23 April 2009

PERJUANGAN ISU MINGGU ULANGKAJI


Deligasi MPP UPM 08/09 yang terlibat dalam perjumpaan bersama TNC (Akademik dan Antarabangsa) UPM.

Ketiadaan Minggu Ulangkaji sebelum minggu peperiksaan akhir bermula telah menyebabkan pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia berada dalam keadaan tertekan kerana tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat ulangkaji pelajaran. Masalah ini turut ditambah dengan kepadatan jadual peperiksaan yang turut menyebabkan pelajar-pelajar terpaksa menduduki 2 hingga 3 kertas peperiksaan akhir dalam satu hari yang sama sekaligus menyebabkan kualiti persediaan pelajar bagi menghadapi dan menjawab peperiksaan terganggu.

Menyedari akan masalah ini, maka dengan penuh rasa prihatin dan tanggungjawab Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2008/2009 (MPPUPM08/09) yang diketuai oleh Saudara Mohd Syamsul Bin Salleh (Yang Di Pertua), dan dibantu oleh Saudara Ong Guang Xin (Timbalan Naib Yang Di Pertua Kepimpinan Dan Penyelidikan), Saudara Mohd Rashidie Ramli (Pengertusi Sekreteriat ICT, Penerangan Dan Penerbitan) dan Saudari Lai Ying Si (Pengerusi Sekreteriat Akademik, Keusahawanan Dan Kerjaya) telah membawa isu ini untuk tindakan segera oleh Bahagian Akademik Universiti Putra Malaysia melalui perjumpaan rasmi MPP bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia.

Sehubungan dengan perkara tersebut, kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar UPM, sekali lagi memohon kerjasama dan bantuan daripada seluruh pelajar UPM untuk turut sama memperjuangkan isu ini dengan mengambil bahagian dalam menjawab borang soal selidik yang akan diedarkan oleh MPP kepada pelajar tentang penetapan minggu ulangkaji dan minggu peperiksaan akhir ini.

"ASPIRASI ANDA INSPIRASI MPP"

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP