15 September 2009

Hentian Bas Sementara Musim Raya

Peringatan MPPUPM 08/09 kepada warga UPM:
MPPUPM 08/09 ingin mengingatkan semua warga UPM yang akan balik ke kampung pada musim cuti Raya ini dengan bas untuk memberi perhatian kepada di mana stesen/terminal bas yang anda sepatutnya pergi.
Untuk makluman semua, kesemua bas pada musim Raya akan beroperasi melalui lima buah terminal bas iaitu Hentian bas Puduraya, Hentian bas Duta, Hentian bas Putra, Pekeliling dan yang terbaru hentian bas sementara di Kompleks Sukan Bukit Jalil.

Hentian bas Puduraya dan Hentian bas Duta akan mengendalikan perjalanan ke utara manakala Hentian bas Putra dan Pekeliling pula untuk perjalanan ke pantai timur dan Kompleks Sukan Bukit Jalil bagi perjalanan ke selatan.

Operasi bas bagi musim perayaan ini akan bermula dari 15 September sehingga 15 Oktober. Warga UPM adalah dinasihatkan untuk memastikan stesen/terminal bas yang mengendalikan bas balik ke kampung masing-masing sebelum hari kejadian. Warga UPM yang telah beli tiket bolehlah menghubungi syarikat bas untuk mendapatkan kepastian.
Sementara itu, bagi warga UPM yang belum beli tiket, anda adalah dinasihatkan agar mendapatkan tiket bas awal bagi mengelakkan rancangan perjalanan tergendala. Cadangan daripada pihak LPKP adalah untuk membeli terus dari kaunter bas yang sah atau pun boleh membuat pembelian melalui internet bagi menggelakkan daripada tertipu.
Sekali lagi, MPPUPM 08/09 ingin mengucapkan Selamat Balik ke Kampung Tercinta dan Berhati-hati di Jalan Raya!
(Dipetik daripada BERNAMA.COM)
Link: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=359113
Dalam pada itu, sama-samalah kita menyaksikan clip video "Balik Kampung" daripada  Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. 

MPP UPM mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

"Selamat Pulang Ke Kampung Tercinta"
 

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP