30 March 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir!!

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Setelah hampir 14 minggu kita menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah, tutorial, makmal, amali dan sebagainya, akhirnya tibalah masanya untuk kita menghadapi peperiksaan akhir. Peperiksaan akhir inilah yang akan menjadi penentu kepada usaha yang telah kita lakukan sepanjang 14 minggu kulia semester ini.

Di kesempatan ini, saya mewakili sahabat-sahabat Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2008/2009 mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir kepada sahabat-sahabat pelajar Universiti Putra Malaysia khususnya dan kepada seluruh pelajar IPT Malaysia. Semoga usaha kita menuntut ilmu di sepanjang semester ini akan membuahkan hasil sepertimana yang kita harapkan. Sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih membanggakan kita melainkan kejayaan merealisasikan impian dan harapan ibu bapa dan keluarga untuk melihat anak-anak mereka berjaya.Semoga berjaya buat kalian semua.

Yang Di Pertua
MPPUPM 08/09

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP