29 September 2009

UTM INTERNATIONAL CAMPUS OPEN - FUTSAL TOURNAMENT

Salam Satu Malaysia! 

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menganjurkan 
UTM INTERNATIONAL CAMPUS OPEN 
FUTSAL TOURNAMENT 
dengan butiran seperti tertera di bawah:

Tempat: Sports Planet, Ampang
 Tarikh: 11 Oktober 2009
 Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang

 Hadiah:
 1st - RM 1700.00, Medal
 2nd - RM 1300.00, Medal
 3rd - RM 800.00, Medal
 4th - RM 300.00
 5th to 8th - RM 200.00

 Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja.
 Yuran pendaftaran adalah RM 150.00/pasukan
 Tarikh tutup pendaftaran: Sebelum 07.10.09



Untuk sebarang pertanyaan atau borang pendaftaran, sila hubungi:

Fatma Sabariah Alias    017-3443518
Ahli Exco Sekretariat Kebudayaan, Sukan & Rekreasi 


 Aspirasi Anda, Inspirasi MPP

Read more...

19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri ^^



Salam sejahtera! Cuti raya dah bermula, MPPUPM 08/09 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga UPM! Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat!

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada....

===== Mohon Maaf Zahir dan Batin ======

 


Marilah kita melihat apa yang semua MPP ingin katakan kepada Warga UPM pada bulan yang mulia ini.

Mohd Syamsul Bin Salleh
Yang DiPertua MPPUPM 08/09
Sepuluh jari disusun rapi, memohon kemaafan dan keampunan dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki atas segala silap dan salah, keterlanjuran kata dan madah, kekasaran laku dan tingkah iklhas dari hati seorang insan lemah yang bernama Mohd Syamsul Bin Salleh. Salam Aidilfitri buta teman-teman pelajar, semoga aidilfitri tahun ini membawa 1001 pengertian bermakna dalam diri kita semua, insyallah..


Hanafi Mohd Ali 
Naib yang DiPertua MPPUPM
Kami warga MPP ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga UPM.

Mohd. Shahrul Kamaruddin, Johari Md Salim & Nur Hafirah Kamarudin
Jabatan setiausaha MPP mewakili seluruh MPP mengucapkan Selamat Hari Raya buat seluruh warga UPM Serdang dan Bintulu dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin. Semoga Hari Raya kali ini membawa kenangan yang terindah! Miss you all!   

Pak Hoe Weng
Bendahari MPPUPM 08/09 
Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin!

Mohd Saufi Othman 
Timbalan Naib Yang DiPertua MPPUPM 08/09 :
Salam Aidilfitri dengan sepenuh jari kemaafan kepada seluruh warga UPM. Semoga Aidilfitri memberi kebahagiaan bersama keluarga dan rakan2 anda. Berhati-hati di jalan raya! 

Ong Guang Xin
Timbalan Naib Yang DiPertua MPPUPM 08/09 :  
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Sheryan Anwar (Syarie)
Pengerusi Sekreteriat Hal Ehwal Kebajikan Dalam Kampus
Selamat Hari Raya kepada semua pelajar UPM – Junior & Senior! Raya sebulan jd ajaklah semua kwn2 beraya bersama x kira bangsa, 1 Malaysia!!!

Khairi Azhar Aziz
Pengerusi Sekreteriat Pembangunan Insaniah Dan Perpaduan:  
Salam lebaran, salam kemaafan kepada semua warga UPM.

Azizul bin Razali 
Pengerusi Sekreteriat Kebudayaan, Sukan dan Rekreasi:  
Salam Aidilfitri dan Salam Kemaafan. Semoga Aidilfitri ini memberi makna pada anda.

Mohd Rashidie Ramli
Pengerusi Sekreteriat ICT, Penerangan dan Penerbitan
Salam 1Malaysia & Salam Perpaduan! Sama2 semua warga kampus tanpa mengira kaum utk kita merayakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Maaf Zahir & Batin.

Dea Yik Hwa
Pengerusi Sekreteriat Hal Ehwal Pelajar Luar Kampus dan Antarabangsa::  
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Heng Cheng Huai 
Pengerusi Sekreteriat Penyelidikan dan Inovasi:  
Salam 1Malaysia! Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua! 

Lai Ying Si 
Pengerusi Sekreteriat Akademik , Keusahawanan Dan Kerjaya: 
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga UPM!
  
Nik Azwati Nik Mustapa
Ahli Exco Sekreteriat Akademik , Keusahawanan Dan Kerjaya:  
Salam Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin

Siti Aishah Mohd Dani 
Ahli Exco Sekreteriat Hal Ehwal Pelajar Luar Kampus dan Antarabangsa
Salam Eidul Fitri, Maaf Zahir & Batin! Teruskan Tarbiyyah Ramadhan dengan Puasa 6 Syawal =)

Nina Fatma Ali
Ahli Exco Sekreteriat Perhubungan Diplomatik dan Komunikasi Korporat :  
Assalammualaikum! Salam Sejahtera! Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin, Beraya Jangan Sampai Lupa Buku… =)

Ahmad Fikri Bin Mohd Samsudin
Ahli Exco Sekreteriat Pembangunan Insaniah dan Perpaduan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga UPM. Semoga kedatangan Syawal ini dapat merapatkan ukhuwah di antara kita semua. Maaf Zahir dan Batin. 

Khong Chi Chung
Ahli Exco Sekreteriat Perhubungan Diplomatik dan Komunikasi Korporat  :  
Selamat Hari Raya! Yang mana pulang ke kampung di harap berhati-hati di jalan raya. Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang di tuju. 

Nadia Shaiful Bahari 
Ahli Exco Sekreteriat ICT, Penerangan dan Penerbitan:  
Salam Lebaran. Mohon Maaf Zahir Batin atas segala khilaf dan terkasar bahasa.

Fatma Sabariah Alias
Ahli Exco Sekreteriat Kebudayaan, Sukan dan Rekreasi :  
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Salam Kemaafan dan Semoga Ceria Selalu! 
p/s: Berhati-hati di jalan raya!

Tai Yunn Fang
Ahli Exco Sekreteriat Pembangunan Insaniah dan Perpaduan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Semoga gembira di samping keluarga tersayang!=D


Chai Chin Ling 
Ahli Exco Sekreteriat Hal Ehwal Kebajikan Dalam Kampus
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Semoga lebaran kali ini mencetuskan kebahagiaan dan ketenangan yang berpanjangan dalam kehidupan.

Yan
Ahli Exco Sekreteriat Kebudayaan, Sukan dan Rekreasi 

Salam 1Malaysia kepada warga UPM! Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah 30 hari berpuasa! Hati-hati di jalan raya! Eid Mubarak! :-)

Ooi Der Jiun
Ahli Exco Sekreteriat ICT, Penerangan dan Penerbitan  :  
Selamat Hari Raya AidilFitri! Maaf Zahir & Batin! Berjimat cermat dalam berbelanja dan berhati-hati di jalan raya! ^^



   

Read more...

15 September 2009

Hentian Bas Sementara Musim Raya

Peringatan MPPUPM 08/09 kepada warga UPM:
MPPUPM 08/09 ingin mengingatkan semua warga UPM yang akan balik ke kampung pada musim cuti Raya ini dengan bas untuk memberi perhatian kepada di mana stesen/terminal bas yang anda sepatutnya pergi.
Untuk makluman semua, kesemua bas pada musim Raya akan beroperasi melalui lima buah terminal bas iaitu Hentian bas Puduraya, Hentian bas Duta, Hentian bas Putra, Pekeliling dan yang terbaru hentian bas sementara di Kompleks Sukan Bukit Jalil.

Hentian bas Puduraya dan Hentian bas Duta akan mengendalikan perjalanan ke utara manakala Hentian bas Putra dan Pekeliling pula untuk perjalanan ke pantai timur dan Kompleks Sukan Bukit Jalil bagi perjalanan ke selatan.

Operasi bas bagi musim perayaan ini akan bermula dari 15 September sehingga 15 Oktober. Warga UPM adalah dinasihatkan untuk memastikan stesen/terminal bas yang mengendalikan bas balik ke kampung masing-masing sebelum hari kejadian. Warga UPM yang telah beli tiket bolehlah menghubungi syarikat bas untuk mendapatkan kepastian.
Sementara itu, bagi warga UPM yang belum beli tiket, anda adalah dinasihatkan agar mendapatkan tiket bas awal bagi mengelakkan rancangan perjalanan tergendala. Cadangan daripada pihak LPKP adalah untuk membeli terus dari kaunter bas yang sah atau pun boleh membuat pembelian melalui internet bagi menggelakkan daripada tertipu.
Sekali lagi, MPPUPM 08/09 ingin mengucapkan Selamat Balik ke Kampung Tercinta dan Berhati-hati di Jalan Raya!
(Dipetik daripada BERNAMA.COM)
Link: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=359113
Dalam pada itu, sama-samalah kita menyaksikan clip video "Balik Kampung" daripada  Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. 

MPP UPM mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

"Selamat Pulang Ke Kampung Tercinta"
 

Read more...

Majlis Berbuka Puasa

Salam Satu Malaysia!

Untuk makluman semua warga Universiti Putra Malaysia:

UPM Holding Sdn Bhd akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa kepada semua pelajar.

Lokasi: Foodcourt Kolej Serumpun

Tarikh: 16 September 2009 (Rabu)

Masa: 6.30pm 

Warga UPM adalah dijemput datang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. 

Sekian, terima kasih!

Jumpa anda di sana! :-)

 

Read more...

Pengangkutan Raya

Bersempenaan dengan musim cuti Hari Raya, Unit Pengangkutan Universiti Putra Malaysia akan menyediakan 4 buah bas yang akan bergerak ke dalam kolej-kolej secara shuttle bermula pada hari Rabu ini (16 September 2009). Destinasi bas tersebut adalah ke stesen komuter. 

Pelajar kolej 17 akan mendapat sebuah bas khas untuk memudahkan mereka pergi ke komuter. Bagi pelajar yang hendak pergi ke stesen bas Kajang, 2 buah bas akan berada di central parking. Bas komuter juga akan bergerak seperti biasa dan pelajar boleh menaiki mana-mana bas komuter yang lalu di kawasan kolej mereka.

Sekian, terima kasih! 

BERILMU BERBAKTI

ASPIRASI ANDA, INSPIRASI MPP

1HATI, 1INSPIRASI, 1MALAYSIA


MPP UPM mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa & 
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

"Selamat Pulang Ke Kampung Tercinta"

Read more...

13 September 2009

FACEBOOK @ MPP UPM

Salam 1Malaysia : UPM student invited to add MPP UPM @ face book...

“We have found that people who are new to Facebook tend to be most interested in a simpler experience, and focus on establishing their network of friends by writing on their walls, sending messages, and looking at pictures,”

Read more...

Pengedaran Juadah Berbuka Puasa

Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang diberikan tuhan....MPP UPM dengan kerjasama Jemaah Presiden Kolej Kediaman akan menemui pelajar untuk mengedar sedikit juadah berbuka di lokasi yang terpilih bermula 15 hingga 17 September..InsyaAllah

15 Sept. Selasa Perhentian Bas FSKTM, FEP, FAS, Central Parking
16 Sept. Rabu Zon Kolej Kediaman
17 Sept. Khamis Perhentian Bas KMR & FBMK

Sabda Rasulullah
SAW “Barangsiapa yang memberi makan (berbuka) untuk orang yang berpuasa
ia akan mendapat pahala yang sama banyaknya dengan pahala puasa orang
yang diberi makan itu, tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang itu.
”. Riwayat (at-Tirmidzi)

MPP UPM mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa &
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

"Selamat Pulang Ke Kampung Tercinta"

Read more...

Pengedaran Bubur Lambuk

Salam 23 Ramadhan..MPP dengan kerjasama MTM Kolej Canselor akan mengedar bubur lambuk pada petang ini 13 September 2009/Ahad di lokasi terpilih..Insya Allah..

sabda Nabi (yang artinya): "Sentiasa manusia berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa." (Muttafaqun ‘alaih dari Sahl bin Sa’ad As-Sa’idiy)

""Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Read more...

11 September 2009

Makluman Kutipan Borang Pendaftaran Amanah Saham 1 Malaysia

Perhatian kepada pelajar Semester Pertama Bacelor Sepenuh Masa Sesi 2009/2010 yang layak untuk mendapat 100 unit Amanah Saham 1 Malaysia, pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan mengadakan sesi kutipan borang pendaftaran Amanah Saham 1 Malaysia Sesi berkenaan akan diadakan seperti butiran berikut: 


  • Pelajar dikehendaki membawa BORANG PENDAFTARAN tersebut dan SATU  salinan KAD PENGENALAN  untuk kegunaan pihak PNB. 
  • Pelajar diingatkan supaya datang mengikut jadual yang telah ditetapkan untuk memastikan kelancaran sesi kutipan borang tersebut.


~ Harap Maklum ~

~ Aspirasi Anda, Inspirasi MPP ~

Read more...

07 September 2009

Selamat Menduduki Ujian Ke-2!

Salam Satu Malaysia!

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia 08/09 mengucapkan 
Selamat Menduduki Ujian Ke-2 Semester 09/10 
kepada seluruh warga UPM! 

Selamat Maju Jaya kepada semua! 

Dalam pada itu, marilah kita semua tenangkan fikiran sejenak dimana MPPUPM08/09 ingin berkongsi sebuah kisah dengan semua. Kisah ini adalah tentang Monty Roberts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Semoga kisah ini boleh memberi inspirasi kepada anda semua. Pemuda ini merupakan anak kepada seorang pelatih kuda. Kehidupan mereka adalah beralih dari satu kandang ke kandang kuda yang lain untuk melatih kuda. 

Berani Berimpian

Kisah ini bermula dengan pemuda ini belajar di sekolah menengah. Gurunya telah meminta mereka untuk menulis tentang matlamat dan perkara yang akan mereka lakukan apabila dewasa nanti. Malam itu juga, Monty telah membuat keputusan untuk memiliki sebidang ladang penternakan yang luas dan sebuah rumah yang besar suatu hari nanti. Dia telah menulis sejelas-jelasnya tentang ciri-ciri keadaan ladang tersebut. Monty mahu ladang yang seluas 200 ekar. Dia juga telah melukiskan dengan jelas pelan rumah yang berkeluasan 4000 kaki persegi. Selain itu, dia juga telah memastikan dimana rumah tersebut itu berada di ladang perternakan kuda yang seluas 200 ekar itu. Dia telah menulis sebanyak 7 muka surat untuk menjelaskan impiannya dimana penulisannya adalah begitu jelas sekali, bagaikan semua perkara ini telah berlaku.

2 hari kemudian, Monty mendapat hasil kerjanya semula. Keputusan yang didapatinya agak meleset pemikiran kita. Kita mungkin akan berfikir Monty telah mendapat keputusan yang baik berdasarkan apa yang diberikannya. Tetapi malangnya, huruf merah F dan “ jumpa saya selepas kelas ” tertera di hadapan kertasnya.

Monty pun berasa binggung dan hairan kerana setahunya, dia telah membuat yang terbaik. Oleh itu, dia pun pergi berjumpa dengan guru tersebut selepas kelas. Dia ingin mendapat tahu kenapa dia mendapat F. 

Maka, jawab guru tersebut,

"Impian ini adalah mustahil untuk pemuda seperti kamu. Kamu tidak mempunyai wang. Kamu datang daripada keluarga yang hidup tidak tetap, bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kamu tidak mempunyai modal. Untuk memiliki ladang perternakan, kamu perlu mempunyai duit yang banyak. Kamu perlu membeli tanah. Kamu perlu membayar sejumlah duit yang besar untuk mendapatkan baka kuda yang asli. Dan kamu juga perlu membayar tempat untuk menternaknya. Tiada jalan menunjukkan bahawa kamu mampu melakukannya”

“Kalau kamu boleh menulis semula matlamat atau impian kamu secara lebih realistik, mungkin saya akan mempertimbangkan gred kamu.”

Monty pun balik ke rumah untuk memikirkannya. Dia telah mengambil masa yang lama untuk memikirkan tentang perkara tersebut. Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa. Dia tidak sanggup membuang impiannya. Pada masa yang sama, dia juga tidak ingin keputusan peperiksaannya terjejas. Maka, dia pun merujuk kepada bapanya untuk mendapatkan pandangan.

Bapanya telah menyuruhnya untuk membuat keputusan sendiri. "Monty, keputusan ini akan mempengaruhi kehidupan kamu pada masa depan dan kamu perlu mengambil keputusan sendiri! Tidak kira apa keputusan yang akan kamu buat, saya akan menyokongnya." Selepas seminggu mempertimbangkan perkara tersebut, dia telah membuat keputusan.

Dia akan mengembalikan kertas kerja tersebut tanpa mengubah matlamatnya. Dia nekad.

"Cikgu boleh simpan gred yang diberikan cikgu kepada saya tetapi saya tetap akan menyimpan impian saya."

Beberapa tahun kemudian, apa yang digambarkan dalam kertas kerja tersebut mula menjadi realiti. Budak tersebut kini memiliki rumah seluas 4000 kaki dan ladang kuda seluas 200 ekar. Kertas tersebut masih lagi disimpannya dan telah dibingkaikan.

Ketika guru itu berjumpa dengan Monty suatu hari nanti, guru itu berkata,

"Lihat, Monty. Saya rasa saya boleh katakannya sekarang. Semasa saya menjadi cikgu kamu, saya merupakan pencuri impian. Saya telah mencuri ramai impian budak-budak kecil. Kamu sungguh bernasib baik kerana kamu tidak pernah putus asa dengan impian kamu." 

Semoga warga UPM turut tidak kehilangan impian!

Dare To Dream 

I am my own believer
In my heart the reason
I will follow the light from within
I'm not afraid of weakness
I'm gonna taste the sweetness
Of the power not to give in
I will see it through
I believe this is my moment of truth

Dare to dream
Dare to fly
Dare to be the heir, the chosen one to touch the sky
Dare to reach
Dare to rise
Find the strength to set my spirit free
Dare to dream

I will go the distance
Embrace resistance
I will lay my soul on the line
When the wait is over
And the hunger has spoken
If I give my all I will shine
I will see it through
I believe, this is my moment of truth

Dare to dream
Dare to fly
Dare to be the heir. the chosen one to touch the sky
Dare to reach
Dare to rise
Find the strength to set my spirit free
Dare to dream

And the heart will shine like the sun
A million voices together as one
I believe, I believe, I believe, I believe

Dare to dream
Dare to fly
Dare to be the ever chosen one to touch the sky
Dare to reach
Dare to rise
Find the strength to set my spirit free
Dare to dream

Dare to fly
Dare to be the heir, the chosen one to touch the sky
Dare to reach
Dare to rise
Find the strength to set my spirit free

Find the strength to do what I believe
Dare To dream

Read more...

03 September 2009

Mencegah A(H1N1)

MPPUPM08/09 menggesa pelajar Universiti Putra Malaysia agar tidak leka dalam pencegahan influenza A(H1N1) sungguhpun perebakan influenza kian redah! Pelajar perlu mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya bagi kepentingan diri dan juga orang lain! 

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik A(H1N1) di dunia masih lagi aktif dimana jumlah kes sehingga 30 Ogos 2009 adalah 246,221 dengan 2,958 kematian yang melibatkan 182 buah negara. Walau bagaimanapun, angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan semua negara melaporkan bilangan kes.

Ada orang yang mengatakan bahawa vaksin bagi A(H1N1) akan diwujudkan tidak lama lagi, jadi tidak perlu berwaspada dan takut. Namun, kenyataan ini tidaklah betul sepenuhnya. Sungguhpun syarikat farmasi tengah mempercepatkan penyelidikan penghasilan vaksin, vaksin yang dihasilkan tidak dapat menampung keperluan global pada masa yang terdekat. Hanya mereka yang sudi membayar dengan harga yang tinggi untuk vaksin akan mendapatnya. Tambahan lagi, terdapat simptom penularan virus ini yang menyukarkan lagi penghasilan vaksin.

Jadi, buat masa ini, MPPUPM08/09 meminta agar pelajar UPM berwaspada terhadap influenza A(H1N1) dan  mengambil langkah yang sepatutnya. 

Berikut merupakan serba sedikit fakta A(H1N1) bagi makluman pelajar UPM.

FAKTA A(H1N1)   

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
  3. Kanak-kanak dan remaja (<>
  4. Wanita mengandung 
  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus   
  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression) 
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain 
Cara Virus Merebak
 
Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
  1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
  2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
  3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat 
        ~ Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema. Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit. Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.  Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak. ~  
  4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit
  5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
  6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
  7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
  8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

~Dipetik dari Panduan Influenza A(H1N1), Kementerian Kesihatan Malaysia


Aspirasi Anda, Inspirasi MPP

Read more...

Mask up in crowded places, says DG

PETALING JAYA (Sept 2, 2009) : Although there have been 72 deaths from influenza A (H1N1) to date, Malaysians are still not paying heed to the Health Ministry’s advice to wear masks in crowded public places.

“Based on health officials observation, many people are still going to crowded places like shopping complexes, stalls and outlets and commercial buildings without face masks,” Health director-general Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican said in a statement today.

“Even though they do not show symptoms of Influenza A (H1N1), there is still potential for infection from those with symptoms. Worse still when people bring small children (to crowded places),” he said.

He said people should keep away from crowded places, including social gatherings and functions, as much as possible.

Urging everyone, yet again to strictly adhere to the Health Ministry’s advice, Mohd Ismail reminded parents and guardians to monitor their children’s health, especially those sitting for the UPSR examination next week.

“Please be extra careful especially for children with high risk factors such as asthma, and take the recommended measures to prevent them from being infected by the virus,” he said.

The Health Ministry reiterated its advice to all those with Influenza-like-Illness (ILI) symptoms, including those under home-quarantine, to practice social distancing by maintaining at least one metre of gap when dealing with other people.

Mohd Ismail said as of 9am today, 87 new patients with ILI have been admitted to hospitals for treatment, while 160 patients have been discharged.

“This brings the total number of ILI patients being treated in 106 hospitals nationwide to 1,238. Of the total, 264 have been confirmed positive of the virus,” he said.

From those confirmed positive of H1N1, 39 patients are under the Intensive Care Unit with 29 (74%) of them are from the high risk group.

Adopted From: theSun, Thursday, September 3 2009

Read more...

Jelajah Mahasiswa bersama Masyarakat (Zon Timur - Kelantan)

Makluman kepada semua peserta Jelajah Mahasiswa bersama Masyarakat (Zon Timur - Kelantan), bas akan bertolak dari UPM pada jam 9.00 malam. Semua peserta diminta berkumpul pada jam 8.45 malam mengikut zon yang telah ditetapkan seperti berikut:

Zon 1 (Tempat Menunggu Bas KC)
  • KMR, KTDI, KC, KTP, KPZ
Zon 2 (Depan Pejabat PJSD,Kolej Serumpun)
  • K12, K14, K15
Zon 3 (Depan Pintu Pagar K17)
  • K17
Zon 4 (Bawah Jejantas K10 & K11)
  • K10, K11

Peserta yang gagal untuk berada di tempat dan masa yang telah ditetapkan, akan dianggap tidak menyertai program ini. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada penganjur.

Berikut adalah senarai nama peserta terkini:
  1. Abdul Hadi bin Samsi

  2. Nor Azaliah Ahmad

  3. Nor Juliana Azmi

  4. Norhana Sudir

  5. Zulkhaili Zainal Abidin

  6. Fathiah Ngadinin @ Adinin

  7. Mariani Taib
  8. Nazhatul Amira Ahmad Noor

  9. Nor Aliana Abdullah

  10. Nor Paraliza Abd. Kahar

  11. Nur Fadhilah Abdul Razak

  12. Safarina Jaafar

  13. Nur Faezah bt Mohd Ayob

  14. Nurul Izza bt Sansudin

  15. Siti Nuraizat bt Chek Nooh

  16. Abdul Ra’uf Anuar

  17. Mohd Asyraf

  18. Zol Hazizi

  19. Aisyah Ibrahim

  20. Nur Hawa Thaharuddin

  21. Nur Hidayah Abd Rashid

  22. Nur Laila Mohd Rani

  23. Nurhafiza Kamaruddin

  24. Nurul Fazira Shariff

  25. Anas b Abu Hassan

  26. Nur Hafizah Ab. Aziz

  27. Nur Halimatul Sobrina

  28. Nurfadilah bt Zulkapli

  29. Nursafwanah Sabli

  30. Siti Nur Faradhilla Che Zahari

  31. Syafika bt Mohd Ghazi

  32. ‘Izzah Asy-Syamimi Kasim

  33. Ahmad Mukhzani Zulkifli

  34. Fadilah Musa

  35. Mohd Abd Halim Baharun Azahar

  36. Mohd Fazhil b Abdul Razak

  37. Mohd Fizwadie b Saruji

  38. Mohd Ramzulnasri Kamarusaman

  39. Muhamad Hazim Hussin

  40. Nabilah Nani

  41. Nadhirah bt Ahmad Tarmizi

  42. Nik Fazli Mohamad

  43. Norazerin Norzali

  44. Nur Shuhada Lamry

  45. Saleema Matusin

  46. Siti Aishah Azizan

  47. Siti Norhidayah Hamsi

  48. Zulfahmi Ahmad Saibi

  49. Fatin Wahida Rohimin

  50. Nor Hayati Mat Hassan

  51. Normala Karim

  52. Nur Affah Ahmad Zubir

  53. Nurratul Amira Mohamad Suhaimi
  54. Nurrul Khairulnizah Yahaya

  55. Rozila Mohamad

  56. Hafiz Mohamed Hadi

  57. Iryani Mohd Radzi

  58. Nurfazhilah Abdul Razak

  59. Pakeeyaraj a/l Nagalingam

  60. Rahimah Sapai

  61. Mohd Fahmi Mohd Zaki

  62. Siti Hajar Ismail

Sebarang masalah, sila hubungi talian 017-4633713 (Cc).

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP