13 October 2009

MPP UPM DAN PEMIMPIN PELAJAR UPM MENGGESA "BANTAH" MOHON MAAF SECARA TERBUKA!!


wakil BANTAH menyerahkan memorandum mereka kepada Menteri selepas kekecohan dan ketegangan berlaku di hadapan bilik sidang media ketika sidang media program sedang berlangsung.


Kumpulan pelajar yang mengikuti BANTAH berhimpun di ruang legar dewan sebelum majlis selesai sehingga pihak penganjur terpaksa membuat aduan kepada Bahagian Keselamatan.



Pihak penganjur terpaksan memohon bantuan Bahagian Keselamatan UPM utk mengiringi YB menteri  ke meja makan sempena Sambutan Aidilfitri MPP UPM akibat kekecohan yang ditimbulkan oleh BANTAH.

 
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) yang dipimpin oleh saudara Mohd Syamsul bin Salleh bersama-sama Gabungan Pemimpin-Pemimpin Pelajar UPM yang terdiri daripada Jemaah Presiden Kolej Kediaman, Fakulti, Kelab dan Persatuan menggesa mana-mana wakil gerakan BANTAH yang bertanggungjawab untuk tampil memberikan penjelasan dan memohon maaf secara terbuka atas tindakan biadab dan tidak beretika yang dilakukan oleh gerakan itu semasa Majlis Penutupan, Penyerahan Resolusi Mahasiswa Satu Malaysia dan Sambutan Aidilfitri MPP UPM bersama pelajar UPM pada 10 Oktober 2009 yang lalu.

Tindakan gerakan BANTAH itu bolehlah disifatkan sebagai bukan sahaja tidak menghormati majlis, yang direncana dan diusahakan oleh pelajar tetapi juga tidak menghormati pihak penganjur dan tetamu kehormat majlis. Tambahan pula, majlis ini merupakan program kebangsaan dan melibatkan semua IPTA dan beberapa IPTS setelah 3 bulan ia diusahakan oleh pelajar-pelajar UPM khususnya dan pelajar-pelajar MPPK amnya.

Mohd Syamsul Salleh ketika diminta mengulas tentang gerakan BANTAH ini, beliau tidak mahu mengulas panjang dan menyerahkan segala penilaian dan pertimbangan dilakukan sendiri oleh pelajar-pelajar tentang apa yang berlaku di hadapan mata mereka.

"Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa tindakan dan gerakan mereka ini bukanlah mewakili suara pelajar kerana jika benar mereka mewakili suara pelajar atau suara mahasiswa mana mungkin mereka sanggup berkelakuan keanak-anakan dengan tidak menghormati penat lelah pelajar lain yang bertungkus lumus mengatur program ini hanya kerana mahu menghantar memorandum yang dilihat hanya mewakili suara dan kepentingan peribadi mereka sendiri."

"Kami di peringkat MPP UPM hatta di peringkat MPPK sendiripun tidak pernah menggangu dan mengambil kesempatan atas apa yang diusahakan oleh mereka sebelum ini untuk kepentingan peribadi kami jadi mengapa mereka tergamak untuk tidak menghormati kami! Sesungguhnya niat tidak pernah menghalalkan cara" tegasnya lagi.

Menurut Saudara Hanafi Mohd Ali, Naib yang DiPertua MPP UPM " Saya amat terperanjat setelah menerima makluman menerusi sms dan panggilan telefon daripada rakan-rakan mpp yang lain, kerana ketika itu saya terpaksa menghadiri Persidangan Meja Bulat Pemimpin Pelajar 1 Malaysia yang dianjurkan di USM. Rata-rata pemimpin pelajar yang berada di USM termasuklah YDP UNIMAS dan YDP USM apabila dimaklumkan tentang kejadian ini juga amatlah tidak bersetuju dengan tindakan BANTAH dan menyifatkan ia adalah tindakan yang kurang ajar. Saya bersama-sama MPP UPM dan pemimpin pelajar UPM menggesa agar tindakan sewajarnya diambil oleh mana-mana universiti pelajar berkenaan  kerana menimbulkan kekecohan di universiti kami!!"

Mohd Rashidie Ramli, Pengerusi Sekreteriat ICT, Penerangan dan Penerbitan MPP UPM yang turut berperanan sebagai pengarah program ini menyatakan rasa kecewanya kerana penat lelah pelajar-pelajar UPM utk menguruskan program selama hampir 4 bulan ini seolah-olah dipandang enteng oleh BANTAH apabila bertindak tidak menghormati penganjur dan tuan rumah.

"Saya begitu kecewa dengan tindakan BANTAH. Sepatutnya, jika benar kita memperjuang kepentingan mahasiswa mengapa agenda peribadi mereka yang lebih diutamakan berbanding kepentingan mahasiswa yang sebenar, hinggakan sanggup merosakkan majlis yang diusahakan oleh mahasiswa?? jadi apakah sebenarnya asas perjuangan mereka?? Kepentingan mahasiswa atau kepentingan peribadi?"

Menurut saudara Mohd Saufi Bin Othman, Timbalan Naib Yang DiPertua I (Kebajikan dan Keselamatan) MPP UPM, "rata-rata pelajar UPM berasa amat kesal dan kecewa dengan tindakan BANTAH dan ianya bertentangan dengan etika seorang mahasiswa yang berpelajaran lebih-lebih lagi ada dalam kalangan mereka yang sedang melanjutkan pengajian di universiti yang baru sahaja meningkat rankingnya. Mungkin tindakan itu benar bagi mereka, tapi setidak-tidaknya mereka perlu maklumkan terlebih dahulu kepada kami selaku tuan rumah. Amatlah biadab apabila memasuki rumah orang tanpa memberi salam. Itu bukan lagi ziarah namanya, itu namanya merompak!!"

Menurut Ong Guang Xin, Timbalan naib yang DiPertua IV (Kepimpinan dan Penyelidikan) MPP UPM, " Perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku. Sebagai pemimpin pelajar kita haruslah berfikir secara rasional dan bukannya bertindak sesuka hati. Tidak bolehkah mereka mendapatkan kebenaran dari tuan rumah ataupun membuat temu janji dengan pegawai menteri. Saya rasa, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah kerana kami juga mengatur temu janji mengikut prosedur yang ditentukan dan maklum balas pihak menteri tetap baik. Kita perlu berharap agar pemimpin mahasiswa hari ini janganlah berkelakuan radikal. kita perlu berkhidmat utk pelajar dan berbakti kepada masyarakat dengan sewajarnya."

Menurut Mohd Razik bin Midin, Exco Penyelidikan dan Inovasi MPP UPM, "Sangat kebudak-budakan. Seharusnya mereka berfikir secara rasional mengenai tindakan mereka yang mengganggu majlis. Saya merasakan tidak sesuai langsung untuk menyuarakan pandangan mereka yang boleh dianggap memenuhi keperluan peribadi mereka... Jadi nasihat saya selaku mahasiswa, haruslah berfikiran matang dan rasional dalam sesuatu hal... bukan terburu-buru.. paling penting datanglah ke suatu majlis sebagai tetamu yang DIUNDANG...

Majlis Perwakilan Pelajar UPM bersama-sama Gabungan Pemimpin Pelajar UPM dan Sekreteriat Yang DiPertua dan Presiden MPP Kebangsaan akan memaklumkan perkara yang berlaku ini terus kepada pihak Naib Canselor di universiti berkenaan dan berharap agar tindakan sewajarnya dapat diambil ke atas mereka yang terlibat. Rata-rata pelajar di UPM beranggapan tindakan itu amatlah biadab dan tidak menghormati pelajar-pelajar di UPM kerana mereka menimbulkan kekecohan di sini dan bukannya di universiti mereka sendiri. Majlis sambutan Aidilfitri yang sepatutnya disambut dengan kegembiraan dan mengeratkan persaudaraan akhirnya disambut dalam keadaan yang sedikit tegang.

7 comments:

Azizi Fakhrullah October 13, 2009 at 11:37 AM  

tindakan BANTAH sememangnya amat memalukan UPM yg menjadi tuan rumah. sy kira tindakan meraka adalah seperti seorg pengecut yg cuba ambil kesempatan tanpa memikirkan perasaan org lain..ini merupakan tindakan org yg TIDAK BERTAMADUN..inilah akibatnya kalau tak tahu bezakan antara politik dan menjadi wakil pelajar..Negara kita akan mundur & lemah jika golangan2 yg tak BERTAMADUN ini terus hidup di muka bumi bertuah ini..

Anonymous,  October 13, 2009 at 2:37 PM  

pengecut??
beraninya azizi...

Anonymous,  October 14, 2009 at 4:00 AM  

hehe..tindakan BANTAH dpt naikkn nama UPM yg xpopular la..huhu..
TIDAK BERTAMADUN?hihi..bertamadunnya psembahan tarian ms pnutup tu..
maju ke negara kalau plajar yg ade skrg xbole nk cetuskn idea2 yg kritis?hihi.kelakar2..

p/s:ape beza politik dgn jadi wakil plajar?Azizi ni kne byk mbaca ni..mksud politik pun xtau..kesian2..mcmane la negara nk maju..huhu

azizi fakhrullah,  October 14, 2009 at 10:08 AM  

salam 1msia...

sy katakan tidak bertamadun sbb pihak terbabit xtau nk jaga perasaan sesama manusia, org lain penat2 buat program die plak bkn nk sokong tp merosakkan majlis..dpt naikkan nama upm dgn memalukan watpe??idea serbu menteri pastu dtg tanpa diundang tu kritis ker??haha...kelakar2~~

politik..sbb wakil2 pelajar skarg lebih kpd meniru parti2 politik yg ada kat m'sia ni..sampai lupe mereka tu wakil pelajar yg perlu berjuang untuk pelajar & menjadi role model bkn sibuk nk jadi popular dgn idealisme politik yg dipengaruhi parti2 politik luar..klu xdpt terima pendapat org laen, anda bknlah pemimpin yg baik..konsep berani menegur dan boleh menerima teguran perlu diserapkan dlm diri anda dulu..

Anonymous,  October 14, 2009 at 6:56 PM  

hidup bantah!!!

elf,  October 14, 2009 at 6:58 PM  

dh menteri syok2 dduk dlm blim dia xmau dgr rintihan mahasiswa ni, kita bagi la dgn cara yg dia boleh igt..bru dia pon SYOK nak wat kerja

lady_jull,  November 1, 2009 at 4:22 AM  

urh.agree wif azizi. they people, i mean bantah o watever..n also both of u, anonymous n elf..need to attend kindergarden back and learn two meaningful syllabus, res-pect..respect people n da majlis..n btw, i thought UPM is already popular, than, wat dats, bantah? ew..so not popular k.dats y la dieorg serbu masa majlis, dapat la nama jugak kn..heh.so low.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP