Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

30 August 2009

Hari Kemerdekaan Malaysia 2009

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia 2008/2009 mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia,

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE-52!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tema: 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Logo:Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Lirik Lagu 1 Malaysia


Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua



Read more...

Selamat Hari Jadi ke-52, Malaysia!

Negara kita, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-52 pada keesokkan hari. Hari ini cukup bermakna kerana ianya turut merupakan hari jadi kepada seluruh warga Malaysia. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana yang kita nikmati hari ini. Apakah pula perasaan anda sewaktu menanti ketibaan hari yang cukup bermakna ini?

Sungguhpun penularan influenza A (H1N1) semakin redah pada musim cuti sekolah dan bulan Ramadhan, semua pihak masih berwaspada dan mengambil berat terhadap perkara ini. Pihak kerajaan dan swasta turut mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan sambutan Hari Kemerdekaan secara besar-besaran. Maka, suasana ulang tahun Malaysia yang ke-52 ini kurang meriah.

Walaubagaimanapun, erti kemerdekaan tidak akan berkurang atau lupus tanpa sambutan secara besar-besaran. Apakah pula kenangan atau ingatan anda terhadap sambutan Hari Kemerdekaan? Proses perjuangan pemimpin negara demi kemerdekaan? Berkibarnya Jalur Gemilang? Perarakan dan persembahan yang menarik?

Bagi saya, perkara yang paling saya kenangi adalah iklan kemerdekaan karyaan mendiang Yasmin Ahmad, salah seorang penulis dan pembikin filem yang ulung di Malaysia. Setiap kali iklan karyaannya disiarkan, saya pasti akan menontonnya sampai habis dan ia telah menjadi satu kemestian. Sekarang, saya berasa agak kurang selesa dan kekok dengan ketiadaannya. Persembahan iklan itu yang merentasi batasan kaum ,agama, budaya dan adat resam sememangnya telah mempertunjukkan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Najib Razak.

1 Malaysia. Ada orang yang tertanya-tanya kenapa wujudnya konsep ini? Sememangnya, negara Malaysia hanya satu. Walaupun, ada kalanya, akan wujud frasa dalam berita yang tertulis seluruh Negara Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Jadi, persoalannya, kenapa YAB Perdana Menteri kita ingin memperkenalkan konsep ini?

Setelah 52 tahun merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan fahaman politik memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi mewujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama. Inilah konsep 1 Malaysia.

Tema Hari Kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Walaupun sambutan Hari Kemerdekaan telah berkurang pada tahun ini, tetapi perasaan cinta akan negara tidak akan berkurang. Seluruh warga negara turut boleh menyumbang tenaga dalam pemulihan ekonomi negara, mengurangkan kes jenayah dan hidup bersatu padu. Hadiah inilah yang paling bermakna kepada negara kita. SELAMAT HARI JADI, MALAYSIA! NEGARA YANG KU CINTA!


OOI DER JIUN

MPPUPM 08/09

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP