23 August 2009

Amalkan Langkah Pencegahan Di Bazar Ramadhan

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Sahabat-sahabat pelajar yang dikasihi sekalian. Dalam masa kita gembira dan teruja menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini, namun janganlah kita lupa pada wabak yang sedang menghantui kita semua. Langkah pencegahan dengan memakai topeng, membasuh tangan selepas bersin dan batuk, amalkan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahanSeperti yang kita sudah sedia maklum, Bazar Ramadhan merupakan antara kawasan tumpuan utama yang akan menjadi pilihan pelajar dan masyarakat setempat untuk membeli juadah berbuka puasa sepanjang Ramadhan ini. Buktinya, pada hari pertama Ramadhan sahaja telah menyaksikan bagaimana padat dan sesaknya Bazar Ramadhan di Sri Serdang dengan ratusan peniaga dan pengunjung mula membanjiri kawasan perniagaan tersebut seawal jam 5.00 petang.

Justeru, sebagai langkah keselamatan dan langkah berjaga-jaga terhadap kesihatan kita, maka saya mencadangkan agar setiap daripada kita mematuhi saranan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan memakai topeng khususnya apabila kita pergi ke kawasan-kawasan tumpuan. Walaupun mungkin ia menyebabkan kita berasa tidak selesa, namun adalah lebih baik sekiranya kita beringat dan mengambil langkah pencegahan yang pro-aktif demi memastikan keselamatan kita terjaga. Sesungguhnya, langkah pencegahan itu hanya akan berjaya jika kita mulakan dari tindakan kita sendiri.

Untuk mendapatkan topeng ini, sila dapatkannya di Pejabat Kolej Kediaman masing-masing atau anda boleh dapatkannya terus dari Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia. Kami di pihak MPP sedang berusaha untuk mendapatkan bekalan topeng ini daripada Pusat kesihatan Universiti untuk diagihkan terus kepada rakan-rakan sekalian.

Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan.

Mohd Syamsul Bin Salleh
Yang DiPertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Putra Malaysia

1 comments:

MPP UDM 08/09 August 25, 2009 at 1:38 PM  

Salam Al-Mubarak

~Salam Ziarah~

Sempena Bulan yang Menjadi Pengubat Segala Noda ini...
Tingkatkan Ketaqwaan dalam Kepimpinan...
Tingkatkan Ibadah dalam Kehidupan...

Singgahla ke blog kami jugak yea...

^_^


Wan Mohamed Saifuddin Bin Wan Mohamed Sabri
Exco Penerangan & Publisiti
MPP UDM 2008/09

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP