07 September 2009

Selamat Menduduki Ujian Ke-2!

Salam Satu Malaysia!

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia 08/09 mengucapkan 
Selamat Menduduki Ujian Ke-2 Semester 09/10 
kepada seluruh warga UPM! 

Selamat Maju Jaya kepada semua! 

Dalam pada itu, marilah kita semua tenangkan fikiran sejenak dimana MPPUPM08/09 ingin berkongsi sebuah kisah dengan semua. Kisah ini adalah tentang Monty Roberts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Semoga kisah ini boleh memberi inspirasi kepada anda semua. Pemuda ini merupakan anak kepada seorang pelatih kuda. Kehidupan mereka adalah beralih dari satu kandang ke kandang kuda yang lain untuk melatih kuda. 

Berani Berimpian

Kisah ini bermula dengan pemuda ini belajar di sekolah menengah. Gurunya telah meminta mereka untuk menulis tentang matlamat dan perkara yang akan mereka lakukan apabila dewasa nanti. Malam itu juga, Monty telah membuat keputusan untuk memiliki sebidang ladang penternakan yang luas dan sebuah rumah yang besar suatu hari nanti. Dia telah menulis sejelas-jelasnya tentang ciri-ciri keadaan ladang tersebut. Monty mahu ladang yang seluas 200 ekar. Dia juga telah melukiskan dengan jelas pelan rumah yang berkeluasan 4000 kaki persegi. Selain itu, dia juga telah memastikan dimana rumah tersebut itu berada di ladang perternakan kuda yang seluas 200 ekar itu. Dia telah menulis sebanyak 7 muka surat untuk menjelaskan impiannya dimana penulisannya adalah begitu jelas sekali, bagaikan semua perkara ini telah berlaku.

2 hari kemudian, Monty mendapat hasil kerjanya semula. Keputusan yang didapatinya agak meleset pemikiran kita. Kita mungkin akan berfikir Monty telah mendapat keputusan yang baik berdasarkan apa yang diberikannya. Tetapi malangnya, huruf merah F dan “ jumpa saya selepas kelas ” tertera di hadapan kertasnya.

Monty pun berasa binggung dan hairan kerana setahunya, dia telah membuat yang terbaik. Oleh itu, dia pun pergi berjumpa dengan guru tersebut selepas kelas. Dia ingin mendapat tahu kenapa dia mendapat F. 

Maka, jawab guru tersebut,

"Impian ini adalah mustahil untuk pemuda seperti kamu. Kamu tidak mempunyai wang. Kamu datang daripada keluarga yang hidup tidak tetap, bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kamu tidak mempunyai modal. Untuk memiliki ladang perternakan, kamu perlu mempunyai duit yang banyak. Kamu perlu membeli tanah. Kamu perlu membayar sejumlah duit yang besar untuk mendapatkan baka kuda yang asli. Dan kamu juga perlu membayar tempat untuk menternaknya. Tiada jalan menunjukkan bahawa kamu mampu melakukannya”

“Kalau kamu boleh menulis semula matlamat atau impian kamu secara lebih realistik, mungkin saya akan mempertimbangkan gred kamu.”

Monty pun balik ke rumah untuk memikirkannya. Dia telah mengambil masa yang lama untuk memikirkan tentang perkara tersebut. Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa. Dia tidak sanggup membuang impiannya. Pada masa yang sama, dia juga tidak ingin keputusan peperiksaannya terjejas. Maka, dia pun merujuk kepada bapanya untuk mendapatkan pandangan.

Bapanya telah menyuruhnya untuk membuat keputusan sendiri. "Monty, keputusan ini akan mempengaruhi kehidupan kamu pada masa depan dan kamu perlu mengambil keputusan sendiri! Tidak kira apa keputusan yang akan kamu buat, saya akan menyokongnya." Selepas seminggu mempertimbangkan perkara tersebut, dia telah membuat keputusan.

Dia akan mengembalikan kertas kerja tersebut tanpa mengubah matlamatnya. Dia nekad.

"Cikgu boleh simpan gred yang diberikan cikgu kepada saya tetapi saya tetap akan menyimpan impian saya."

Beberapa tahun kemudian, apa yang digambarkan dalam kertas kerja tersebut mula menjadi realiti. Budak tersebut kini memiliki rumah seluas 4000 kaki dan ladang kuda seluas 200 ekar. Kertas tersebut masih lagi disimpannya dan telah dibingkaikan.

Ketika guru itu berjumpa dengan Monty suatu hari nanti, guru itu berkata,

"Lihat, Monty. Saya rasa saya boleh katakannya sekarang. Semasa saya menjadi cikgu kamu, saya merupakan pencuri impian. Saya telah mencuri ramai impian budak-budak kecil. Kamu sungguh bernasib baik kerana kamu tidak pernah putus asa dengan impian kamu." 

Semoga warga UPM turut tidak kehilangan impian!

Dare To Dream 

I am my own believer
In my heart the reason
I will follow the light from within
I'm not afraid of weakness
I'm gonna taste the sweetness
Of the power not to give in
I will see it through
I believe this is my moment of truth

Dare to dream
Dare to fly
Dare to be the heir, the chosen one to touch the sky
Dare to reach
Dare to rise
Find the strength to set my spirit free
Dare to dream

I will go the distance
Embrace resistance
I will lay my soul on the line
When the wait is over
And the hunger has spoken
If I give my all I will shine
I will see it through
I believe, this is my moment of truth

Dare to dream
Dare to fly
Dare to be the heir. the chosen one to touch the sky
Dare to reach
Dare to rise
Find the strength to set my spirit free
Dare to dream

And the heart will shine like the sun
A million voices together as one
I believe, I believe, I believe, I believe

Dare to dream
Dare to fly
Dare to be the ever chosen one to touch the sky
Dare to reach
Dare to rise
Find the strength to set my spirit free
Dare to dream

Dare to fly
Dare to be the heir, the chosen one to touch the sky
Dare to reach
Dare to rise
Find the strength to set my spirit free

Find the strength to do what I believe
Dare To dream

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP