13 March 2010

Pelajar UPM Sambut Baik Subjek Keusahawanan


SERDANG, 4 Mac – Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menyambut baik subjek Asas Keusahawanan yang baru diperkenalkan tahun lepas dalam usaha untuk membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar UPM.
 Pelajar UPM sibuk berjualbeli di Latar Siswa FBMK
Pelajar tahun dua Bacelor Komunikasi, Ahmad Aminuddin Karim, 24 (gambar) berkata subjek itu mendedahkan kepada beliau dan rakan-rakannya asas keusahawanan yang selama ini tidak pernah beliau tahu sejak dari sekolah lagi.                                                                             

“Dengan subjek ini, saya didedahkan kepada banyak perkara baru seperti rancangan perniagaan, perancangan kewangan dan bagaimana cara hendak menjana pendapatan sendiri yang dapat dijadikan sebagai wang tambahan saya dan rakan-rakan," katanya.
Pelajar tahun dua Bacelor Komunikasi, Wong Ju Nee,22 (gambar) berkata beliau sangat menyokong kewujudan subjek itu kerana pelajar bukan saja diajar secara teori tetapi praktikal dengan membuka gerai untuk berniaga di lokasi yang telah ditentukan.
“Perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah seperti saya selalu fikirkan kerana banyak proses perlu dilakukan supaya perniagaan yang kumpulan saya lakukan tidak mendatangkan kerugian,” katanya.
Pelajar tahun tiga Bacelor Bahasa Asing, Ummi Nadhirah Rosli, 22 (gambar) berkata beliau mencadangkan kepada UPM agar membenarkan pelajar membuka gerai di luar kampus supaya pendedahan yang diberikan akan lebih menyeluruh.
“Selain itu, saya juga berharap agar pelajar dapat menvariasikan lagi produk-produk yang dijual pada masa akan datang kerana selama ini saya lihat makanan adalah produk  yang sering dipilih,” katanya. 
(Berita ditulis oleh Hazwan Faisal Mohamad)


0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP