15 September 2009

Pengangkutan Raya

Bersempenaan dengan musim cuti Hari Raya, Unit Pengangkutan Universiti Putra Malaysia akan menyediakan 4 buah bas yang akan bergerak ke dalam kolej-kolej secara shuttle bermula pada hari Rabu ini (16 September 2009). Destinasi bas tersebut adalah ke stesen komuter. 

Pelajar kolej 17 akan mendapat sebuah bas khas untuk memudahkan mereka pergi ke komuter. Bagi pelajar yang hendak pergi ke stesen bas Kajang, 2 buah bas akan berada di central parking. Bas komuter juga akan bergerak seperti biasa dan pelajar boleh menaiki mana-mana bas komuter yang lalu di kawasan kolej mereka.

Sekian, terima kasih! 

BERILMU BERBAKTI

ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP

1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA


MPP UPM mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa & 
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

"Selamat Pulang Ke Kampung Tercinta"

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP