kolej 10 dan kolej 11 membantu memudahkan proses menghapuskan sarang tebuan.
  • Isu telah diselesaikan.

Read more...

14 February 2009

HAK KEBAJIKAN MILIK SIAPA?

Salam perpaduan. Seluruh ahli MPP UPM sesi 2008/09 ingin memohon kerjasama daripada semua warga UPM untuk berkongsi masalah, pendapat atau sebarang cadangan anda untuk kami majukan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Berilah sebarang komen anda di ruangan blog ini berkenaan segala isu kebajikan dan sebagainya agar nasib rakan-rakan mahasiswa akan dapat kami perjuangkan.

Read more...

13 February 2009

WATIKAH PERLANTIKAN MPP

Pada 17 Februari 2009 ini akan berlangsungnya satu majlis yang mengesahkan jawatan setiap ahli dalam Majlis Perwakilan Pelajar, UPM. Untuk pengetahuan, majlis penyerahan watikah perlantikan ini berlangsung di kolej keenam dan turut dihadiri oleh mantan MPP yang lepas sebagai simbolik penyerahan tugas kepada ahli MPP sesi yang baru.

Read more...

PEMILIHAN PEMEGANG-PEMEGANG JAWATAN MPP,UPM SESI 2008/09


Pada tanggal 11 Februari 2008 yang lalu, bertempat di Kolej Tun Perak(KTP), Universiti Putra Malaysia telah berlangsungnya satu majlis pemilihan pemegang-pemegang jawatan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/09.

Majlis yang sangat penting bagi seluruh penghuni kampus UPM ini adalah untuk menentukkan tunggak utama yang bakal menerajui dan meneruskan perjuangan membela kebajikan pelajar Univesti Putra Malaysia. Majlis Pemilihan Jawatan bagi Majlis Tertinggi MPP yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar itu telah menyaksikan pemilihan 4 jawatan tertinggi bagi MPP sesi 2008/09 iaitu Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua, Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat.

Jawatan Yang Dipertua Majlis Perwakilan pelajar UPM sesi 08/09 melalui undi majoriti ahli perwakilan telah disandang oleh Saudara Mohd Syamsul Salleh. Manakala jawatan Naib Yang Dipertua pula disandang oleh Saudara Hanafi Mohd Ali. Setiausaha Agung pula telah dijawat oleh Saudara Mohd Shahrul Kamarudin dan Bendahari Kerhormat oleh Saudara Pak Hoe Weng.

Tahniah buat kesemua sahabat kita. Kami yakin dan pasti anda semua mampu mengalas tanggunjawab yang telah diberikan. Harapan dan doa, agar MPP sesi kali ini akan lebih cemerlang dan gemilang serta mampu membela kebajikan seluruh penghuni kampus hijau ini.sekian

Read more...

10 February 2009

Majlis Ramah Mesra MPP,UPM

Majlis Ramah Mesra MPP,UPM bersama seluruh warga kampus UPM adalah seperti butiran berikut:
Tarikh : 18 Februari
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Harmoni, K5
Pakaian : Sopan

Jadi apa lagi!! Datanglah beramai-ramai. Kehadiran seluruh warga kampus UPM adalah dialu-alukan. Inilah peluang anda untuk berdiskusi bersama calon-calon yang telah anda pilih untuk membela kebajikan anda....

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP