10 October 2009

Terima Kasih! Thank You! 谢谢(xié xié)! धन्यवाद(Dhanyavaad)!

Salam 1Malaysia!







Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga mampu Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sesi 08/09 (MPPUPM08/09) ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam usaha menjayakan penganjuran ketiga-tiga siri program Mahasiswa Satu Malaysia(MSM).
 

Sesungguhnya, MSM merupakan inisiatif yang dicetuskan oleh MPPUPM08/09 dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan bagi memugar kembali kesedaran mahasiswa supaya keluar dari kepompong dan keluar dari tempurung. Mahasiswa adalah anak kepada masyarakat, jadi pulanglah menabur bakti kepada ibu dan bapamu.

Walaupun, MSM telah sampai ke penghujungnya, tetapi diharapkan semangat yang dibangkitkan dan nilai yang diterapkan dalam program ini akan diteruskan… MPPUPM08/09 memohon maaf atas sebarang kekurangan, ketidakpuasan hati dan kesalahan yang disengaja atau tidak sengaja sepanjang perjalanan ketiga-tiga siri program MSM. Semoga dapat terus bekerjasama dengan anda semua lagi di masa akan datang… ^^

"Aspirasi Anda, Inspirasi MPP"

"Satu Hati, Satu Inspirasi"

 


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP