LIPUTAN KHAS: Isu Kebajikan Perjuangan MPPUPM 08/09 - 3
FASA KEDUA USPOT TELAH DILAKSANAKAN
Setelah melaksanakan Fasa 1 Uspot, pihak IDEC telah pun melakukan penambahbaikan terhadap sistem Wireless di setiap kolej setelah mendapat peruntukan dari pihak UPM bagi memudahkan para pelajar mendapat perkhidmatan jalur lebar dengan lebih berkualiti dan cepat.
Bertempat di bilik mesyuarat Koleh TIGA BELAS dalam bulan Julai 2009 yang lalu, pihak MPP dan juga Jemaah Presiden Kolej UPM telah mendengar penerangan daripada pihak IDEC dimana projek yang akan dijangka berakhir pada bulan Julai 2010 ini akan menjadikan setiap penghuni kolej mendapat perkhidmatan Uspot tanpa menghadapi masalah.
Dalam projek yang sedang dijalankan ini, setiap aras di setiap blok di setiap kolej akan dipasang dengan 2 “asses point” (AP) dan mengikut pengiraan sejumlah 764 buah AP akn dipasang berbanding pada ketika ini hanya 1 sahaja AP di pasang setiap blok. UPM menganggarkan membelanjakan lebih daripada 15 Juta ringgit bagi memastikan para pelajar dapat menggunakan perkhidmatan ini seiring dengan kemajuaan teknologi maklumat.
Hal ini juga dikuatkan lagi dengan UPM merupakan antara pengguna internet yang terbanyak di ASIA. Menurut Tiger , presiden KOSASS yang turut hadir pada perjumpaan tersebut gembira dengan hasil taklimat tersebut dan berterima kasih pada MPP yang mengusulkanperkara ini pada awal Februari 2009.
ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment