30 December 2009

Selamat Tahun Baru 2010 ^^

Salam 1Malaysia,

Dengan penuh rasa kesyukuran, MPPUPM 08/09 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada seluruh warga UPM.

Tinggal 2 hari sahaja lagi, maka tahun 2009 akan melabuhkan tirainya dan meninggalkan kita bersama kenangan dan peristiwa yang pelbagai. Hal ini turut menandakan permulaan yang baru bagi tahun 2010.

Sempena dengan ketibaan tahun baru ini, marilah kita bersama-sama renung kembali segala peristiwa pahit manis, catatan suka duka sepanjang tahun ini untuk kita sama-sama jadikan teladan dan sempadan dalam mengharungi hari-hari yang akan mendatang.

Kita akan memperbaharui tekad dan keazaman demi mencapai matlamat yang disasar serta dicita-citakan. Namun perlulah cita-cita dan keazaman itu disusuli pula dengan tindakan bagi menyempurnakan tekad itu.

Marilah kita sama-sama berdoa, moga tahun 2010 akan lebih baik bagi kita semua berbanding tahun 2009.

Selamat Tahun Baru 2010!
Happy New Year 2010!




 ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

Read more...

28 December 2009

Pengecualian Yuran Bas bagi Pelajar Luar Kampus (PLK)

Makluman MPPUPM 08/09 kepada semua Pelajar Luar Kampus (PLK):

Atas keprihatinan MPPUPM 08/09 kepada aduan pelajar UPM yang menginap di luar kampus, Pelajar Luar Kampus (PLK) kini boleh memohon untuk PENGECUALIAN YURAN BAS yang berjumlah sebanyak RM 75 di Unit Pengangkutan, Gazebo bermula dari hari ini hinggalah 26hb Februari 2010.

Sebarang pertanyaan bolehlah ditujukan kepada, Daniel Dea Yik Hwa, Ketua Sekretariat Hal Ehwal Pelajar Luar Kampus dan Antarabangsa menerusi nombor telefon 012-7813100.

Harap Maklum.

ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

Read more...

Selamat Kembali Ke UPM ^^

Salam 1Malaysia!

Setelah cuti semester selama beberapa minggu, hari ini bermula semula Semester Pengajian Kedua Sesi 2009/2010.  Sekali lagi berulang rutin untuk pergi ke kuliah, belajar dan menghadapi peperiksaan. Apapun, itu adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dengan ikhlas dan penuh iltizam.

MPPUPM 08/09 mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE UPM untuk meneruskan pengajian masing-masing dan meneruskan perjuangan memartabatkan ilmu.

Semoga semester ini akan membawa kejayaan yang lebih lagi kepada seluruh warga UPM. Selamat berjaya untuk semua!



ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

Read more...

25 December 2009

Ya, Virginia, memang benar wujudnya Santa Claus! ^^

Pada tahun 1897, "The New York Sun" menerima sepucuk surat daripada seorang kanak-kanak:

Encik penerbit yang dikasihi, saya sekarang berumur 8 tahun.
Beberapa kawan saya berkata: "Santa Claus tidak wujud." 
Aku bertanya kepada ayahku, ayahku berkata: "Apa kata kamu cuba menanya akhbar “The New York Sun”? 
Kalau surat khabar menyatakan Santa Claus wujud, maka sememangnya Santa Claus wujud." 
Tolong beritahu saya, “Benarkah wujudnya Santa Claus?”


Virginia O'Hanlon
"115 West Ninety-Fifth Street."

Surat Virginia O'Hanlon telah terserah kepada penerbit senior Francis P Church untuk dijawab.

Virginia, kawan anda yang menyatakan bahawa Santa Claus tidak wujud telah salah.

Mereka hanya percaya apa yang dapat dilihat dengan mata kasar mereka, dan telah menganggap perkara yang tidak dapat dilihat atau hal-hal mereka tidak mengerti sebagai palsu.

Namun, apabila anda besar nanti, anda akan memahami bahawa apa yang dapat dilihat oleh mata manusia atau dapat difahami oleh otak manusia adalah sangat terbatas.

Dalam alam semesta yang tidak terbatas ini, manusia ibarat serangga atau semut yang kecil, kebijaksanaan kita adalah terbatas, adalah mustahil bagi kami untuk tahu tentang segala-galanya.

Ya, Virginia, memang benar wujudnya Santa Claus. Di dunia ini, wujudnya cinta, kasih sayang, dan juga kejujuran. Demikian juga Santa Claus.

Jika tidak ada Santa Claus, dunia ini akan menjadi sangat membosankan. Perkara ini samalah seperti tidak ada Virginia, maka tidak ada puisi, tidak ada cinta, tidak ada kegembiraan. Adakah dunia ini masih bermakna lagi?
 
Perkara yang paling nyata di dunia ini, kebanyakan tidak dapat terlihat dengan mata telanjang. Kami tidak dapat melihat peri-peri menari di atas rumput, adakah ini dapat membuktikan bahwa peri-peri tidak wujud?

Tidak ada seorang pun yang dapat membayangkan betapa indahnya hal-hal yang tidak dapat terlihat dengan mata kasarnya.

Apabila anda membuka baju patung boneka anda, anda dapat melihat apa yang menyebabkan patung boneka anda boleh bersuara. Tetapi beberapa perkara yang tidak dapat dilihat dalam dunia ini, sering kali ditutup dengan sebidang tirai. Sungguhpun anda mempunyai tenaga yang teramat besar, anda tidak mampu membukakan tirai tersebut bagi mendapatkan pandangan yang jelas.

Hanya kasih sayang mampu membukakan tirai ini dan membawa kita melihat dunia yang lebih baik.  

Adakah perkara ini benar? Anda bertanya. Virginia, tidak ada perkara lain yang lebih benar daripada perkara ini lagi.

Santa Claus akan hidup untuk selama-lamanya. Setelah 1000 tahun berlalu, tidak, 10 ribu tahun kemudian, beliau akan tetap hidup dalam hati kanak-kanak untuk terus membawa harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak.

Petikan ini telah diterbitkan pada “The New York Sun” sebelum hari Krismas setiap tahun sehinggalah “The New York Sun” berhenti terbit pada tahun 1949.

Namun, petikan ini tidaklah hilang begitu sahaja. Banyak surat khabar yang kembali menerbitkan petikan ini. Petikan ini juga diibaratkan sebagai petikan yang diterbitkan paling jauh dan paling penting dalam sejarah penerbitan.

Ya, saya percaya Santa Claus memang wujud. Samalah seperti saya percaya bahawa masih wujudnya cinta, kasih sayang, kegembiraan, kebahagiaan dan harapan di dunia ini.

Anggaplah ini sebagai hadiah Hari Krismas daripada MPPUPM 08/09. Selamat Hari Krismas! Merry Christmas!

Dipetik dan diolah daripada: http://www.newseum.org/yesvirginia/ [Online Database: 25 Disember 2009] 



ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA 

Read more...

Kenali Perayaan Di Malaysia: Hari Krismas

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah hari raya untuk penganut Kristian, disambut pada 25 Disember setiap tahun bagi memperingati keputeraan Jesus (Nabi Isa a.s.), pengasas agama Kristian. Menurut Kitab Injil Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Siti Maryam di Baitulmaqdis. Penganut Kristian percaya bahawa kelahiran Jesus menepati ramalan Yahudi mengenai kelahiran seorang penyelamat dari susur galur Nabi Daud, yang akan menebus manusia dari dosa Nabi Adam (original sin).

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir, Habsyah, Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mereka mengikuti takwim yang berlainan (takwim Julius berbanding takwim Gregory).



Adat resam moden perayaan ini termasuk memberi hadiah, sambutan gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi dan lakonan kelahiran Jesus.

Santa Claus merupakan tokoh mitos terkenal yang dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitos Nordic dan Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai timbul pada abad ke-19.

Krismas bukan sahaja disambut oleh seluruh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang bukan Kristian sebagai perayaan kebudayaan yang sekular. Oleh sebab pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.

Dipetik daripada: Blog Sumber Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Negeri Johor
Link: http://psksksd.blogspot.com [Online database: 24 Disember 2009]

Merry Christmas and Happy New Year!  

ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

Read more...

Selamat Menyambut Hari Krismas ^^

Salam 1Malaysia!

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 08/09
(MPPUPM 08/09) ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Krismas! ^^
Merry Christmas!



kepada seluruh warga UPM yang menyambutnya.

Read more...

23 December 2009

Shuttle Bas Mines

Salam 1Malaysia!


Untuk pengetahuan semua warga kampus, selain daripada perkhidmatan Bas Komuter disediakan oleh pihak UPM, warga kampus UPM kini mempunyai satu lagi pilihan pengangkutan untuk pergi ke STESEN KTM KOMUTER SERDANG, STESEN LRT SUNGAI BESI dan THE MINES SHOPPING FAIR. Perkhidmatan Bas ini adalah PERCUMA. 

Shuttle Bas Mines ini adalah atas inisiatif pihak The Mines Shopping Fair, UPM dan Aeroline Malaysia. Shuttle Bas Mines ini bergerak setiap 2 jam, bermula daripada Stesen Bas KMR pada pukul 10 pagi setiap hari. Selepas itu, bas akan bertolak ke Stesen KTM Komuter Serdang. Pada pukul 10.30 pagi, bas akan bertolak ke Stesen LRT Sungai Besi dari Stesen KTM Komuter Serdang. Bas akan bertolak ke The Mines Shopping Fair pada pukul 10.45 pagi. Shuttle Bas Mines akan bertolak lagi dari Stesen Bas KMR pada pukul 12 petang dan mengikut masa yang telah ditetapkan. Bas terakhir bertolak daripada Stesen bas KMR pada pukul 8 malam.

Kesemua inisiatif ini adalah demi kesenangan warga kampus. Semoga warga kampus menghargai dan menggunakan kemudahan ini sepenuhnya.

Perhatian:
***Shuttle Bas Mines bukanlah di bawah pihak UPM.
***Jadual masa bas mungkin akan ditukar dari semasa ke semasa atas pertimbangan pihak The Mines dan Aeroline Malaysia tanpa pemberitahuan awal.

Stesen KTM Komuter Serdang 


Stesen LRT Sungai Besi
 

The Mines Shopping Fair
 

ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

Read more...

22 December 2009

Kenali Perayaan Di Malaysia: Solstis Musim Sejuk (Dōng Zhì)

Perkataan cina bagi "Soltis Musim Sejuk" adalah 冬至 (Dōng Zhì). 冬 (Dōng) bermakna musim sejuk manakala 至 (Zhì) bermakna ketibaan. Pada zaman purba, ketibaan musim sejuk bermakna kesemua orang akan menghentikan aktiviti pertanian dan meraikan perayaan ini bersama ahli keluarga. Maka, Dōng Zhì disambut dengan meriah oleh orang Cina.

Hari "Solstis Musim Sejuk" atau Dōng Zhì biasanya jatuh pada 21, 22 atau 23 hb Disember setiap tahun. Tapi, Dōng Zhì bagi tahun ini jatuh pada 22 hb Disember ini.

***Untuk mengetahui bilakah Dōng Zhì, kami boleh membuat sedikit pengiraan. Tahun ini adalah 2009 dan bila dibahagi dengan 4, kami mendapat nombor bukan genap. Maka, Dōng Zhì akan jatuh pada hari genap, iaitu 22hb Disember. Pada tahun 2008, kami dapat 502 selepas pengiraan dan Dōng Zhì jatuh pada hari ganjil, iaitu 21hb Disember.

Pada Dōng Zhì, matahari berada paling jauh ke selatan dari khatulistiwa dan paling dekat dengan garisan lintang selatan, iaitu pada 23.5 darjah, dan waktu siangnya menjadi paling pendek dalam masa sepanjang tahun itu.

Walau bagaimanapun, selepas Dōng Zhì berlalu, tempat yang paling dekat dengan matahari akan beransur-ansur beralih ke utara dan menyebabkan waktu siang di hemisfera utara juga beransur-ansur menjadi panjang.

Selain sebagai tanda waktu siang yang terpendek, Dōng Zhì juga dianggap sebagai permulaan kemuncak musim sejuk. Setelah hari itu, suhu udara akan terus menurun, dan biasanya lagi dua-tiga puluh hari, cuaca paling sejuk akan dialami.



Pada hari ini, Dōng Zhì masih merupakan hari perayaan penting bagi kaum Cina. Ahli keluarga kaum Cina di negara Malaysia masih meraikan perayaan ini dengan memakan tāng yuán menandakan keluarga sempurna dan bahagia. Hal ini adalah berlainan di negara China di mana mereka akan meraikannya dengan memakan jiǎo jí, iaitu sejenis makanan yang menyerupai wanton.

Orang Cina juga percaya bahawa hari ini juga adalah ketika setiap orang akan menjadi satu tahun lebih tua. Ada orang Cina juga yang menganggap Dōng Zhì  adalah lebih penting daripada Tahun Baru Cina.



***Tāng Yuán (汤圆) adalah diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini akan dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air manis yang dimasak dengan halia. Tāng Yuán bolehlah bolehlah mempunyai isi seperti kacang tanah, bijian hitam, pasta kacang merah atau tanpa isi. Tāng Yuán yang berbentuk bulat menandakan "reunion", sementara air yang manis membawa tanda bahawa sesiapa yang memakannya akan hidup bahagia dan gembira pada tahun akan datang.

Dipetik dan diolah daripada:
http://malay.cri.cn/741/2009/12/11/24s106541.htm [Online Database: 22 Disember 2009]

Read more...

21 December 2009

Selamat Menyambut Solstis Musim Sejuk (Dōng Zhì) ^^

Salam 1Malaysia!

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 08/09
(MPPUPM 08/09) ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Solstis Musim Sejuk! ^^
冬至快乐!((Dōng Zhì Kuài Lè!)



kepada semua warga kampus yang meraikannya...

Read more...

26 November 2009

Kenali Perayaan Di Malaysia: Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

MENYEMBELIH HAIWAN ADALAH SATU IBADAT SEMASA HARI RAYA AIDILADHA
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.


 MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KE 5, IBADAT HAJI DI MEKAH
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.


MENZIARAHI PUSARA SANAK SAUDARA DAN MEMBACA YASSIN SERTA TAHLIL MENJADI TRADISI ORANG MELAYU PADA SETIAP HARI RAYA
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


KISAH PENYEMBELIHAN NABI ISMAIL AS
Hari Raya Korban menyaksikan binatang-binatang korban ‘ditumbangkan’ dengan niat untuk melaksanakan syariat Allah. Peristiwa sejarah Nabi Ibrahim yang diperintahkan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail dijadikan dasar kepada syariat korban. Kisah penyembelihan Ismail ini diceritakan oleh Allah dalam surah As-Shaffat bermula dari ayat 102. Nabi Ibrahim telah bermimpi menyembelih anaknya lantas meminta pandangan anaknya tentang mimpi tersebut. Mimpi para nabi adalah wahyu. Nabi Ismail yang sememangnya seorang anak yang taat kepada perintah Allah terus bersetuju untuk menunaikan perintah Allah itu. Bayangkanlah iman mereka yang teguh itu, hanya keyakinan yang tinggi kepada Allah sahaja yang membolehkan Ibrahim dan Ismail menyempurnakan tugas yang amat berat yang diamanahkan oleh Allah. Namun dengan izin Allah dan kasih sayangNya, akhirnya Nabi Ismail yang hampir disembelih itu digantikan dengan seekor kambing yang seterusnya melapangkan hati Nabi Ibrahim untuk melakukan penyembelihan.

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” [ 37 : 102]

Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). [ 37 :103]

Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu[1284] Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. [37 : 104-105]

Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. [37 : 106]

Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar[1285] [37: 107]

[1284] Yang dimaksud dengan membenarkan mimpi ialah mempercayai bahwa mimpi itu benar dari Allah s.w.t. dan wajib melaksana- kannya.

[1285]. Sesudah nyata kesabaran dan ketaatan Ibrahim dan Ismail a.s. maka Allah melarang menyembelih Ismail dan untuk meneruskan korban, Allah menggantinya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkannya Qurban yang dilakukan pada hari Raya Haji.

Dipetik Daripada: Blog Sumber Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Negeri Johor
Link: http://psksksd.blogspot.com [Online database: 26 November 2009]

ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA

Read more...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha ^^

Salam 1Malaysia! 

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 08/09
(MPPUPM 08/09) ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

 
kepada semua umat Islam.

Read more...

17 November 2009

Selamat Bercuti!

Salam 1Malaysia kepada seluruh warga UPM! 

Cuti semester datang lagi! Semestinya, rancangan untuk bercuti dah pun dibuat dan inilah masanya untuk merehatkan minda sejenak selepas berhempas pulas pada sesi pembelajaran lalu.

Ucapan SELAMAT BERCUTI daripada MPPUPM 08/09 disini. Gunakanlah peluang bercuti ini bersama keluarga tersayang.

Dalam pada itu, manfaatkanlah cuti semester ini dengan sebaik mungkin agar proses pembelajaran seumur hidup terhadap kita akan terus berjalan walaupun dimana kita berada.

Mudah-mudahan selepas Universiti dibuka nanti, masing-masing melangkah semula ke UPM dengan semangat baru, azam yang baru untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada negara Malaysia.



ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP
1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA  

Read more...

14 November 2009

MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENILAIAN KUALITI KERJA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPM SESI 08/09

Perhatian kepada semua ahli Majlis Perwakilan pelajar UPM sesi 2008/2009, Mesyuarat Pengurusan dan Penilaian Kualiti Kerja MPPUPM 08/09 akan diadakan pada tarikh dan waktu seperti berikut:


14 November 2009 (Sabtu)
08.00 malam
Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar UPM 
*kehadiran adalah diwajibkan


"Aspirasi Anda, Inspirasi MPP"

Read more...

28 October 2009

MAHASISWA UPMKB CETUS SEMANGAT BERSAMA MASYARAKAT

27 Okt- MPP UPMKB mengorak langkah aktif mengadakan program baktisiswa bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat kampus dengan rakyat Malaysia. Program PUTRA BERILMU BERBAKTI ini diadakan dengan usahasama MPP dan Kelab serta Persatuan UPMKB. Ia dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula 14 November 2009 hingga 19 November 2009 di Kampung Patiambung Limbang, Sarawak.

Pengarah Program, Nur Sirah Mohd Tahir yang juga merupakan Exco Kebajikan Pelajar Kampus Bintulu MPP UPM menyatakan "program ini mendapat kerjasama yang sangat baik dari penduduk kampung juga mahasiswa UPM KB."Saya benar-benar bersyukur dengan semangat dan usaha keras urusetia program untuk menjayakan aktiviti ini. program ini dirangka untuk mempromosikan UPMKB kepada masyarakat luar tentang peluang dan peranan UPMKB untuk pendidikan dan sosioekonomi di Sarawak disamping mewujudkan hubungan baik antara mahasiswa dan penduduk kampung".

Katanya lagi, "pelbagai aktiviti akan dijalankan sempena program ini iaitu Majlis Ramah Mesra, Keluarga Angkat, Pertandingan untuk kanak-kanak, sukaneka, ceramah motivasi pelajar sekolah, aktiviti kerohanian, gotong-royong dan pelbagai program lagi yang dirangka bagi memastikan objektif yang digariskan tercapai."

Seorang pelajar UPMKB yang ditemui berkata gembira akan penganjuran program ini dan beliau berharap agar ia diteruskan dimasa hadapan.

Mengulas lanjut program ini, Saudara Shahrul Kamaruddin, Setiausaha Agung MPP merakamkan ucapan syabas dan salam kejayaan kepada semua sekretariat program."Kita MPP dan Mahasiswa UPM Serdang akan mendoakan perjalanan program berjaya dan selamat serta dinaungi rahmat Allah. InsyaAllah kita akan menghantar lima orang wakil mahasiswa ke sana sebagai tanda sokongan kita kepada mereka. Diharapkan program ini akan mengeratkan hubungan masyarakat dan meraikan kepelbagaian etnik tanah air kita".

Sesungguhnya usaha murni ini harus diberi pujian dan ia merupakan kesinambungan semangat Mahasiswa 1Malaysia yang diilhamkan MPP UPM. 1Hati, 1Inspirasi, 1Malaysia.

Read more...

27 October 2009

MAKLUM BALAS ISU KETIADAAN BEKALAN AIR




Berikut merupakan maklumbalas yang diterima tentang isu ketiadaan bekalan air di UPM oleh Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Aset UPM (klik di sini) 

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan air pada hari ini 27 Oktober 2009 (Selasa) di seluruh kawasan UPM akibat daripada kebocoran paip air utama. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada 28 Oktober 2009 (Rabu).
 
Gunalah air dengan berhemah dan elakkan pembaziran.

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi Bahagian Penyelenggaraan, Pejabat Pembangunan Dan Pengurusan Aset di talian 03-89468888. Sekian, harap maklum.

Mohd Faudzir Abu Bakar

Ketua,
Bahagian Penyelenggaraan,
Pejabat Pembangunan Dan Pengurusan Aset, UPM 

Read more...

23 October 2009

BAJET 2010 : SUARA MAHASISWA DIDENGARI




Dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bil 1/2009 yang telah dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan telah dijalankan pada Ogos 2009 lalu, Sekretariat YDP dan Presiden MPP Kebangsaan telah berpadu suara dan tenaga untuk memperjuangkan beberapa isu utama yang melibatkan kebajikan mahasiswa.

Pertama, MPPK memohon supaya pinjaman PTPTN ditukarkan statusnya menjadi biasiswa kepada pelajar yang bergraduat dengan kelulusan kelas pertama. Rasional permohonan dan perjuangan ini dilakukan adalah bertujuan untuk memberi perangsang dan pembakar semangat kepada pelajar-pelajar supaya berusaha dengan lebih gigih lagi bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik.

Selain itu, MPPK juga membuat permohonan dan menyuarakan pandangan terhadap isu kenaikan harga tiket pengangkutan awam yang semakin lama semakin membebankan pelajar disebabkan oleh kenaikan harga minyak. Disebabkan isu ini,  pembentangan kertas kerja diketuai oleh YDP MPP UUM, telah sebulat suara memohon agar diskaun khas dapat diberikan kepada pelajar yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dapat segera dilaksanakan oleh kerajaan.


Cadangan ini telah diterima dan akan dikuatkuasakan pada tahun 2010, seperti yang dibentangkan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri kita dalam bajet 2010.
  • PTPTN akan ditukar kepada biasiswa bagi pelajar-pelajar yang bergraduat dengan kelulusan kelas pertama. 
  • Diskaun 50% akan diberikan kepada pelajar yang menggunakan perkhidmatan KTMB.
Sila layari laman web berikut:

Menurut saudara Mohd Syamsul Salleh, YDP MPP UPM merangkap pengerusi Sekreteriat YDP dan Presiden MPP Kebangsaan (MPPK) ketika diajukan soalan mengenai isu ini "Alhamdulillah, syukur. Ini adalah bukti nyata, bahawa sesungguhnya suara mahasiswa masih didengari dan MPPK masih relevan dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa di peringkat kebangsaan."

Tambahnya lagi "Kami di peringkat MPPK sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin negara dan kerajaan Malaysia kerana membukakan telinga dan mendengar suara dan rintihan mahasiswa. Sesungguhnya bajet 2010 yang dibentangkan oleh PM ini adalah berita baik buat mahasiswa dan sudah pasti ia akan disambut baik oleh kami semua."

Apabila ditanya tentang perkembangan MPPK dan sekreteriat YDP dan Presiden MPP Kebangsaan, Syamsul menjelaskan bahawa "Selepas bajet 2010 ini dibentangkan, Kami sedang berusaha untuk berhubung terus dengan pihak PTPTN sendiri bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang isu PTPTN ini dan segala perkembangan akan dimaklumkan kepada rakan-rakan kemudian. Selain itu, kami juga sedang merangka persediaan terperinci bagi menghadiri pra-persidangan MPPK bil 2/2009 yang akan dijalankan tidak lama lagi dan setakat ini kami sudah sepakat utk memperjuangkan beberapa isu mahasiswa kebangsaan."

Mohd Syamsul dijangka akan menghadiri diskusi mahasiswa bersama wakil KPM yang dianjurkan oleh MPPUPSI pada 30 Oktober 2009 ini untuk bersama-sama  YDP MPP UPSI membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pelajar jurusan pendidikan. 

"Satu Hati, Satu Inspirasi"
"Aspirasi Anda, Inspirasi MPP"



Read more...

BANGGA MENJADI WARGA UPM!!

Selepas kejayaan kumpulan Nahwan Nur merangkul kejuaraan dalam Pertandingan Nasyid Kemerdekaan buat kali keempat berturut-turut, kejayaan pelajar-pelajar kebudayaan merangkul gelaran juara keseluruhan dalam FESTARI MAKUM 2009, kini pada tanggal 22 Oktober 2009, bertempat di Sime Darby Convention Centre, UPM sekali lagi diangkat dan dijulang  di persada kebangsaan apabila  kepetahan dan kematangan saudara Amirrudin Abd Rahman dalam mengupas tajuk pidato Hak Asasi Manusia Dan Keselamatan Negara telah melayakkan dirinya untuk bergelar Juara Pertandingan Pidato Keselamatan dan Mahasiswa, Piala Menteri Pengajian Tinggi Malaysia 2009. Pertandingan yang julung kalinya di adakan ini telah memperlihatkan persaingan yang hebat antara 7 peserta akhir di hadapan hampir 500 orang pelajar yang hadir menjayakan program intelektual seperti ini.


 Senyuman seorang juara dengan hadiah kemenangan yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Kami di peringkat Majlis Perwakilan Pelajar UPM, mengucapkan tahniah dan syabas kepada saudara Amirrudin dan kepada semua pelajar UPM yang telah berjaya mengharumkan nama UPM!

Rata-rata pelajar UPM yang berkesempatan untuk menyertai rombongan ini turut menyatakan rasa bangga terhadap kejayaan saudara Amirrudin ini dan mereka juga berharap agar MPP akan terus membuka ruang  kepada pelajar untuk mengikuti dan menghadiri program-program luar kampus seperti ini bagi membantu mereka menimba ilmu dan pengalaman baharu.

Menurut saudara Mohd Razik Midin, Ahli Exco Sekreteriat Penyelidikan dan Inovasi Majlis Perwakilan Pelajar UPM "salah satu dasar atau gerak kerja yang cuba dilaksanakan oleh MPP sesi ini adalah merakyatkan kepimpinan MPP dengan menjadikan MPP sebagai salah satu persatuan kepimpinan kampus yang mesra pelajar. Justeru saya melihat tindakan menyediakan ruang kepada pelajar-pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar seperti yang dijalankan oleh sahabat saya di bawah Sekreteriat Pembangunan Insaniah dan Perpaduan ini juga sedikit sebanyak mampu merealisasikan matlamat itu untuk memastikan MPP lebih dekat dengan pelajar."


 
Apabila diajukan soalan mengenai pendirian MPP UPM tentang aktiviti-aktiviti seperti ini, Saudara Mohd Saufi Othman, TNYDP I MPP UPM menyatakan "MPPUPM akan sentiasa menyokong penuh dan bersama-sama menjayakan program-program yang dapat mengasah kemahiran bernilai tambah dalam diri mahasiswa.

Read more...

22 October 2009

PERTANDINGAN PIDATO PIALA MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA



Saudara Amirrudin Abd Rahman, pelajar tahun 2 Bacelor Pendidikan TESL dari Kolej Tun Perak (KTP) yang mewakili UPM dalam Pertandingan Pidato Keselamatan dan Mahasiswa, Piala Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah layak melangkah ke pusingan akhir. Pertandingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober 2009 ini di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur akan menyaksikan saudara Amirrudin bersaing dengan 6 lagi peserta yang mewakili UPSI, UPNM, USIM bagi merebut kejuaraan tersebut.

Sebagai satu usaha memberi sokongan moral dan semangat kepada wakil tunggal UPM itu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sesi08/09 (MPPUPM 08/09) di bawah gerak kerja Sekreteriat Pembangunan Insaniah dan Perpaduan telah mengatur satu rombongan deligasi penyokong UPM ke pertandingan tersebut.

Menurut Saudara Ahmad Fikri Mohd Samsudin, Pemangku TNYDP Pembangunan Insaniah dan Perpaduan MPPUPM "adalah diharapkan dengan kedatangan para penyokong UPM ini akan membakar semangat saudara Amirrudin untuk melakukan yang terbaik dalam pertandingan ini. Di samping itu juga, saya juga berharap para pelajar yang mengikuti pertandingan ini mendapat pendedahan tentang aspek pengucapan awam yang merupakan salah satu elemen penting untuk pembangunan sahsiah mahasiswa."

Kepada pelajar-pelajar UPM yang berminat utk menyertai deligasi ini, anda bolehlah mendaftarkan nama kepada mana-mana wakil MPP atau terus sahaja berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di Kolej Canselor dan Kafeteria Kolej Serumpun pada jam 6.30 petang ini. Setakat ini seramai 65 orang pelajar telah mendaftarkan diri utk menyertai program ini.

"Satu Hati, Satu Inspirasi"
"Aspirasi Anda, Inspirasi MPP"

Read more...

21 October 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR!!



Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sesi 2008/2009 (MPPUPM 08/09) mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir buat sahabat-sahabat pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM). Semoga kita akan memperoleh kejayaan yang cemerlang hasil daripada usaha kita sepanjang semester ini.

"Satu Hati, Satu Inspirasi"
"Aspirasi Anda, Inspirasi MPP"

Read more...

19 October 2009

Hari Malaysia Diisytihar Sebagai Cuti Umum Bermula Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.Beliau yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

"Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di mana Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.

Perdana Menteri berkata, dengan penyertaan Sabah dan Sarawak sejak 1963, maka adalah wajar rakyat di kedua-dua negeri itu menikmati kemajuan pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial seperti di Semenanjung.

"Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Maka kita juga mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak dapat dirasai oleh rakyat di Semenanjung," katanya.

Mengenai gagasan 1Malaysia, Najib berkata tujuan utama konsep yang menjadi teras pentadbiran beliau sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara adalah untuk terus memupuk perpaduan nasional di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Beliau turut menegaskan, perpaduan antara kaum itu juga merangkumi integrasi nasional antara rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang akan terus ditingkatkan.

Untuk meningkatkan perhubungan antara tiga wilayah itu, Perdana Menteri berkata, kekerapan dan kapasiti penerbangan akan terus dipertingkat selain pembinaan prasarana asas bagi dua buah negeri itu seperti jalan, bekalan air dan elektrik, sekolah, klinik dan hospital akan terus diberi keutamaan dengan menambah lebih banyak peruntukan.

"Dengan adanya perpaduan nasional, negara kita akan menjadi lebih stabil, kukuh dan aman. Negara yang aman damai pula akan menjadi asas terpenting bagi mencapai semua matlamat Wawasan 2020 yakni menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam kesemua aspek," katanya.

Najib berkata sesungguhnya perpaduan yang telah dicapai hingga ke saat ini telah membuahkan keamanan di dalam negara lebih lima dekad lepas.

"Dan ingatkan bahawa harga keamanan ini adalah terlalu mahal dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bagi sesiapa yang cuba memporak-perandakan perpaduan maka merekalah yang sebenarnya menghancurkan keamanan," katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Marcus mengenai identiti yang boleh dikaitkan dengan Malaysia seperti di Indonesia, Filipina atau Thailand, Najib berkata identiti Malaysia boleh dilihat berdasarkan kemampuannya menerima unsur lain yang dijadikan sebahagian daripada budaya setempat dan seterusnya kekuatan negara.

"Kalau kita sorot kembali asas pembinaan negara Malaysia, dari awal kita pilih jalan integrasi dan bukan asimilasi seperti negara-negara yang disebut oleh Yang Berhormat (Putatan) tadi seperti Indonesia, Filipina dan Thailand yang memilih jalan asimilasi. Ini menunjukkan pimpinan kita dari awal lagi bersikap amat terbuka.

"Kita lihat dari mula itu jalan terbaik iaitu apabila kita dapat menampilkan satu kekuatan berdasarkan perpaduan dan kepelbagaian...tiada negara lain seperti Malaysia," katanya.

Dipetik daripada -- BERNAMA [Online Database]
Accessed: 5.00 PM 16 Oktober 2009
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=447846

Read more...

16 October 2009

SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI DI MALAYSIA

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. 

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. 

Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.


  
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. 

Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

P/S: Dalam pada kita menyambut Perayaan Deepavali yang mulia ini, sama-samalah kita hayati iklan karyaan Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang cukup bermakna ini. Sewaktu kita menuntut ilmu dan belajar di UPM, janganlah kita lupakan ibu bapa kita yang berada di kampung. Setidak-tidaknya, banggakanlah mereka! Sekali lagi, Selamat Menyambut Deepavali! ^^


Read more...

KENALI PERAYAAN KAUM INDIA-PERAYAAN DEEPAVALI


Hari Deepavali (bahasa Hindi: दिपावली , bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (bahasa Hindi: दीवाली ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. 

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai Pesta Cahaya.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.

Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya).

Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.

Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.



Ada dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Deepavali iaitu:

PEMBUNUHAN NARAGASURA
Perayaan Deepavali disambut pada hari yang dimana salah seorang dewa Hindu, Krishna membunuh makluk jahat Naragasura sehari sebelum perayaan Deepavali. Untuk meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kuasa kejahatan perayaan Deepavali diraikan.

KISAH RAMA BALIK KE AYODHYA
Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun. Rama pulang ke negaranya dengan isterinya Sita dan Lakshamana selepas membunuh Ravana, seorang yang jahat.

Sepanjang perjalanan, apabila Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari selatan, orang yang tinggal disitu menyalakan pelita minyak sapi yang menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana.

Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Rama kembali ke tanah jajahannya.

SAMBUTAN DEEPAVALI OLEH KAUM SIKH
Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di atas sebab yang berbeza.

Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja. Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa.

Sejurus itu , barulah Raja itu sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskan Guru Nanak.

Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya. Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak. Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali.

Dipetik daripada: http://wapedia.mobi/ms/Hari_Deepavali [online database]
Accessed: 10.10 PM 16 October 2009

Read more...

Selamat Menyambut Perayaan Deepavali ^^

Salam 1Malaysia!

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 08/09
(MPPUPM 08/09) ingin mengucapkan

Happy Deepavali
 दिवाली मुबारक (Diwaali Muubaarak)
 Selamat Menyambut Perayaan Deepavali தீபாவளி வாழ்த்துக்கள் (Deepavali Valthukal)



kepada semua warga UPM.
Sama-samalah kita meraikan perayaan ini! ^^

Read more...

Sambutan Aidilfitri FBMK : Tahniah Buat AJK Pelaksana



Majlis Sambutan Aidilfitri Pelajar-Pelajar FBMK yang berlangsung pada 15 Oktober 2009 bertempat di Latar Siswa Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia disambut dengan meriah oleh pelajar-pelajar yang hadir. Majlis yang diatur dan dilaksanakan oleh gabungan kerjasama erat antara pelajar-pelajar tahun pertama Bacelor Komunikasi dan Majlis Tertinggi Mahasiswa Fakulti itu diadakan sekitar jam 12.00 tengah hari hingga jam 3.00 petang.

Menurut Yang Di Pertua MPPUPM yang turut hadir "Saya secara peribadinya amat kagum dengan semangat kerjasama dan kesungguhan yang ditonjolkan oleh rakan-rakan pelajar FBMK ini dalam menjayakan majlis seperti ini dan saya sesungguhnya amat berterima kasih kepada mereka kerana memberi ruang untuk saya turut hadir dan merasai kegembiraan hari raya bersama-sama mereka. Kredit buat mereka kerana mereka memang peramah!!"

Menurut Saudara Hanas, salah seorang pelajar tahun pertama Bacelor Komunikasi "keseluruhannya majlis berjalan lancar. Semua pelajar memberikan komitmen dengan baik bagi menjayakan majlis ini. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menganjurkan program ini."

Selain pelajar, majlis tersebut turut dihadiri oleh pensyarah-pensyarah dari FBMK sendiri.

Kehangatan sambutan Aidilfitri biarpun sudah hampir ke penghujungnya ini masih lagi dirasai di sekitar kampus UPM. Selain sambutan yang diadakan di peringkat kolej kediaman, inisiatif yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di Fakulti ini dilihat sebagai platform terbaik dalam usaha untuk mengeratkan lagi tali persahabatan dan perpaduan antara mereka disamping berpeluang untuk membantu mereka mempelajari kemahiran pengurusan dan penganjuran majlis.

Read more...

15 October 2009

CADANGAN DISKUSI DUA HALA BERSAMA KPM: MPPK MENGATUR LANGKAH PRO-AKTIF!!

Selepas pertemuan pertama dengan wakil KPM pada 09 Oktober 2009 yang lalu di Putrajaya, Sekreteriat YDP MPP Kebangsaan (MPPK) telah merangka diskusi dua hala antara pelajar jurusan pendidikan di IPTA dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dijangka akan dijalankan dalam masa terdekat ini. Menurut Saudara Mohd Syamsul Salleh, Yang DiPertua MPP UPM merangkap pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) usaha dan inisiatif ini dirangka adalah bertujuan untuk merungkai masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar jurusan pendidikan di IPTA berkaitan dengan bidang itu sendiri termasuklah mengenai isu penempatan dan status kelayakan pemberian biasiswa KPM.

Apabila diajukan persoalan tentang siapakah yang akan mengendalikan diskusi ini, Syamsul menjawab bahawa "berdasarkan perbincangan awal kami di peringkat MPPK, berkemungkinan besar program ini akan diatur dan diuruskan oleh MPP USM yang dipimpin oleh Saudara Shafiq dan saya benar-benar berharap ia dapat digerakkan secepat mungkin, sebelum Persidangan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan siri 2/2009 berlangsung hujung tahun ini."

"Kami di peringkat MPPK sangatlah mengharapkan bantuan daripada rakan-rakan pelajar sekalian untuk mendapatkan segala macam maklumat dan data yang lengkap tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar jurusan pendidikan ini agar diskusi kali ini akan berjalan dengan lebih ilmiah dan berasas."

Ketika ditemui, saudara Mohd Syamsul baru sahaja selesai membentangkan Laporan International Summer School Programme (ISS) yang disertainya di South Korea beberapa bulan lepas di hadapan Pengarah International Office UPM yang turut dihadiri oleh pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar di Fakulti Alam Sekitar UPM. Turut membentangkan laporan adalah pelajar-pelajar yang menyertai Summer School Programme di Turkey.

Read more...

13 October 2009

Bengkel Perkhidmatan Pengangkutan

Selamat sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Untuk makluman saudara/i, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sesi 08/09 (MPPUPM 08/09) dan Jemaah Presiden Kolej Kediaman akan menghadiri Bengkel Perkhidmatan Pengangkutan yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM pada 15 Oct 2009.

Antara isu yang akan dibincangkan dalam Bengkel Perkhidmatan Pengangkutan adalah seperti berikut:
1.Sikap Pemandu Bas dan Pelajar
2.Jadual Perjalanan Bas
3.Permintaan Penggunaan Bas
4.Infrastruktur (Keperluan Asas yang berkaitan dengan Bas)
5.Keperluan Pelajar Luar Kampus, Pelajar Antarabangsa, dan Pelajar OKU dalam perkhidmatan Pengangkutan.


Bengkel ini telah menyediakan satu platform bagi pelajar untuk menyuarakan pendapat/idea/cadangan/aduan tentang perkhidmatan pengangkutan di kampus UPM. Tujuan bengkel ini adalah bagi memantapkan perkhidmatan pengangkutan di kampus serta menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan.

Seiring dengan itu, pihak MPPUPM 08/09 dan Jemaah Presiden Kolej Kediaman memohon jasa baik para pelajar untuk menyuarakan segala pendapat/idea/cadangan/aduan anda terus kepada pihak kami. Maka, pihak kami akan membawa isu-isu yang disuarakan oleh saudara/i ke dalam bengkel untuk dibincangkan. Diharapkan bersama-sama kita memperjuangkan kebajikan pelajar.

Segala pendapat/idea/cadangan/aduan dari saudara/i, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 
 
P/S: Segala pendapat/idea/cadangan/aduan anda boleh disalurkan menerusi MPPUPM 08/09 yang bertanggungjawab seperti berikut:

1) Hanafi Mohd Ali, Naib Yang Dipertua, 017-3750257
2) Mohd. Shahrul Kamaruddin, Setiausaha Agong, 016-8585228
3) Johari Md Salim, Timbalan Setiausaha 1, 016-3783475
4) Mohd Saufi Othman, Timbalan Yang Dipertua 1, 017-4091787
5) Dea Yik Hwa, Pengerusi Sekretariat Hal-Ehwal Pelajar Luar kampus dan Antarabangsa, 012-7813100
6) Akmal Azfar Abd Mutalib, Pengerusi Sekretariat Pengurusan Profesional dan Kualiti, 012-6459560

atau emelkan ke emel rasmi MPPUPM 08/09: majlisperwakilanpelajar_upm@yahoo.com 
MPPUPM 08/09 turut mengalu-alukan sebarang komen menerusi Facebook Upm Mpp.

"Aspirasi Anda, Inspirasi MPP"

"Satu Hati, Satu Inspirasi"

Read more...

MPP UPM DAN PEMIMPIN PELAJAR UPM MENGGESA "BANTAH" MOHON MAAF SECARA TERBUKA!!


wakil BANTAH menyerahkan memorandum mereka kepada Menteri selepas kekecohan dan ketegangan berlaku di hadapan bilik sidang media ketika sidang media program sedang berlangsung.


Kumpulan pelajar yang mengikuti BANTAH berhimpun di ruang legar dewan sebelum majlis selesai sehingga pihak penganjur terpaksa membuat aduan kepada Bahagian Keselamatan.



Pihak penganjur terpaksan memohon bantuan Bahagian Keselamatan UPM utk mengiringi YB menteri  ke meja makan sempena Sambutan Aidilfitri MPP UPM akibat kekecohan yang ditimbulkan oleh BANTAH.

 
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) yang dipimpin oleh saudara Mohd Syamsul bin Salleh bersama-sama Gabungan Pemimpin-Pemimpin Pelajar UPM yang terdiri daripada Jemaah Presiden Kolej Kediaman, Fakulti, Kelab dan Persatuan menggesa mana-mana wakil gerakan BANTAH yang bertanggungjawab untuk tampil memberikan penjelasan dan memohon maaf secara terbuka atas tindakan biadab dan tidak beretika yang dilakukan oleh gerakan itu semasa Majlis Penutupan, Penyerahan Resolusi Mahasiswa Satu Malaysia dan Sambutan Aidilfitri MPP UPM bersama pelajar UPM pada 10 Oktober 2009 yang lalu.

Tindakan gerakan BANTAH itu bolehlah disifatkan sebagai bukan sahaja tidak menghormati majlis, yang direncana dan diusahakan oleh pelajar tetapi juga tidak menghormati pihak penganjur dan tetamu kehormat majlis. Tambahan pula, majlis ini merupakan program kebangsaan dan melibatkan semua IPTA dan beberapa IPTS setelah 3 bulan ia diusahakan oleh pelajar-pelajar UPM khususnya dan pelajar-pelajar MPPK amnya.

Mohd Syamsul Salleh ketika diminta mengulas tentang gerakan BANTAH ini, beliau tidak mahu mengulas panjang dan menyerahkan segala penilaian dan pertimbangan dilakukan sendiri oleh pelajar-pelajar tentang apa yang berlaku di hadapan mata mereka.

"Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa tindakan dan gerakan mereka ini bukanlah mewakili suara pelajar kerana jika benar mereka mewakili suara pelajar atau suara mahasiswa mana mungkin mereka sanggup berkelakuan keanak-anakan dengan tidak menghormati penat lelah pelajar lain yang bertungkus lumus mengatur program ini hanya kerana mahu menghantar memorandum yang dilihat hanya mewakili suara dan kepentingan peribadi mereka sendiri."

"Kami di peringkat MPP UPM hatta di peringkat MPPK sendiripun tidak pernah menggangu dan mengambil kesempatan atas apa yang diusahakan oleh mereka sebelum ini untuk kepentingan peribadi kami jadi mengapa mereka tergamak untuk tidak menghormati kami! Sesungguhnya niat tidak pernah menghalalkan cara" tegasnya lagi.

Menurut Saudara Hanafi Mohd Ali, Naib yang DiPertua MPP UPM " Saya amat terperanjat setelah menerima makluman menerusi sms dan panggilan telefon daripada rakan-rakan mpp yang lain, kerana ketika itu saya terpaksa menghadiri Persidangan Meja Bulat Pemimpin Pelajar 1 Malaysia yang dianjurkan di USM. Rata-rata pemimpin pelajar yang berada di USM termasuklah YDP UNIMAS dan YDP USM apabila dimaklumkan tentang kejadian ini juga amatlah tidak bersetuju dengan tindakan BANTAH dan menyifatkan ia adalah tindakan yang kurang ajar. Saya bersama-sama MPP UPM dan pemimpin pelajar UPM menggesa agar tindakan sewajarnya diambil oleh mana-mana universiti pelajar berkenaan  kerana menimbulkan kekecohan di universiti kami!!"

Mohd Rashidie Ramli, Pengerusi Sekreteriat ICT, Penerangan dan Penerbitan MPP UPM yang turut berperanan sebagai pengarah program ini menyatakan rasa kecewanya kerana penat lelah pelajar-pelajar UPM utk menguruskan program selama hampir 4 bulan ini seolah-olah dipandang enteng oleh BANTAH apabila bertindak tidak menghormati penganjur dan tuan rumah.

"Saya begitu kecewa dengan tindakan BANTAH. Sepatutnya, jika benar kita memperjuang kepentingan mahasiswa mengapa agenda peribadi mereka yang lebih diutamakan berbanding kepentingan mahasiswa yang sebenar, hinggakan sanggup merosakkan majlis yang diusahakan oleh mahasiswa?? jadi apakah sebenarnya asas perjuangan mereka?? Kepentingan mahasiswa atau kepentingan peribadi?"

Menurut saudara Mohd Saufi Bin Othman, Timbalan Naib Yang DiPertua I (Kebajikan dan Keselamatan) MPP UPM, "rata-rata pelajar UPM berasa amat kesal dan kecewa dengan tindakan BANTAH dan ianya bertentangan dengan etika seorang mahasiswa yang berpelajaran lebih-lebih lagi ada dalam kalangan mereka yang sedang melanjutkan pengajian di universiti yang baru sahaja meningkat rankingnya. Mungkin tindakan itu benar bagi mereka, tapi setidak-tidaknya mereka perlu maklumkan terlebih dahulu kepada kami selaku tuan rumah. Amatlah biadab apabila memasuki rumah orang tanpa memberi salam. Itu bukan lagi ziarah namanya, itu namanya merompak!!"

Menurut Ong Guang Xin, Timbalan naib yang DiPertua IV (Kepimpinan dan Penyelidikan) MPP UPM, " Perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku. Sebagai pemimpin pelajar kita haruslah berfikir secara rasional dan bukannya bertindak sesuka hati. Tidak bolehkah mereka mendapatkan kebenaran dari tuan rumah ataupun membuat temu janji dengan pegawai menteri. Saya rasa, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah kerana kami juga mengatur temu janji mengikut prosedur yang ditentukan dan maklum balas pihak menteri tetap baik. Kita perlu berharap agar pemimpin mahasiswa hari ini janganlah berkelakuan radikal. kita perlu berkhidmat utk pelajar dan berbakti kepada masyarakat dengan sewajarnya."

Menurut Mohd Razik bin Midin, Exco Penyelidikan dan Inovasi MPP UPM, "Sangat kebudak-budakan. Seharusnya mereka berfikir secara rasional mengenai tindakan mereka yang mengganggu majlis. Saya merasakan tidak sesuai langsung untuk menyuarakan pandangan mereka yang boleh dianggap memenuhi keperluan peribadi mereka... Jadi nasihat saya selaku mahasiswa, haruslah berfikiran matang dan rasional dalam sesuatu hal... bukan terburu-buru.. paling penting datanglah ke suatu majlis sebagai tetamu yang DIUNDANG...

Majlis Perwakilan Pelajar UPM bersama-sama Gabungan Pemimpin Pelajar UPM dan Sekreteriat Yang DiPertua dan Presiden MPP Kebangsaan akan memaklumkan perkara yang berlaku ini terus kepada pihak Naib Canselor di universiti berkenaan dan berharap agar tindakan sewajarnya dapat diambil ke atas mereka yang terlibat. Rata-rata pelajar di UPM beranggapan tindakan itu amatlah biadab dan tidak menghormati pelajar-pelajar di UPM kerana mereka menimbulkan kekecohan di sini dan bukannya di universiti mereka sendiri. Majlis sambutan Aidilfitri yang sepatutnya disambut dengan kegembiraan dan mengeratkan persaudaraan akhirnya disambut dalam keadaan yang sedikit tegang.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP