13 February 2009

PEMILIHAN PEMEGANG-PEMEGANG JAWATAN MPP,UPM SESI 2008/09


Pada tanggal 11 Februari 2008 yang lalu, bertempat di Kolej Tun Perak(KTP), Universiti Putra Malaysia telah berlangsungnya satu majlis pemilihan pemegang-pemegang jawatan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/09.

Majlis yang sangat penting bagi seluruh penghuni kampus UPM ini adalah untuk menentukkan tunggak utama yang bakal menerajui dan meneruskan perjuangan membela kebajikan pelajar Univesti Putra Malaysia. Majlis Pemilihan Jawatan bagi Majlis Tertinggi MPP yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar itu telah menyaksikan pemilihan 4 jawatan tertinggi bagi MPP sesi 2008/09 iaitu Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua, Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat.

Jawatan Yang Dipertua Majlis Perwakilan pelajar UPM sesi 08/09 melalui undi majoriti ahli perwakilan telah disandang oleh Saudara Mohd Syamsul Salleh. Manakala jawatan Naib Yang Dipertua pula disandang oleh Saudara Hanafi Mohd Ali. Setiausaha Agung pula telah dijawat oleh Saudara Mohd Shahrul Kamarudin dan Bendahari Kerhormat oleh Saudara Pak Hoe Weng.

Tahniah buat kesemua sahabat kita. Kami yakin dan pasti anda semua mampu mengalas tanggunjawab yang telah diberikan. Harapan dan doa, agar MPP sesi kali ini akan lebih cemerlang dan gemilang serta mampu membela kebajikan seluruh penghuni kampus hijau ini.sekian

2 comments:

D'Rimba April 22, 2009 at 2:47 PM  

Tun Perak itu bijaksana orannya lagi sopan tingkahnya..

Faiz July 29, 2009 at 2:51 PM  

aku sokong d rimba tu http://panduanbloggeradvanced.blogspot.com

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP