CADANGAN DISKUSI DUA HALA BERSAMA KPM: MPPK MENGATUR LANGKAH PRO-AKTIF!!
Selepas pertemuan pertama dengan wakil KPM pada 09 Oktober 2009 yang lalu di Putrajaya, Sekreteriat YDP MPP Kebangsaan (MPPK) telah merangka diskusi dua hala antara pelajar jurusan pendidikan di IPTA dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dijangka akan dijalankan dalam masa terdekat ini. Menurut Saudara Mohd Syamsul Salleh, Yang DiPertua MPP UPM merangkap pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) usaha dan inisiatif ini dirangka adalah bertujuan untuk merungkai masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar jurusan pendidikan di IPTA berkaitan dengan bidang itu sendiri termasuklah mengenai isu penempatan dan status kelayakan pemberian biasiswa KPM.
"Kami di peringkat MPPK sangatlah mengharapkan bantuan daripada rakan-rakan pelajar sekalian untuk mendapatkan segala macam maklumat dan data yang lengkap tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar jurusan pendidikan ini agar diskusi kali ini akan berjalan dengan lebih ilmiah dan berasas."
Ketika ditemui, saudara Mohd Syamsul baru sahaja selesai membentangkan Laporan International Summer School Programme (ISS) yang disertainya di South Korea beberapa bulan lepas di hadapan Pengarah International Office UPM yang turut dihadiri oleh pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar di Fakulti Alam Sekitar UPM. Turut membentangkan laporan adalah pelajar-pelajar yang menyertai Summer School Programme di Turkey.
0 comments:
Post a Comment