30 August 2009

Hari Kemerdekaan Malaysia 2009

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia 2008/2009 mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia,

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE-52!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tema: 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Logo:Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Lirik Lagu 1 Malaysia


Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua



Read more...

Selamat Hari Jadi ke-52, Malaysia!

Negara kita, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-52 pada keesokkan hari. Hari ini cukup bermakna kerana ianya turut merupakan hari jadi kepada seluruh warga Malaysia. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana yang kita nikmati hari ini. Apakah pula perasaan anda sewaktu menanti ketibaan hari yang cukup bermakna ini?

Sungguhpun penularan influenza A (H1N1) semakin redah pada musim cuti sekolah dan bulan Ramadhan, semua pihak masih berwaspada dan mengambil berat terhadap perkara ini. Pihak kerajaan dan swasta turut mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan sambutan Hari Kemerdekaan secara besar-besaran. Maka, suasana ulang tahun Malaysia yang ke-52 ini kurang meriah.

Walaubagaimanapun, erti kemerdekaan tidak akan berkurang atau lupus tanpa sambutan secara besar-besaran. Apakah pula kenangan atau ingatan anda terhadap sambutan Hari Kemerdekaan? Proses perjuangan pemimpin negara demi kemerdekaan? Berkibarnya Jalur Gemilang? Perarakan dan persembahan yang menarik?

Bagi saya, perkara yang paling saya kenangi adalah iklan kemerdekaan karyaan mendiang Yasmin Ahmad, salah seorang penulis dan pembikin filem yang ulung di Malaysia. Setiap kali iklan karyaannya disiarkan, saya pasti akan menontonnya sampai habis dan ia telah menjadi satu kemestian. Sekarang, saya berasa agak kurang selesa dan kekok dengan ketiadaannya. Persembahan iklan itu yang merentasi batasan kaum ,agama, budaya dan adat resam sememangnya telah mempertunjukkan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Najib Razak.

1 Malaysia. Ada orang yang tertanya-tanya kenapa wujudnya konsep ini? Sememangnya, negara Malaysia hanya satu. Walaupun, ada kalanya, akan wujud frasa dalam berita yang tertulis seluruh Negara Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Jadi, persoalannya, kenapa YAB Perdana Menteri kita ingin memperkenalkan konsep ini?

Setelah 52 tahun merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan fahaman politik memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi mewujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama. Inilah konsep 1 Malaysia.

Tema Hari Kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Walaupun sambutan Hari Kemerdekaan telah berkurang pada tahun ini, tetapi perasaan cinta akan negara tidak akan berkurang. Seluruh warga negara turut boleh menyumbang tenaga dalam pemulihan ekonomi negara, mengurangkan kes jenayah dan hidup bersatu padu. Hadiah inilah yang paling bermakna kepada negara kita. SELAMAT HARI JADI, MALAYSIA! NEGARA YANG KU CINTA!


OOI DER JIUN

MPPUPM 08/09

Read more...

23 August 2009

Amalkan Langkah Pencegahan Di Bazar Ramadhan

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Sahabat-sahabat pelajar yang dikasihi sekalian. Dalam masa kita gembira dan teruja menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini, namun janganlah kita lupa pada wabak yang sedang menghantui kita semua. Langkah pencegahan dengan memakai topeng, membasuh tangan selepas bersin dan batuk, amalkan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahanSeperti yang kita sudah sedia maklum, Bazar Ramadhan merupakan antara kawasan tumpuan utama yang akan menjadi pilihan pelajar dan masyarakat setempat untuk membeli juadah berbuka puasa sepanjang Ramadhan ini. Buktinya, pada hari pertama Ramadhan sahaja telah menyaksikan bagaimana padat dan sesaknya Bazar Ramadhan di Sri Serdang dengan ratusan peniaga dan pengunjung mula membanjiri kawasan perniagaan tersebut seawal jam 5.00 petang.

Justeru, sebagai langkah keselamatan dan langkah berjaga-jaga terhadap kesihatan kita, maka saya mencadangkan agar setiap daripada kita mematuhi saranan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan memakai topeng khususnya apabila kita pergi ke kawasan-kawasan tumpuan. Walaupun mungkin ia menyebabkan kita berasa tidak selesa, namun adalah lebih baik sekiranya kita beringat dan mengambil langkah pencegahan yang pro-aktif demi memastikan keselamatan kita terjaga. Sesungguhnya, langkah pencegahan itu hanya akan berjaya jika kita mulakan dari tindakan kita sendiri.

Untuk mendapatkan topeng ini, sila dapatkannya di Pejabat Kolej Kediaman masing-masing atau anda boleh dapatkannya terus dari Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia. Kami di pihak MPP sedang berusaha untuk mendapatkan bekalan topeng ini daripada Pusat kesihatan Universiti untuk diagihkan terus kepada rakan-rakan sekalian.

Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan.

Mohd Syamsul Bin Salleh
Yang DiPertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Putra Malaysia

Read more...

21 August 2009

Ramadhan Al-Mubarak : Bulan Penuh Keberkatan

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan,di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untukmemperoleh kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungghnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini”

(Riwayat Abu Hurairah)

Saya mewakili rakan-rakan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sesi 2008/2009 (MPPUPM08/09) yang lain mengucapkan selamat menunaikan ibadah berpuasa kepada rakan-rakan pelajar UPM yang beragama Islam. Semoga kedatangan Ramadhan yang penuh keberkatan ini akan dijadikan platform terbaik untuk kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Yang Maha Esa. Bersama-samalah kita merebut keberkatan dan keredhaan dariNYA.

Mohd Syamsul Bin Salleh
Yang DiPertua,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Putra Malaysia

Read more...

12 August 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan Selamat menjalani peperiksaan pertengahan semester buat seluruh warga UPM! Semoga beroleh kejayaan dan mendapat keputusan yang gempak. Jangan lupa jaga kesihatan.

Best of Luck!

Read more...

11 August 2009

MAHASISWA SATU MALAYSIA SIRI 2 BERJAYA


Sekalung penghargaan tahniah kepada Universiti Utara Malaysia selaku Penyelaras Zon Utara kerana telah menjayakan Siri 2 Jelajah Mahasiswa di Utara!!

Sebanyak tiga kampung telah menjadi pilihan iaitu Kampung.Kuala Kerpan, Kampung Teroi Bukit dan Kampung Seberang Jaya. Seramai 120 orang pelajar yang terlibat menjayakan program ini.

Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk mengkaji permasalahan masyarakat luar bandar di samping mendalami kehidupan masyarakat yang berda di luar bandar selaras dengan gagasan 1 Malaysia.

Program tiga hari tersebut memberikan pengalaman manis yang cukup bermakna buat peserta program.

Jumpe lagi di Zon Timur dan Zon Selatan!!

Read more...

TAHNIAH BUAT GRADUAN UPM - KONVOKESYEN KE-33


MPP UPM mengucapkan tahniah kepada semula pelajar UPM yang telah bergraduat pada 8 sehingga 12 Ogos 2009. Semoga anda semua terus berjaya dalam semua lapangan bidang yang akan diceburi. Sumbangan bakti anda selama ini yang telah menyumbang kepada kejayaan UPM amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Proud to be Alumni UPM!!MPP UPM mengucapkan tahniah kepada semula pelajar UPM yang telah bergraduat pada 8 sehingga 12 Ogos 2009. Semoga anda semua terus berjaya dalam semua lapangan bidang yang akan diceburi. Sumbangan bakti anda selama ini yang telah menyumbang kepada kejayaan UPM amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Proud to be Alumni UPM!!

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP