14 May 2009

GEMPUR KEBAJIKAN MPP : Prasarana Di Sekitar UPM Perlu Penambahbaikan Segera

Pada 11 Mei 2009 (Isnin), Mesyuarat Gerak Gempur Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM 08/09) telah diadakan di pejabat MPP. Menerusi mesyuarat tersebut, Yang Dipertua MPP UPM telah mengarahkan ahli exco MPP untuk turun melakukan pemantauan keadaan prasarana dan kemudahan yang terdapat di sekitar kampus UPM. Antara ahli Majlis Perwakilan pelajar yang terlibat dalam gerakan ini termasuklah saudara Ong Guang Xin, saudara Chai Chin Ling, Saudari Nina Fatma Ali dan saudari Fatma Sabariah Alias.

Susulan daripada pemantauan yang dilakukan, kami di Majlis Perwakilan pelajar mendapati terdapat terlalu banyak kemudahan dan prasarana yang terdapat di UPM berada dalam kerosakan teruk kerana tidak diselenggara dengan baik. Menyedari akan kepentingan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelajar-pelajar kampus terjaga, maka kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar menggesa pihak pengurusan untuk melakukan kerja-kerja penambahbaikan keatas kemudahan-kemudahan ini dalam kadar yang segera. Berikut merupakan gambar-gambar yang dirakamkan oleh ahli MPP semasa melakukan pemantauan di sekitar kampus :

Keadaan Pagar Yang Rosak


Keadaan Longkang Yang Bermasalah



Keadaan Kemudahan Perhentian Bas Yang Tidak Diselenggara Dengan Baik



Keadaan Jalan Raya Yang Rosak Dan Membahayakan Keselamatan Pelajar


Pengurusan Sampah Yang Tidak Teratur Di Belakang Putra Food Court UPM.

1 comments:

Firdaus Johari July 24, 2009 at 8:13 AM  

So macam mana nak selesaikan masalah ini? Kepada siapa korang laporkan perkara ini? Dan kalau masih tiada sebarang tindakan dilakukan apakah yang MPP boleh lakukan? Atau apakah tindakan yang selalu MPP lakukan pada tahu-tahun lepas apabila berhadapan kes sedemikian?

http://beyonduni.blogspot.com/

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP