MPP UPM MENGETUAI GERAKAN MEMOHON PENJELASAN TENTANG ISU PENEMPATAN GURU 2010!
Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia, Saudara Mohd Syamsul Salleh telah mengatur satu pertemua rasmi bersama wakil Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mendapatkan maklum balas mengenai khabar angin pembekuan penempatan guru yang dikatakan akan dilaksanakan bermula 2010 ini di Pejabat Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dalam pertemuan selama 1 jam 30 minit itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa tidak ada sebarang arahan rasmi dan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak kementerian untuk melaksanakan arahan pembekuan penempatan itu dan pihak KPM memohon jasa baik dan kerjasama daripada mahasiswa supaya tidak mudah melatah dan terpengaruh dengan khabar-khabar angin yang tersebar.
Pertemuan ini juga telah dihadiri oleh YDP MPP USM, YDP MPP UNIMAS, YDP MPP UMK dan beberapa orang wakil pelajar jurusan pendidikan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM dan wakil Jemaah Presiden Kolej Kediaman UPM sebagai wakil mahasiswa bertemu dengan Encik Mohd Nizar Bin Hj Sudin, Setiausaha Sulit Kepada YAB menteri, dan Encik Shamsuri Jamil, Pegawai khas YAB Menteri yang mewakili pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertemuan kedua akan diadakan pada waktu dan tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Bagi memastikan segala isu berkaitan dengan bidang pendidikan ini dapat diatasi dengan mengambil kira suara mahasiswa, maka Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan menerusi sekreteriat YDP dan Presiden MPP Kebangsaan akan menganjurkan satu diskusi khas bersama KPM yang akan dikelolakan oleh MPP USM dalam masa yang terdekat ini. Diskusi ini akan cuba untuk menghimpunkan mahasiswa jurusan pendidikan dari seluruh IPTA untuk berdiskusi secara dua hala dan bersemuka dengan pihak KPM bagi merungkai masalah sebenar yang dihadapi oleh mahasiswa pendidikan.
wakil pelajar yang hadir dalam pertemuan ringkas bersama KPM ini
Apabila menjawab dakwaan bahawa gerakan bertemu KPM ini hanya melibatkan pihak-pihak yang dijemput sahaja, saudara Mohd Syamsul menegaskan bahawa, "semua pelajar yang mempunyai kelapangan dan kesempatan untuk bersama telah dijemput secara terbuka melalui pelbagai medium. Facebook , sebaran sms kepada jemaah YDP kebangsaan, menjemput wakil presiden kolej kediaman dan blog mpp sendiri telah memaklumkan agenda ini kepada semua pelajar malah ada sahaja wakil pelajar FPP yang datang bertemu saya sendiri untuk bersama-sama saya ke KPM walaupun dengan hanya menunggang motosikal. Sebenarnya tidak pernah ada dan tidak pernah timbul isu dijemput ataupun tidak, tetapi ia berkisar tentang mahu bertindak ataupun tidak"
0 comments:
Post a Comment