07 October 2009

Maklum Balas Isu Akademik 7 Oktober 2009 (TERKINI)

1. Aduan mengenai Maklumat Akademik Pelajar dalam ESMP.
- Dalam “kursus telah ambil”, maklumat akademik hanya memapar sehingga semester ke-2 tahun pertama. Manakala, saya sekarang pada semester ke-5. Pelajar tidak dapat menyemak balik keputusan sebelum amat merisaukan pelajar.

Maklumbalas: Bahagian Akademik (BA) telah membuat semakan pada 1 September 2009 dan mendapati data kursus ambil yang dipaparkan adalah sehingga Semester Kedua 2008/2009 iaitu semester ke empat pelajar. Keputusan peperiksaan (gred) semasa tidak akan dipaparkan sehingga mempunyai keputusan akhir dari Senat.

2. Aduan Terhadap Perkhidmatan SMS Penyemakan Keputusan Peperiksaan
-  Pihak MPP menerima aduan terhadap perkhidmatan SMS penyemakan keputusan peperiksaan. Adakah perkhidmatan tersebut masih berfungsi? Kalau tidak berfungsi, berharap kenyataan dibuat dan publisiti perkhidmatan tersebut ditarik keluar dari laman web Bahagian Akademik.

Maklumbalas: BA telah mengambil perhatian dan tindakan di atas maklumbalas yang diberikan. Dimaklumkan perkhidmatan tersebut diselia oleh pihak Pusat Pembangunan Perniagaan Universiti (UBC). BA telah menyemak status perkhidmatan tersebut dan dimaklumkan perkhidmatan tersebut telah ditamatkan.
BA juga telah mengambil tindakan mengeluarkan makluman mengenai status penamatan perkhidmatan tersebut di laman web Bahagian Akademik.

 3. Aduan terhadap Maklumat Akademik dalam Student Portal Putra
- Pelajar tidak dapat menyemak sebarang maklumat berkenaan akademik dalam Student Portal Putra. Samaada kursus telah diambil, keputusan peperiksaan, kesemua perkara tidak dapat disemak melalui portal tersebut. Berharap tindakan segera diambil untuk menyenangkan pelajar. 

Maklumbalas: Penyelengaraan dari segi teknikal bagi Perkhidmatan Portal adalah di bawah selenggaraan Pusat Pembangunan maklumat dan Komunikasi (IDEC). BA dimaklumkan staf yang bertanggungjawab sedang bercuti sakit dan manyebabkan mengambil sedikit masa untuk tindakan pembaikan.
Bagaimanapun, tindakan pembaikan telah diambil dan pihak kami telah melakukan semakan tindakan pembaikan pada 29 September 2009 mendapati perkhidmatan Portal pelajar telah berfungsi dengan baik.


4. Mohon untuk menukar jadual waktu peperiksaan Semester Pertama 2009/2010
Maklumbalas: BA memohon maaf kerana permohonan tuan tidak dapat dilaksanakan kerana jadual peperiksaan telah disusun lebih awal dan jika perubahan dilakukan akan menyebabkan pertindihan pada banyak kursus lain. Lebih menyulitkan lagi jika terpaksa mengubah susunan jadual peperiksaan kursus wajib Universiti seperti TITAS, Kenegaraan dan lain-lain.

5. Mendapatkan jadual waktu peperiksaan bagi Semester Kedua 2009/2010
Maklumbalas: Jadual Peperiksaan telah diatur semula seperti di BAWAH.


Minggu Pertama



*** Kemahiran Bahasa Asing

Peperiksaan pada minggu kedua mengikut hari/kumpulan jadual waktu peperiksaaan seperti di buku jadual wakti kuliah/peperiksaan semester kedua sesi pengajian 2009/2010.

Minggu Kedua

 

Minggu Ketiga 

 

P/S: 
1. MPPUPM08/09 mengalu-alukan sesiapa yang ingin mendapatkan maklum balas secara terperinci untuk membuat rujukan di bilik MPP.
2. Maklumat tambahan, untuk semester kedua sesi 2009/2010, cuti minggu ulangkaji (study week) tidak akan dilaksanakan selama 7 hari tetapi hanya 4 hari, iaitu bermula dari SABTU sehingga SELASA. Minggu pertama peperiksaan hanya melibatkan kertas umum universiti, BBX (iaitu sebarang kursus bahasa asing) serta kursus ACT yang berlangsung selama 3jam.

"Aspirasi Anda, Inspirasi MPP"

"Satu Hati, Satu Inspirasi"
 


0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP