20 March 2010

Blog baru MPP

MPP kini akan berpindah ke blog baru iaitu di http://mppupm.wordpress.com/.
Segala kesulitan amat dikesali. Sekian.

Read more...

14 March 2010

KPT Minta MPP IPT Perjuang Isu Kemiskinan Pelajar


Sepang, 12 Mac – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meminta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di semua institusi pengajian tinggi Malaysia memperjuangkan  isu kemiskinan pelajar.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata MPP perlu menjadikan isu itu sebagai isu utama kerana masih ramai pelajar universiti yang mengalami masalah kewangan yang menjejaskan prestasi akademik mereka.
“MPP perlu guna semua jaringan yang ada untuk mengetahui lebih mendalam masalah ini supaya ia dapat diatasi dengan efisien melalui kerjasama dengan pihak universiti.
“Jika MPP merasakan ini adalah masalah utama, mereka boleh mengutarakannya ke Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bengkel Training of Trainers Kokurikulum Berkredit Institusi Pengajian Tinggi di sini.
Sementara itu, Setiausaha Agong MPP Universiti Putra Malaysia, Siti Fatimah Md Akhir berkata beliau sependapat dengan Datuk Saifuddin mengenai isu itu kerana ia bukanlah isu yang baru dan akan menjadi tumpuan MPP setiap tahun untuk membela mereka yang miskin.
“MPP akan mengumpul data pelajar miskin terlebih dahulu dengan mengedarkan borang aduan kepada pelajar di setiap fakulti yang akan di laksanakan tidak lama lagi oleh wakil MPP fakulti.
“Kerjasama daripada setiap pelajar juga amat diperlukan kerana kami mengharapkan agar masalah ini akan dapat diatasi dengan segera supaya ia tidak akan mengganggu kehidupan pelajar,” katanya.
(Berita ditulis oleh Hazwan Faisal Mohamad)

Read more...

13 March 2010

Pelajar UPM Sambut Baik Subjek Keusahawanan


SERDANG, 4 Mac – Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menyambut baik subjek Asas Keusahawanan yang baru diperkenalkan tahun lepas dalam usaha untuk membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar UPM.
 Pelajar UPM sibuk berjualbeli di Latar Siswa FBMK
Pelajar tahun dua Bacelor Komunikasi, Ahmad Aminuddin Karim, 24 (gambar) berkata subjek itu mendedahkan kepada beliau dan rakan-rakannya asas keusahawanan yang selama ini tidak pernah beliau tahu sejak dari sekolah lagi.                                                                             

“Dengan subjek ini, saya didedahkan kepada banyak perkara baru seperti rancangan perniagaan, perancangan kewangan dan bagaimana cara hendak menjana pendapatan sendiri yang dapat dijadikan sebagai wang tambahan saya dan rakan-rakan," katanya.
Pelajar tahun dua Bacelor Komunikasi, Wong Ju Nee,22 (gambar) berkata beliau sangat menyokong kewujudan subjek itu kerana pelajar bukan saja diajar secara teori tetapi praktikal dengan membuka gerai untuk berniaga di lokasi yang telah ditentukan.
“Perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah seperti saya selalu fikirkan kerana banyak proses perlu dilakukan supaya perniagaan yang kumpulan saya lakukan tidak mendatangkan kerugian,” katanya.
Pelajar tahun tiga Bacelor Bahasa Asing, Ummi Nadhirah Rosli, 22 (gambar) berkata beliau mencadangkan kepada UPM agar membenarkan pelajar membuka gerai di luar kampus supaya pendedahan yang diberikan akan lebih menyeluruh.
“Selain itu, saya juga berharap agar pelajar dapat menvariasikan lagi produk-produk yang dijual pada masa akan datang kerana selama ini saya lihat makanan adalah produk  yang sering dipilih,” katanya. 
(Berita ditulis oleh Hazwan Faisal Mohamad)


Read more...

11 March 2010

MPPUPM Hadiri Perjumpaan MPP IPTA


BANGI, 6 Mac - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) menghadiri perjumpaan MPP Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi 2009/ 2010 bersama Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) di sini.
Perjumpaan itu melibatkan semua MPP dari 20 IPTA bagi membincangkan hala tuju MPP selain membincangkan hal-hal isu pelajar dan mencari langkah penyelesaian yang berkesan.
Yang di Pertua MPPUPM Syed Muhammad Adam Syd Abd. Rahman berkata perjumpaan itu penting kerana ia adalah perjumpaan kali pertama antara semua MPP dari setiap IPTA.
“Saya berharap agar perjumpaan ini akan menjadi satu jambatan dalam mengeratkan lagi hubungan setiap MPP supaya jalinan yang terjalin nanti akan memudahkan lagi kerjasama pada masa akan datang.
“UPM sentiasa mengalu-alukan kehadiran MPP universiti lain yang ingin mengadakan kerjasama dengan kami dan kami memberi jaminan akan memberikan yang  terbaik,” katanya.
 Syed Adan (duduk kanan sekali) bergambar bersama-sama YDP MPP universiti lain dan pegawai BHEPP
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Dr. Rujhan Mustafa dalam ucapannya berkata persepsi masyarakat yang memandang Institusi Pengajian Tinggi Swasta adalah lebih baik dari IPTA perlu diubah kerana ia akan menjejaskan kualiti graduan IPTA apabila memasuki pasaran kerja kelak.
“Saya juga berharap agar setiap pemimpin pelajar yang hadir pada hari ini akan bersama-sama membantu kementerian meningkatkan kecemerlangan universiti masing-masing dari aspek akademik dan kokurikulum,” katanya.
 Syed Adam (empat dari kanan) dengan pemimpin pelajar bergambar bersama Prof. Dr. Rujhan (tengah)
Pada majlis yang sama, 17 YDP dan 3 diwakili oleh Timbalan YDP MPP memperkenalkan kabinet masing-masing sebelum mengadakan perbincangan kumpulan mengenai kertas kerja Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang akan dibentangkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.
(Berita ditulis oleh Nur Nadhirah Athiqah)

Read more...

10 March 2010

Salam perjuangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) sesi 2009/2010 ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam perkenalan kepada semua warga UPM.
Blog ini masih dalam penambahbaikan dan diharapkan agar MPP dan warga UPM dapat menjalinkan hubungan yang erat.
Sekian.

Read more...

25 January 2010

Terima Kasih! Thank You! 谢谢!(xie xie) धन्यवाद (dhanyavaad)

Terima kasih atas SOKONGAN anda terhadap MPPUPM 08/09 sepanjang tempoh setahun ini! Tanpa anda, siapalah kami!

Selamat Mengundi pada 26hb Januari 2010 bagi memilih pemimpin yang berkaliber untuk memegang tampuk kepimpinan tertinggi mahasiswa di Universiti Putra Malaysia!

Buatlah Pilihan yang TEPAT! 


Aspirasi Anda, Inspirasi MPP
1Hati, 1Inspirasi, 1Malaysia

Read more...

Respon MPPUPM 08/09 @ Fikir-fikirkan... (3) ^^

ISU STUDY WEEK

Sandiwara isu akademik menarik juga untuk diceritakan. Seingat saya Pro M mengambil alih’ isu study week apabila exco MPP yang bertanggungjwab Saudara Ong mengemukakan hasil perbincangan dengan TNCA dan Ketua Bahagian Akademik yang hampir sampai perbincangan di peringkat akhir berkaitan kelulusan mewujudkan study week yang bakal dinikmati pelajar pada semester ini.

Namun PRO M bijak memanipulasi isu apabila terus mengatur perjumpaan dengan TNCA walaupun MPPUPM lebih awal berjumpa beliau untuk isu ini. Lalu seperti kebiasaan mereka ambil gambar, masukkan dalam blog Pro M dan menyatakan kejayaan hasil pertemuan tersebut walaupun hakikatnya ia satu proses perjuangan yang panjang.

ISU BAS KAMPUS

Perkhidmatan bas bermula pada tahun 2000 bertujuan untuk menngurangkan kesesakan lalulintas UPM dan menjaga kebersihan ruang udara dari asap kenderaan yang. Bermula dengan pembelian bas dan menyewa bas sekolah untuk menampung keperluan pelajar hinggalah bermula sesi 2007/2008 UPM menyewa bas Suasana Edaran yang lebih selesa dan lebih baik. Dalam penjadualan bas juga semakin bertambah baik dari setahun ke setahun Cuma diakui masih ruang yang boleh dibaiki terutama penjadualan dan pemantauan bas, sikap pemanadu juga sikap pelajar. 

Untuk itu, Bengkel Pemurnian Pengangkutan Bas juga turut diadakan yang tirut dihadiri Majlis Tertinggi MPP dan wakil jemaah Presiden untuk menambahbaik pengangkutan. Walaupun pelajar UPM sering merungut dengan perhidmatan bas kampus, pelajar boleh membuat perbandingan perkhidmatan bas UPM dengan perkhidmatan bas di IPT lain di seluruh negara.

Dalam pengurusan MPP, Sekretariat Hal Ehwal Pelajar Dalam Kampus MPP yang bertanggungjawab berkaitan pengangkutan. Maka sekretariat ini yang akan menyelesaikan isu bersangkutan bas kerana setiap sekretariat mempunyai peranan masing-masing dalam pecahan pengendalian isu kebajikan dalam kampus. Oleh itu, pengaturan mesyuarat dikelola oleh sekretariat tersebut termasuk memilih ahli mesyuarat. Perkara deligasi tugas ini merupakan kebiasaan mana-mana organisasi yang harus difahami seseorang pemimpin. Tidak timbul isu diskriminasi. Terlalu banyak kerja lain yang boleh dilakukan daripada mencari kesalahan orang lain.

MESYUARAT MPP TIDAK DIMAKLUMKAN

Dalam minit mesyuarat kedua jelas menyatakan bahawa mesyuarat rasmi akan diadakan pada setiap Khamis selang dua minggu sekali. Mungkin mereka tidak tahu kerana tidak tahu kerana mereka tidak hadir meting tersebut walaupun telah dimaklumakn dan telah ditelefon oleh Jabatan Setiausaha.

Walaupun diputuskan bahawa makluman diadakan mesyuarat akan disampaikan kepada ketua sekretariat, tetapi Jab S/u pasti akan mesej salah seorang dari Pro M untuk mengelakkan keciciran maklumat. Malah pintu MPP sentiasa terbuka untuk semua exco MPP dan jadual bulanan MPP sentiasa dikemaskini di papan kenyataan. Tiada cubaan untuk menyekat Pro M masuk pejabat MPP.

Berkaitan dengan tuduhan MPP memburukkan nama baik Pro M bersangkutan prestasi buruk mereka dalam KPI MPP. Ia boleh diibaratkan seperti takut dengan bayang-bayang sendiri. Walaupun mesyuarat memutuskan KPI tersebut perlu didedahkan kepada mahasiswa namun ia masih tidak dilakukan kerana ingin menjaga nama baik mereka. Namun Ibarat madu dibalas tuba.

 BINTULU ISU LAPUK PRO M MAIN PERANAN?

Memang benar terdapat beberapa isu kebajikan di bintulu yang telah lama diutarakan  dan perkara ini telah pun dimaklumkan kepada YBhg Datuk Naib Canselor yang sering berulang alik melihat perkembangan Bintulu. Benar, ada beberapa tuntutan pelajar di sana yang masih belum dipenuhi namun harus diketahui Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (UPMKB) merupakan fakulti (merangkumi kolej) yang menerima dana terbesar antara fakulti lain di Serdang.

UPM KB mempunyai infranstuktur menyamai sebuah universiti walaupun hanya menempatkan sekitar 1000 oranng pelajar. Mereka memiliki kemudahan makmal dan perpustakaan sendiri, bangunan pentadbiran yang khas, blok kediaman yang selesa, dewan makan, kompleks mahasiswa, pusat islam, stadium, ladang haiwan dan tumbuhan dan lain-lain lagi kemudahan yang dibangunakn hanya untuk mereka sahaja. Laporan post moterm isu bintulu telah disediakan MPP setelah mengikuti lawatan kerja kesana. Tidak pasti sumber referendum Pro M untuk isu Bintulu.

Jadi, memang terdapat projek di UPM KB yang ditangguhkan mengkikut kepentingan dan keperluan kerana ia bersangkutan dengan peruntukan kewangan sama hal di UPM Serdang yang masih mempunyai banyak perkara untuk dibangunkan peringkat demi peringkat.

WAKIL FAKULTI PRO. M : SEDIA BERKHIDMAT @ TUNJUK KHIDMAT

Apabila Pro M berkhidmat di fakulti, ia adalah Sesuatu yang baik untuk manfaat warga fakulti. Namun sehingga MPP dibubarkan, Pro M tidak melibatkan diri dalam kertas kerja penambahbaikan fakulti yang perlu disiapkan MPP fakulti untuk dihantar ke pengurusan fakulti masing-masing. Bukan tidak diberi peluang namun mereka sengaja tidak mahu melibatkan diri. Lebih mendukacitakan ketidakhadiran sebilangan besar Pro M mesyuarat gerak gempur kebajikan kerana seperti biasa menghantar wakil. Banyak usaha MPP fakulti yang telah direncana (boleh rujuk Buletin MPPUPM edisi 1)

 JALAN MASIH TIDAK MEMUASKAN?

Isu jalan pun PRO M mahu bawa kepada Datuk Naib Canselor sedangkan ia boleh diuruskan bersama Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA). Itu sudah menjadi budaya Pro M masalah sekecil tandas tersumbat pun mahu berjumpa CEO Universiti.

MPP telah mengemukakan dua kertas kerja melalui dua mesyuarat rasmi dengan PPPA tersebut. Alhamdulillah banyak persetujuan yang diambil termasuk penambahbaikan jalan dan menambah baik perhentian bas, persetujuan untuk menukar papan tanda dan lain-lain lagi. Mengikut perancangan banyak lagi pembangunan universiti mahu dilaksanakan cuma ia dibatasi dengan kelulusan peruntukan kewangan.Dalam kertas kerja yang disediakan MPP UPM juga terkandung berkaitan penambahbaikan perhentian bas dan pembinaan perhentian bas baru. Alhamdulillah ia telah digerakkan oleh PPPA.

*Segala perkara yang dinyatakan dalam ruangan ini adalah untuk memberi respon dan penjelasan kepada tuduhan oleh Pro M.

MPP bukanlah badan yang sempurna walaupun kami cuba lakukan yang terbaik namun hakikat kita manusia yang penuh kelemahan mengatasi segalanya. Tiada penambahan isu-isu baru kerana ruang ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau memburukkan mana-mana pihak. MPP juga terdiri daripada insan biasa yang mempunyai tanggungjawab seperti mahasiswa lain namun dengan berkat sokongan warga UPM MPP berjaya menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.Seandainya ada mana-mana artikel yang lari dari fakta sebenar atau berunsur fitnah, pihak Pro M boleh emel di alamat MPP@gmail.com.

Read more...

Respon MPPUPM 08/09 @ Fikir-fikirkan... (2) ^^

PRO M ADALAH WAKIL MAHASISWA?

Siapa Pro M? Pejuang poster dan risalah bewarna oren? Sekali lagi ditekankan, MPP tidak pernah mempunyai sayap MPP PRO M melainkan mereka sendiri yang menggelar 13 Pro M bermaruah malah mempunyai blog sendiri. MPP dibina atas konsep ala ‘kerajaan perpaduan’ namun mereka masih berfikiran sempit menganggap diri sebagai pembangkang dalam MPP dengan gelaran MPP Pro M seramai 13 orang.

Adalah tidak bertanggungjawab apabila bergerak atas tiket MPP PRO M bukanya MPP UPM. Mengapa ingin memecahbelahkan kekuatan MPP. Walaupun YDP sentiasa berusaha untuk menyatukan aliran Pro M dengan exco yang lain namun mereka selesa dengan ‘perjuangan mereka’. Pun begitu, segala kemudahan yang diusahakan dan dimohon MPP untuk manfaat ahli MPP tetap diagih kepada Pro M termasuk memberi mereka peluang ke UPM Kampus Bintulu walaupun hanya bertindak sebagai ‘peserta’.

Tahniah juga kepada Pro M dengan slogan “Makin Tinggi kedudukan seseorang pemimpin, semakin rendah paut dia turun”. Untuk makluman, Pengarah Road Show MPP adalah Saudara Hisyam dan Chai Chin Lin telah bertindak dengan memberi peranan kepada semua exco MPP terlibat dalam Road Show ini. Dipendekkan cerita, kedapatan ahli Pro M tidak mengikut jadual agihan tugas lalu berkumpullah mereka di KOSASS dan KPZ maka berjayalah agenda mereka menunjukkan keprihatinan kepada mahasiswa. Ternyata peluang yang diberi tidak dihargai dan diambil kesempatan.

PRO M TERPINGGIR DARI MINGGU PERKASA PUTRA?

Pro M mendakwa mereka dinafikan hak untuk menjadi urusetia atau fasilitor untuk minggu tersebut. Ya memang mereka tidak terpilih kerana menunjukkan prestasi yang sangat mendukacitakan sepanjang semester kedua sesi 2008/2009.Adakah YDP ingin memilih MPP yang kurang tidak aktif atau seperti tidak wujud menjadi pembantu universiti? Kenapa sewaktu Minggu Perkasa Putra baru sibuk-sibuk nak terlibat sedangkan sebelum ini hanya sambil lawa dengan gerak kerja MPP? 

Tindakan Pro M untuk membuat kebaikan semasa hari Perkasa Putra dengan edaran Goodies bag atau mengangkat beg pun MPP tidak halang atas dasar menghormati usaha mereka walaupun mereka bukanlah Pembantu Universiti yang sah malah mereka tidak dimaki hamun pun semasa meting kesan tindakan mereka kerana menjadi tradisi Pro M tidak hadir meting kecuali menghantar 2 atau 3 orang wakil secara bergilir-gilir. satu tindakan bijak.

Namun yang dikesalkan, pelabelan ‘Pembantu Universiti tidak dibenarkan angkat beg’ pun boleh menjadi isu? Ia adalah satu label yang sinis dengan pandangan yang sangat seorong kerana mereka tidak fikir tentang penat lelah Pembantu Universiti yang bertugas selama seminggu. Pem. Universiti tidak pernah mengungkit kebaikan mereka kerana ia dijalankan dengan niat yang ikhlas bukan seperti sesetengah pihak yang berbuat kebaikan namun ibarat telur sebiji riuh sekampung.

Read more...

Respon MPPUPM 08/09 @ Fikir-fikirkan... (1) ^^

“Sabar itu sebahagian dari iman”. Begitulah murninya ajaran agama bagi memupuk akhlak mulia untuk setiap manusia agar sentiasa tegar dalam mendepani pelbagai mehnah dan tribulasi. 

Atas prinsip itu juga, MPPUPM belum pernah mengeluarkan sebarang kenyatan rasmi bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Pro Mahasiswa (sebuah persatuan yang tidak berdaftar) atas dasar tidak mahu membuka pekung diri sendiri apatahlagi pihak lain lantaran sedar akan setiap individu mahupun organisasi punya kekuatan dan kelemahan.

Namun tidak adil rasanya sekiranya pihak MPP sentiasa diberi stigma negatif samada oleh badan tertentu atau individu yang mendakwa MPP sebagai pertubuhan yang tidak berdaya dan mendiskriminasi mahasiswa wahima MPP sentiasa menginsafi peranan dan tanggungjawab untuk memelihara kebajikan setiap mahasiswa.

Di kesempatan yang ada, ruang ini akan memberi respon terhadap risalah edisi khas Pro M-2010 atas keperluan untuk memberi penjelasan kepada mahasiswa apa yang sebenarnya berlaku satu persatu. 

DISKRIMINASI MPP?

Satu lagi dakwaan tidak berasas.

Selepas Pro M kecewa tidak mendapat kerusi TOP 4 mereka terus memulaukan Mesyuarat Rasmi MPP Kali Pertama dengan langsung tidak hadir untuk undian jawatan dalam mesyuarat tersebut.

Masakan tidak tahu adanya mesyuarat kerana mereka diberi sms dan ditelefon oleh Jabatan Setiausaha. Namun alasan mudah yang telah dirancang, ‘tak tahu’ ‘ada test’ ‘tengah study’ dan ada yang tidak mengangkat telefon.

Apabila  mereka diletakkan di sekretariat tertentu, maka tidak bersetuju pula dengan hasil mesyuarat yang didakwa tidak telus. Isunya, adakah anda akan menempatkan jawatan tinggi kepada orang tidak hadir mesyuarat. Mereka boleh mendakwa semua itu telah dirancang.
 
Dua sekretariat yang dikatakan terbawah itu diberi tugas dan tanggungjawab yang penting (walaupun sebenarnya tiada istilah jawatan tinggi atau rendah).

Namun apabila penerangan tentang tanggungjawab dan etika MPPUPM diadakan, sebahagian dari mereka tidak menghadiri mesyuarat. Mungkin boleh memberi alasan tidak dimaklumkan. Inikah komitmen pemimpin yang menerima mandat dari pelajar UPM? 

Adakah bermakna bilangan undian yang tinggi di kerusi bebas namun boleh dikira dengan jari jumlah kehadiran dalam mesyuarat? Mengapa mesyuarat penting dalam organisasi? Kerana mesyuarat/ musyawarah kita duduk berbincang segala isu dan gerakan kebajikan berkaitan mahasiswa UPM. 

Apabila Pro M tidak mengambil endah keputusan mesyuarat, maka ia menunjukkan kurang komitmen walaupun kononnya ingin menjadi juara isu pelajar.  

Malah lebih mendukacitakan Kursus Induksi MPP yang bertujuan untuk membincangkan halat tuju MPP pun tidak dihadiri oleh semua Pro M dengan hanya menghantar 4 orang wakil sahaja. Sikap tidak komitmen mereka berterusan sepanjang MPP sesi 2008/2009.

Pelik juga mereka tidak bercerita peluang yang diberikan YDP untuk mereka muncul dalam Suara Siswa. YDP juga memberi kepercayaan dengan melantik mereka untuk menerajui beberapa buah program seperti Malam Ramah Mesra Bersama Pemimpin Pelajar, dan beberapa program lain. 

Namun ia ditolak kerana dikatakan MPP tidak telus. Mereka lebih gemar bertindak sebagai pemerhati dan peserta sahaja. Selain itu, mereka juga pernah diberi peluang untuk membuat satu kertas kerja dasar namun hingga sekarang masih belum muncul tiba.




Read more...

Aktiviti Anjuran MPPUPM 08/09 -5

MPP UPM BERSAMA GENERASI Y
Rancangan televisyen yang disiar secara langsung di RTM1 ini, membariskan dua orang panel iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Jamian, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman UPM dan Saudara Ahmad Fikri bin Mohd Samsudin, Timbalan Pengarah Program Mahasiswa Satu Malaysia. Pengacara bual bicara ini adalah personaliti hiburan terkenal iaitu Awal Ashaari. Tajuk perbincangan program berbentuk santai ini adalah mengenai konsep 1Malaysia di kalangan masyarakat kampus.

MPP UPM BERSAMA ASTRO AWANI
MPPUPM bersama Y.Bhg Prof. Dr. Azali Mohamed Timbalan Naib Canselor (HEP & A) dan En. Mohd. Pauzi Abd. Karim, Penasihat MPP telah diberi penghormatan untuk berkongsi mengenai penganjuran Program Mahasiswa 1Malaysia di dalam rancangan Astro Awana.  Program ini bukan sahaja mementingkan perpaduan kaum, malahan juga menekankan pengamalan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Generasi belia terutamanya golongan mahasiswa perlu menyahut cabaran dalam melaksanakan segala intipati yang terdapat dalam gagasan ini agar semangat Satu Malaysia dapat disemai dalam komuniti kampus dan masyarakat luar.

MPPUPM BERSAMA BERNAMA TV
MPPUPM telah menjadi juru cakap untuk rancangan TV 8 mengenai penganjuran program Mahasiswa Satu Malaysia yang menjadikan konsep Satu Malaysia sebagai batu asas penganjuran program ini. Rancangan selama satu jam ini telah menemubual tiga wakil MPP iaitu saudara Mohd. Shahrul Bin Kamaruddin, Setiausaha Agung MPP, Saudara Mohd. Rashidie Ramli, Pengarah Program dan Saudari Cecelia Evelyn Cornelius Exco MPP untuk membicarakan mengenai konsep Program Mahasiswa 1Malaysia. Program yang bertemakan “Satu Hati, Satu Inspirasi”, ia dapat memberikan impak dan kesan yang mendalam tentang gagasan murni yang dibawa oleh kepimpinan negara dalam diri rakyat Malaysia.

SESI  DIALONG BERSAMA KEMENTERIAN BELIA & SUKAN
Sesi dialog bersama YB. Dato’ Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan Malaysia banyak memberikan peluang kepada pemimpin pelar untuk mengetahui peranan Kementerian Belia & Sukan dalam perkembangan modal insan terutama golongan belia. Selain itu, sesi soal jawab yang interaktif antara beliau dan pelajar juga memberikan input yang bermakna tehadap perkembangan belia negara.

YDP MPP UPM JURU CAKAP MPPK
Saudara Mohd Syamsul Salleh, YDP MPP UPM telah dipilih sebagai pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan yang menggabungkan MPP setiap IPT. Pemilihan tersebut dicapai keputusan sebulat suara semasa Kursus Induksi MPP Kebangsaan yang diadakan pada April 2009.

MPP UPM Menang Kertas Konsep Satu Malaysia
Pertandingan kertas konsep 1 Malaysia telah dianjurkan oleh kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pertandingan ini telah disertai oleh seluruh IPTA dan juga IPTS. Sebanyak lima kertas konsep yang terbaik telah memenangi hadiah utama iaitu RM 30,000.00. MPP UPM yang telah diwakili oleh Jabatan Setiausaha MPP telah menerima geran RM30.000.00 melalui kertas Konsep Mahasiswa 1Malaysia. Terdapat 4 universiti lain yang turut menerima geran tersebut ialah universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, ,Universiti Tun Abdul Razak dan Universiti Tenaga Nasional.


LAWATAN INTEGRASI SILANG BUDAYA DAN PRAKTIS KERJA SOSIAL DI MELBOURNE AUSTRALIA
Dua orang deligasi MPPUPM telah menyertai lawatan tersebut selama 14 hari di Melbourne Australia. Lawatan yang berbentuk akademik ini memberikan peluang kepada wakil MPPUPM bersama-sama 9 orang peserta deligasi membuat kajian plimenary berkaitan dengan konsep kendiri pelajar UPM dengan pelajar Malaysia yang belajar di Melbourne. Daripada dapatan data menggunakan soal selidik TNCS didapati konsep kendiri pelajar UPM dan pelajar Malaysia di Melbourne tidak mempunyai perbezaan yang jauh. Ini membuktikan kualiti pelajar UPM menyamai universiti antarabangsa.

MPP UPM MENYERTAI BAS BELIA MABIM
Seorang Exco MPP UPM telah terpilih mewakili Malaysia untuk Lawatan  Bas Belia MABIMS merupakan projek perintis bagi memberi kesedaran kepada belia Islam tentang kewujudan pertubuhan MABIMS (perjumpaan tidak rasmi menteri agama Brunei, Indonesia, Singapura dan Malaysia). Ia juga sebagai simbolik sambutan 20 tahun MABIMS yang telah ditubuhkan dengan cetusan idea yang bermula semasa persidangan menteri agama di Jeddah pada tahun 1989. Program selama 9 hari ini dirangka bagi mengeratkan hubungan dan jalinan kerjasama antara belia  empat negara sebagai pelapis kepimpinan pada masa hadapan. Bertemakan “media baru dan teknologi kreatif dalam mendekati belia”, penganjur program iatu singapiura dan Malaysia berusaha untuk menerokai kepentingan penggunaan teknologi sebagai metodologi dakwah disamping memberi pendedahan kepada belia berkaitan institusi islam di peringkat nasioanal. 

MPP MENYERTAI PROGRAM MOBILITI PELAJAR
Seramai empat orang MPP telah hadir ke persidangan kepemimpinan di Padang Indonesia bertujuan untuk membincangkan isu dan transformasi kepemimpinan mahasiswa di Malaysia. Pelbagai skop kertas kerja yang dibentangkan yang memberikan input kepada peserta yang hadir pada program tersebut. Sementara itu beberapa orang MPP telah terpilih untuk menyertai program ke Korea, Turki dan Jepun mewakili fakulti masing-masing. Semua peserta yang terlibat menyatakan program mobility penting untuk diusahakan pelajar bagi menimba pengalaman dan penerokaan ilmu yang bermakna.
  
ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

Read more...

Aktiviti Anjuran MPPUPM08/09 -4

MPPUPM 08/09 BIMBING PRS
Bertekadkan moto Berilmu Berbakti, satu penghormatan yang telah diberikan oleh SMK Taman Melawati kepada MPP UPM untuk melatih dan mendidik Pembimbing Rakan Sebaya sekolah tersebut. Kem yang diadakan selama 3 hari itu mendapat memberikan inspirasi kepada PRS SMK Taman Melawati untuk membantu diri serta rakan di sekolah. MPP juga berkesempatan berkongsi pengalaman dan ilmu kepada pelajar tersebut sebagai bekalan untuk menempuh alam remaja yang semakin mencabar. 

JELAJAH MAHASISWA BERBASIKAL 1MALAYSIA
Program jelajah berbasikal merupakan satu lagi wadah yang telah digunakan oleh MPP UPM untuk menyokong konsep 1Malaysia yang disuarakan oleh Perdana Menteri Malaysia. Program yang telah disertai oleh 40 orang pelajar yang terdiri daripada institusi Pengajian Tinggi Awam seperti UPM, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan antara MPPUPM dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta memberi pendedahan kepada MPP mendalami dan isu masyarakat dari aspek ekonomi, pendidikan dan sosial.  Program seumpama ini juga sebagai penekanan kepada konsep mesra alam dan kelestarian alam sekitar, seiring dengan matlamat UPM sebagai peneraju global bidang Pertanian Tropika Baharu (A World Leader in New Agriculture).

Pasukan berbasikal tersebut yang bertolak dari UPM akan melalui ke pekan Sepang, Bagan Lalang, Kampung Seri Tanjung Masjid Tanah, Kampung Nyalas Jasin, Kolej Matrikulasi Johor, Segamat, Kampung Nelayan dan Butterworth (Pulau Pinang) dan berakhir di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.

 PROGRAM BERILMU BERBAKTI 3
Permintaan untuk mengadakan program motivasi kepada pelajar sekolah terus rancak apabila Program Berilmu Berbakti 2 berjaya mendatangkan impak yang tinggi pada pelajar. Program Berilmu Berbakti 3 pula memfokuskan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah negeri Johor.

PROGRAM BERILMU BERBAKTI SIRI II
Program Berilmu Berbakti Siri II merupakan kesinambungan daripada MPP sesi 2008/2009. Program ini memberikan fokus untuk membantu pelajar yang meningkatkan motivasi belajar dan potensi dalam diri pelajar agar boleh menjadi pelajar yang cemerlang. Program yang julung kalinya bekerjasama dengan Persatuan Bekas Pelajar Sek. Men. Teknik Melaka ini juga telah mendapat liputan di dalam RTM dan disiarkan dalam Warta Perdana TV 1.

MPP UPM BANTU MENJAYAKAN PROGRAM RENTAS KAMPUS
Program Rentas Kampus dijalankan secara bersepadu dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi membabitkan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) seperti Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Filem Negara, Finas, BERNAMA, Muzium Negara, ASWARA, Balai Seni Lukis Negara dan POS Malaysia.

 Melalui program tersebut, semua universiti akan mendapat pendekatan awal iaitu dengan pemilihan satu kampus untuk mengumpulkan wakil-wakil pelajar terutamanya MPP daripada Institut PengajianTinggi Awam berhampiran mengikut Zon Tengah A iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Program yang julung kali ini diadakan mendapat sokongan yang menggalakkan daripada semua universiti yang terlibat menjayakan program ini.  Pengisian aktiviti adalah bagi mendedahkan pelajar dengan sebanyak mungkin maklumat mengenai kenegaraan, komunikasi, penyiaran, seni dan budaya melalui aktiviti serta pameran oleh jabatan-jabatan di bawah KPKK serta rakaman Rancangan Suara Siswa yang diadakan di Dewan Banquet UPM pada 19 Oktober 2009.


ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA  

Read more...

Aktiviti Anjuran MPPUPM08/09 -3

LAWATAN KERJA KE UPM KAMPUS BINTULU & UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan ’Lawatan Kerja Ke UPM kampus Bintulu & Universiti Malaysia Sarawak’ untuk merasai sendiri dan melihat persekitaran pembelajaran kampus tersebut dari perspektif  pelajar. Selain itu, objektif lawatan ini juga mendapatkan maklumat yang jelas tentang kebajikan pelajar di Kampus Bintulu di samping membuat representasi kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Naib Canselor tentang segala perkara berhubungan kebajikan atau tempat tinggal serta kehidupan pelajar-pelajar di kampus Bintulu.

STATISTIK BANTUAN KEBAJIKAN MPPUPM 08/09
Bermula sesi 2008/2009, MPP mengambil inisiatif menubuhkan Tabung Amanah Dana Kebajikan Pelajar berperanan dalam memberi bantuan kepada pelajar yang memerlukan. MPP akan bekerjasama dengan unit kebajikan BHEP berkaitan data pelajar yang memerlukan bantuan di samping laporan terus yang diterima dari warga UPM. Setakat ini melalui tabung tersebut yang disuntik dana oleh kutipan kebajikan dan dana MPP, bantuan kewangan telah diberikan seramai 15 orang pelajar yang kehilangan ahli keluarga, 1 mangsa kebakaran, 1 pelajar yang menghadapi pembedahan, dan 1 pelajar untuk menampung kos perubatan. Anggaran dana yang telah dikeluarkan adalah sekitar RM 10,000. Pelajar yang memerlukan bantuan boleh menghubungi MPP selagi kami boleh  membantu.

PELANCARAN TABUNG AMANAH DANA KEBAJIKAN MPP
Pelancaran tabung Amanah & Dana Kebajikan MPP merupakan bantuan yang diberikan oleh MPP UPM kepada pelajar UPM yang memerlukan bantuan kecemasan. Dana kewangan ini digunakan sepenuhnya untuk tujuan membantu pelajar yang mengalami masalah kewangan, kebakaran, pembedahan dan juga menghidapi sakit yang kronik. Penubuhan tabung ini secara tidak langsung menghidupkan suasana kesukarelawanan di dalam kalangan pelajar disamping membentuk pelajar UPM yang prihatin sejajar dengan konsep “Dari Pelajar Kepada Pelajar”.

PROGRAM KURMA & BUBUR LAMBOK
MPPUPM telah menyediakan lebih daripada 1000 bungkusan kurma dan air mineral serta ucapan hari raya khas untuk pelajar UPM sepanjang minggu terakhir Ramadhan 1430H/2009 lalu. Program ini diadakan sebagai tanda kesyukuran MPPUPM bersama pelajar dalam menahan nafsu bukan sahaja lapar dahaga tetapi juga iman dan tingkahlaku. Manakala Program memasak bubur lambuk telah berjaya dilaksanakan dengan dua kawah bubur kerjasama MPPUPM dan MTM Kolej Canselor. Lebih 100 plastik bubur labuk diedarkan di sekitar UPM.

KONVENSYEN MAULIDUR RASUL PELAJAR (IPTA)
MPP UPM menjadi penganjur Konvensyen Maulidur Rasul Pelajar (IPTA) Perongkat Kebangsaan di Dewan Kuliah Utama Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan. Program yang julung kali diadakan ini bertemakan “Wahdah Pemangkin Khaira Ummah”.
Konvenyen berjaya menghimpunkan lebih 10 buah IPTA di Malaysia. Objektif penganjuran konvensyen ini adalah untuk membuktikan kecintaan dan ingatan umat Islam kepada Nabi Muhammad S.A.W disamping mengingati jasa dan perjuangan Baginda menyebarkan syiar islam kepada umatnya seluruh pelusok  dunia.

ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA 

Read more...

Aktiviti Anjuran MPPUPM08/09 -2

KONVENSYEN KEBANGSAAN MPP
Seramai 25 orang deligasi MPP telah menyertai Konvenyen Kebangsaan MPP anjuran Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dan Majlis Kepimpinan Latihan Universiti Malaysia (MAKLUM)  dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Konvenyen yang dianjurkan selama 5 hari ini telah menghimpunkan MPP seluruh IPT di Malaysia telah berjaya menghimpunkan 15 kertas kerja pelbagai disiplin.

PRA PERSIDANGAN PEMIMPIN PELAJAR
Pra persidangan peimpin pelajar telah diadakan di Dewan Senat UPM. Pra persidangan ini telah menghimpunkan 17 Presiden Kolej Kediaman dan 110 Presiden Kelab & Persatuan untuk membincangkan pelbagai isu kebajikan pelajar dan pembangunan modal insan di universiti, peranan yang dimainkan oleh pelajar untuk mencapai status UPM sebagai Universiti Bereputasi Antarabangsa. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM.  Menurut Cecilia, persidangan akan berlangsung tidak lama lagi dalam tahun 2010

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)
Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan telah diadakan dengan jayanya bersama YAB Tan Sri Muhiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh semua MPP IPT Malaysia. Sebanyak lima isu yang telah dibentangkan semasa mesyuarat tersebut antaranya Pemerkasaan mutu & kualiti pendidikan sekolah-sekolah luar bandar Negeri Sabah, Transformasi ekonomi Malaysia Ke Arah Persaingan Kompetitif, Cadangan Penubuhan Pusat Kajian Non-Tradisional Security Issues, Isu Pengangkutan Awam Melibatkan Golongan Pelajar & Mahasiswa di Malaysia, dan Pembangunan Wanita- Penubuhan Majlis Mahasiswi Nasional (MASIS).

 PENGGUBALAN KAEDAH TATATERTIB PELAJAR
Persidangan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk menyemak dan memurnikan kaedah tatatertib yang digunakan untuk menangani masalah disiplin pelajar IPT. Persidangan ini telah diadakan di Dominei Hotel, Kuching Sarawak. Sekali lagi pengiktirafan kepada YDP UPM dalam memberikan cadangan dan juga pandangan terhadap kesalahan disiplin yang dikenakan hukuman tatatertib universiti.



PROGRAM JASAMU DIKENANG
MPPUPM bersama ahli jawatankuasa kerja Mahasiswa 1Malaysia telah mengadakan satu program khas jasamu dikenang di Pulau Langkawi bagi menghargai AJK yang telah banyak bertungkus lumus memastikan program Mahasiswa 1Malaysia berjalan dengan lancar. Antara pengisian di program tersebut juga adalah memperkasakan kebajikan mahasiswa melalui perkongsian dan pembentangan daripada ajk isu dan permasalahan yang timbul di kolej mahupun di fakulti.

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN PELAJAR
Majlis ramah mesra MPP bersama pemimpin pelajar telah diadakan 2 hari selepas perlantikan MPP. Majlis ini secara tidak langsung memperkenalkan kepimpinan MPP kepada seluruh warga UPM terutamanya golongan pelajar. Program ini telah Berjaya menghimpunkan perwakilan 17 kolej kediaman serta Presiden Kelab dan Persatuan di UPM. Jaringan kerjasama telah dibina semasa majlis ini dijalankan bagi membincangkan isu-isu yang berkiatan dengan kebajikan pelajar dalam dan luar kampus serta pelajar antarabangsa.

MPP BERSAMA MENTERI BELIA & SUKAN MALAYSIA 2009
Deligasi MPP UPM berpeluang berdialog bersama Y.B Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan Malaysia sempena Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah Pertandingan Pidato Belia Rakan Muda IPT 2009 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada 10 Mei 2009. Beliau memuji langkah yang proaktif diambil oleh MPPUPM untuk menganjurkan program pembangunan belia dan sanggup untuk bekerjasama serta memberikan sokongan kepada MPPUPM bagi menjayakan program tersebut.

ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP