Pelajar UPM Sambut Baik Subjek Keusahawanan
SERDANG, 4 Mac – Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menyambut baik subjek Asas Keusahawanan yang baru diperkenalkan tahun lepas dalam usaha untuk membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar UPM.
Pelajar tahun dua Bacelor Komunikasi, Ahmad Aminuddin Karim, 24 (gambar) berkata subjek itu mendedahkan kepada beliau dan rakan-rakannya asas keusahawanan yang selama ini tidak pernah beliau tahu sejak dari sekolah lagi.
“Dengan subjek ini, saya didedahkan kepada banyak perkara baru seperti rancangan perniagaan, perancangan kewangan dan bagaimana cara hendak menjana pendapatan sendiri yang dapat dijadikan sebagai wang tambahan saya dan rakan-rakan," katanya.
Pelajar tahun dua Bacelor Komunikasi, Wong Ju Nee,22 (gambar) berkata beliau sangat menyokong kewujudan subjek itu kerana pelajar bukan saja diajar secara teori tetapi praktikal dengan membuka gerai untuk berniaga di lokasi yang telah ditentukan.
“Perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah seperti saya selalu fikirkan kerana banyak proses perlu dilakukan supaya perniagaan yang kumpulan saya lakukan tidak mendatangkan kerugian,” katanya.

“Selain itu, saya juga berharap agar pelajar dapat menvariasikan lagi produk-produk yang dijual pada masa akan datang kerana selama ini saya lihat makanan adalah produk yang sering dipilih,” katanya.
(Berita ditulis oleh Hazwan Faisal Mohamad)
(Berita ditulis oleh Hazwan Faisal Mohamad)
0 comments:
Post a Comment