25 January 2010

Aktiviti Anjuran MPPUPM08/09 -1

Sepanjang tahun 2009, pelbagai program yang telah diatur MPP UPM demi melestarikan kepemimpinan dengan pelbagai pendekatan sama ada menyentuh aspek kemahasiswaan, kebajikan, keusahawanan, khidmat sosial, kerohanian, bakti siswa, dan lain-lain lagi. Sudah pastinya setiap program MPP memberikan impak kepada pelajar juga masyarakat. Ruangan ini akan menampilkan sekilas program anjuran MPP.

MALAM APRESIASI MANTAN MPP
 Majlis Penghargaan dan Apresiasi Mantan MPP telah diadakan pada 24 Februari 2009 di Dewan Kolej Serumpun khas sebagai penghargaan kepada pengorbanan MPP sesi 2008/2009.   
Antara objektif program ini diadakan juga adalah untuk menghargai bakti yang telah dicurahkan kepada Exco MPP 2008/2009. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Y.Bhg. Prof. Dr. Azali Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM serta Barisan Pengetua Kolej Kediaman. 

KURSUS INDUKSI MPP
 Kursus induksi Majlis Perwakilan Pelajar telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Ayer Keroh, Melaka pada 20-22 Februari. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar disamping merencanakan Pelan Strategik MPP sepanjang sesi 2008/2009. 
 Kursus ini juga memberikan pendedahan awal kepada MPP berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan kerja-kerja kebajikan. Pelbagai input telah diperolehi sepanjang kursus ini diadakan untuk memantapkan gerakan MPP.
 MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN DAN ANGKAT SUMPAH
 Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) sesi 2008/2009 telah menerima watikah perlantikan dan angkat sumpah pada 17 Februari 2009 di Dewan Seri Pulasan, Kolej Keenam. 
Watikah perlantikan tersebut telah disampaikan oleh Y.Bhg Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor UPM yang turut disaksikan pengurusan dan pegawai kanan universiti serta mantan MPP. 
Melalui moto “Aspirasi Anda Inspirasi MPPia meneruskan kesinambungan perjuangan yang lepas menerusi semangat kerjasama yang jitu antara pelajar dan MPP dalam meningkatkan kebajikan, keselamatan, keselesaan bagi menjana kecemerlangan pelajar

BENGKEL PENGUKUHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPM SESI 2008/2009 
 Matlamat program program ini diadakan adalah untuk mengukuhkan penampilan Exco MPP dan melicinkan gerak kerja bagi melahirkan organisasi pelajar terbaik di UPM. 
Program yang diadakan selama dua hari tiga malam di Kolej Kelima UPM ini telah berjaya menyiapkan 15 kertas kerja kebajikan pelajar yang melibatkan kertas kerja kebajikan pelajar di fakulti, kolej serunpun, pembanganan & insfrastruktur, makanan dan juga pengangkutan. 
Program ini juga telah membina semangat kerjasama yang utuh dalam kalangan ahli MPP dalam memperjuangkan kebajikan para pelajar. 

Antara pengisian bengkel ini adalah seperti, bengkel membuat kertas kerja, bengkel membuat surat rasmi, dan juga penghayatan alam. Program yang diadakan tiga hari ini banyak memberikan impak kepada pengurusan MPP UPM.
ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP