Sambutan Aidilfitri FBMK : Tahniah Buat AJK Pelaksana
Majlis Sambutan Aidilfitri Pelajar-Pelajar FBMK yang berlangsung pada 15 Oktober 2009 bertempat di Latar Siswa Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia disambut dengan meriah oleh pelajar-pelajar yang hadir. Majlis yang diatur dan dilaksanakan oleh gabungan kerjasama erat antara pelajar-pelajar tahun pertama Bacelor Komunikasi dan Majlis Tertinggi Mahasiswa Fakulti itu diadakan sekitar jam 12.00 tengah hari hingga jam 3.00 petang.
Menurut Yang Di Pertua MPPUPM yang turut hadir "Saya secara peribadinya amat kagum dengan semangat kerjasama dan kesungguhan yang ditonjolkan oleh rakan-rakan pelajar FBMK ini dalam menjayakan majlis seperti ini dan saya sesungguhnya amat berterima kasih kepada mereka kerana memberi ruang untuk saya turut hadir dan merasai kegembiraan hari raya bersama-sama mereka. Kredit buat mereka kerana mereka memang peramah!!"
Menurut Saudara Hanas, salah seorang pelajar tahun pertama Bacelor Komunikasi "keseluruhannya majlis berjalan lancar. Semua pelajar memberikan komitmen dengan baik bagi menjayakan majlis ini. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menganjurkan program ini."
Selain pelajar, majlis tersebut turut dihadiri oleh pensyarah-pensyarah dari FBMK sendiri.
Kehangatan sambutan Aidilfitri biarpun sudah hampir ke penghujungnya ini masih lagi dirasai di sekitar kampus UPM. Selain sambutan yang diadakan di peringkat kolej kediaman, inisiatif yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di Fakulti ini dilihat sebagai platform terbaik dalam usaha untuk mengeratkan lagi tali persahabatan dan perpaduan antara mereka disamping berpeluang untuk membantu mereka mempelajari kemahiran pengurusan dan penganjuran majlis.
0 comments:
Post a Comment