BAJET 2010 : SUARA MAHASISWA DIDENGARI
Dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bil 1/2009 yang telah dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan telah dijalankan pada Ogos 2009 lalu, Sekretariat YDP dan Presiden MPP Kebangsaan telah berpadu suara dan tenaga untuk memperjuangkan beberapa isu utama yang melibatkan kebajikan mahasiswa.
Pertama, MPPK memohon supaya pinjaman PTPTN ditukarkan statusnya menjadi biasiswa kepada pelajar yang bergraduat dengan kelulusan kelas pertama. Rasional permohonan dan perjuangan ini dilakukan adalah bertujuan untuk memberi perangsang dan pembakar semangat kepada pelajar-pelajar supaya berusaha dengan lebih gigih lagi bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik.
Selain itu, MPPK juga membuat permohonan dan menyuarakan pandangan terhadap isu kenaikan harga tiket pengangkutan awam yang semakin lama semakin membebankan pelajar disebabkan oleh kenaikan harga minyak. Disebabkan isu ini, pembentangan kertas kerja diketuai oleh YDP MPP UUM, telah sebulat suara memohon agar diskaun khas dapat diberikan kepada pelajar yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dapat segera dilaksanakan oleh kerajaan.
Cadangan ini telah diterima dan akan dikuatkuasakan pada tahun 2010, seperti yang dibentangkan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri kita dalam bajet 2010.
- PTPTN akan ditukar kepada biasiswa bagi pelajar-pelajar yang bergraduat dengan kelulusan kelas pertama.
- Diskaun 50% akan diberikan kepada pelajar yang menggunakan perkhidmatan KTMB.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm
Menurut saudara Mohd Syamsul Salleh, YDP MPP UPM merangkap pengerusi Sekreteriat YDP dan Presiden MPP Kebangsaan (MPPK) ketika diajukan soalan mengenai isu ini "Alhamdulillah, syukur. Ini adalah bukti nyata, bahawa sesungguhnya suara mahasiswa masih didengari dan MPPK masih relevan dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa di peringkat kebangsaan."
Tambahnya lagi "Kami di peringkat MPPK sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin negara dan kerajaan Malaysia kerana membukakan telinga dan mendengar suara dan rintihan mahasiswa. Sesungguhnya bajet 2010 yang dibentangkan oleh PM ini adalah berita baik buat mahasiswa dan sudah pasti ia akan disambut baik oleh kami semua."
Apabila ditanya tentang perkembangan MPPK dan sekreteriat YDP dan Presiden MPP Kebangsaan, Syamsul menjelaskan bahawa "Selepas bajet 2010 ini dibentangkan, Kami sedang berusaha untuk berhubung terus dengan pihak PTPTN sendiri bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang isu PTPTN ini dan segala perkembangan akan dimaklumkan kepada rakan-rakan kemudian. Selain itu, kami juga sedang merangka persediaan terperinci bagi menghadiri pra-persidangan MPPK bil 2/2009 yang akan dijalankan tidak lama lagi dan setakat ini kami sudah sepakat utk memperjuangkan beberapa isu mahasiswa kebangsaan."
Mohd Syamsul dijangka akan menghadiri diskusi mahasiswa bersama wakil KPM yang dianjurkan oleh MPPUPSI pada 30 Oktober 2009 ini untuk bersama-sama YDP MPP UPSI membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pelajar jurusan pendidikan.
"Satu Hati, Satu Inspirasi"
"Aspirasi Anda, Inspirasi MPP"
"Aspirasi Anda, Inspirasi MPP"
3 comments:
salam.
ya, sbg mahasiswa yg bakal bergraduat dgn ijazah kelas pertama, saya sedikit teruja akan bajet 2010 yg telah dibentangkan.
diharap agar kriteria untuk kelayakan itu akan dapat diperincikan kelak. terima kasih.
salam
saya telah graduate dgn ijazah kelas pertama pada konvo oct'09.Adakah saya layak untuk menukar pinjaman PTPTN saya kepada biasiswa?
hanya pelajar yg bakal graduate ijazah kelas pertama bermula tahun 2010 shj yg layak...
Post a Comment