25 January 2010

Aktiviti Anjuran MPPUPM08/09 -1

Sepanjang tahun 2009, pelbagai program yang telah diatur MPP UPM demi melestarikan kepemimpinan dengan pelbagai pendekatan sama ada menyentuh aspek kemahasiswaan, kebajikan, keusahawanan, khidmat sosial, kerohanian, bakti siswa, dan lain-lain lagi. Sudah pastinya setiap program MPP memberikan impak kepada pelajar juga masyarakat. Ruangan ini akan menampilkan sekilas program anjuran MPP.

MALAM APRESIASI MANTAN MPP
 Majlis Penghargaan dan Apresiasi Mantan MPP telah diadakan pada 24 Februari 2009 di Dewan Kolej Serumpun khas sebagai penghargaan kepada pengorbanan MPP sesi 2008/2009.   
Antara objektif program ini diadakan juga adalah untuk menghargai bakti yang telah dicurahkan kepada Exco MPP 2008/2009. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Y.Bhg. Prof. Dr. Azali Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM serta Barisan Pengetua Kolej Kediaman. 

KURSUS INDUKSI MPP
 Kursus induksi Majlis Perwakilan Pelajar telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Ayer Keroh, Melaka pada 20-22 Februari. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar disamping merencanakan Pelan Strategik MPP sepanjang sesi 2008/2009. 
 Kursus ini juga memberikan pendedahan awal kepada MPP berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan kerja-kerja kebajikan. Pelbagai input telah diperolehi sepanjang kursus ini diadakan untuk memantapkan gerakan MPP.
 MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN DAN ANGKAT SUMPAH
 Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) sesi 2008/2009 telah menerima watikah perlantikan dan angkat sumpah pada 17 Februari 2009 di Dewan Seri Pulasan, Kolej Keenam. 
Watikah perlantikan tersebut telah disampaikan oleh Y.Bhg Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor UPM yang turut disaksikan pengurusan dan pegawai kanan universiti serta mantan MPP. 
Melalui moto “Aspirasi Anda Inspirasi MPPia meneruskan kesinambungan perjuangan yang lepas menerusi semangat kerjasama yang jitu antara pelajar dan MPP dalam meningkatkan kebajikan, keselamatan, keselesaan bagi menjana kecemerlangan pelajar

BENGKEL PENGUKUHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPM SESI 2008/2009 
 Matlamat program program ini diadakan adalah untuk mengukuhkan penampilan Exco MPP dan melicinkan gerak kerja bagi melahirkan organisasi pelajar terbaik di UPM. 
Program yang diadakan selama dua hari tiga malam di Kolej Kelima UPM ini telah berjaya menyiapkan 15 kertas kerja kebajikan pelajar yang melibatkan kertas kerja kebajikan pelajar di fakulti, kolej serunpun, pembanganan & insfrastruktur, makanan dan juga pengangkutan. 
Program ini juga telah membina semangat kerjasama yang utuh dalam kalangan ahli MPP dalam memperjuangkan kebajikan para pelajar. 

Antara pengisian bengkel ini adalah seperti, bengkel membuat kertas kerja, bengkel membuat surat rasmi, dan juga penghayatan alam. Program yang diadakan tiga hari ini banyak memberikan impak kepada pengurusan MPP UPM.
ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

Read more...

Maklum Balas MPPUPM 08/09 Berkenaan Isu Semasa - 3

ISU GRADUAN  PENDIDIKAN: SEMAKIN MENEMUI PENYELESAIAN

Baru-baru ini timbul isu penempatan guru hinggakan guru sarjana pendidikan tidak dijamin untuk ditempatkan di sekolah malah timbul polimik yang menyatakan kegagalan dalam ujian insak menyebabkan ramai para graduan pendidikan tidak berpeluang untuk ditemuduga.

Lantas pertemuan bersama wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan Suruhanjaya Pelantikan Pendidikan (SPP) menghuraikan isu yang melanda. Menurut Puan Faridatul Akmar Mat Taib, Timb. Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM, ujian insak diperkenalkan untuk menguji tahap sahsiah dan etika perguruan yang mana ujian tersebut telah nyata kesahannya serta dibangunkan oleh pakar akademik dari seluruh negara.

Tambahnya lagi pelajar yang gagal dalam ujian tersebut masih berpeluang untuk menghadiri temuduga dengan mengemukakan surat rayuan kepada beliau. Menurut rekod seramai 98 orang graduan pendidikan UPM telah gagal dalam ujian tersebut.

Katanya lagi, masalah penempatan guru mungkin berlaku sekitar dua tahun ini kesan daripada sistem pemanjangan tempoh bersara kepada umur 58 tahun dan beberapa kes terpencil. Unjuran baru akan dikeluarkan KPM dan perkara tersebut akan diselesaikan degan kadar segera.

Semua pihak berpuas hati dengan hasil perbicangan tersebut yang diadakan sempena Taklimat Latihan Mengajar dan Praktikum Kaunseling (LMPK) di Dewan Besar UPM pada 14 Januari 2009. Pun begitu, masih ada beberapa perkara yang masih kurang jelas berkaitan penempatan guru bagi pelajar yang ditajaan KPT dan tempoh menunggu layak temuduga bagi graduan yang gagal dalam ujian insak. Turut hadir majlis tersebut YDP MPP UPM dan  Exco MPP yang lain.

Saudara Johari ketika diminta mengulas isu ini menyatakan “bedasarkan Majlis Permuafakatan KPM Dan KPT  2006, guru lepasan IPG akan disalurkan ke sek. ren. dan guru lepasan IPT akan ke sekolah menengah dan kita menunggu hasil perbincangan lanjut yang akan diadakan antara KPT dan KPM sedikit masa lagi”.
Katanya lagi menerusi kenyataan yang YB Dr. Mohd Puad Zajarshi Timbalan Menteri KPM, memberi respon bilangan graduan IPT pendidikan yang gagal ditempatkan di sekolah adalah kerana mereka mengambil pengajian sekolah rendah yang telah dikhususkan kepada IPG. Oleh itu UPM tidak terlibat dari masalah ini.
 ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA


Read more...

Maklum Balas MPPUPM 08/09 Berkenaan Isu Semasa - 2

ISU KALIMAH ALLAH: MPP UPM MAHU DIHENTIKAN POLEMIK DEMI KEAMANAN NEGARA

Keputusan Mahkamah Tinggi meluluskan akhbar Herald-The Catholick Weekly benar-benar memberi implikasi kepada keharmonian negara khususnya perasaan umat Islam negara ini. 

Ramai pihak merasakan isu ini perlu diselesaikan segera dan bukan menggunakan saluran perundangan termasuk memohon pihak berkenaan menggugurkan kes ini bagi mengelakkan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah selepas proses rayuan dibuat oleh KDN. 

Saudara Fazil Yahaya,Pelajar tahun tiga, FPP ketika diminta mengulas perkara ini menyatakan “semua orang patut rasa bimbang dan memainkan peranan masing-masing supaya polemik agama yang mendorong kepada ketegangan ini tidak berterusan kerana suka atau tidak, ekonomi negara akan terjejas dan telah pun terjejas. Saya banyak menyelak akhbar antarabangsa yang memberi liputan tentang isu ini dan saya gusar dengan perspektif yang mereka berikan”. 

MPP menyeru mahasiswa yang cintakan negara, janganlah kita menggadaikan kesejahteraan dan keamanan negara dan membangkitkan isu-isu keagamaan dan perkauman kerana akibatnya kita juga yang akan rugi sekiranya berlaku ketegangan dan konflik. 

Oleh itu, marilah kita semua bersatu atas persetujuan menjaga kesejahteraan dan keamanan negara. Selesaikan perselisihan faham penggunaan kalimah Allah di meja perundingan dengan menggunakan naluri mata hati bukannya melalui kaca mata perundangan. 
ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

Read more...

Maklum Balas MPPUPM 08/09 Berkenaan Isu Semasa - 1

MAHASISWA UPM MENYAMBUT BAIK KEWUJUDAN SEMULA SPEAKER CORNER

MPP dan Mahasiswa menyokong penuh cadangan agar Speaking Corner diwujudkan sejak ia dibekukan sejak AUKU dikuatkuasakan. Melalui speaking corner ini akan mencetuskan idealism mahasiswa dalam menilai sesuatu isu dengan kritis dan kritikial bukan sahaja melahirkan siswa yang bijak berhujah di pentas perdebatan malah turut melontarkan isu secara terbuka dengan mematuhi etika kemahasiswaan. 

Saudara Hanafi Mohd Ali, NYDP MPP berkata UPM juga akan mengatur langkah untuk menganjurkan semula sudut pidato ini yang diyakini mampu melahirkan golongan mahasiswa bertanggungjawab serta mencorak kepemimpinan cemerlang. Tambahnya lagi, pindaan semula AUKU yang diwartakan pada februari lalu membuktikan kerajaan bersifat terbuka dengan menerima pandangan MPP dan mahasiswa dalam member peluang kepada mahasiswa menghidupkan semula budaya ilmu dan keintelektualan universiti. 

Sementara Saudara Ong Guang Xin, TNYDP MPP mengulas, “kita menitikberatkan soal meningkatkan mutu pengucapan awam dan sifat tanggungjawab bukan seperti sesetengah pihak yang hanya berani menuduh dan memfitnah di laman blog atau edaran risalah haram” katanya selepas mendengar Perutusan TNC HEPA 2010.

ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA
 

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP