24 July 2009

ROAD SHOW MPP SEMESTER 1 2009/2010

Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUPM) Sesi 2008/2009 telah menjalankan ROAD SHOW di kolej-kolej kediaman UPM bagi mengeratkan lagi hubungan antara MPPUPM dengan pelajar-pelajar. Tujuan ROAD SHOW ini diadakan adalah untuk mendengar suara pelajar dalam memberikan maklumbalas, komen dan cadangan dalam penambahbaikan kemudahan insfrastruktur di UPM serta menjadi medium bagi menyampaikan suara pelajar kepada pihak pengurusan UPM. ROAD SHOW ini dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu pada 20/07/2009 kumpulan 1 di KMR, kumpulan 2 di K2, kumpulan 3 di KTDI dan Kumpulan 4 di KC. Pada 21/07/2009 kumpulan 1 di K5, kumpulan 2 di K6, kumpulan 3 di Kosass dan kumpulan 4 di KTP. Seterusnya, pada 22/07/2009 kumpulan 1 di K10 & K11, kumpulan 2 di K13, kumpulan 3 di KPZ dan kumpulan 4 di K17. Akhir sekali pada 28/07/2009 gabungan kolej serumpun (K12, K14, K15, K16) akan mengadakan ROAD SHOW pada 28/07/2009. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini kebajikan pelajar akan terjaga.

Read more...

PROGRAM MAHASISWA SATU MALAYSIA SIRI I MENDAPAT SAMBUTAN

Program MAHASISWA SATU MALAYSIA anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UPM sesi 08/09 dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia & Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan dan Jemaah Presiden Kolej Kediaman UPM untuk siri I dilancarkan dengan jayanya serta mendapat sambutan hangat dan komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak. Untuk siri I ini adalah sesi Mahasiswa Bersama Kementerian Belia & Sukan dimana dialog pelajar secara terus dengan Yang Berhormat Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan Malaysia. Dalam sesi dialog ini juga pelbagai isu dibincangkan bagi mempertingkat dan memperkasakan lagi budaya rakyat Malaysia dalam mengenal erti perpaduan.

Read more...

16 July 2009

Mahasiswa 1 Malaysia : Lagu Tema

MENUJU DESTINASI

Berbakti dengan Ilmu tanda berbudi
berpadu jiwa bak saudara
sederap langkah penuhi inspirasi
menuju satu destinasi

Kita Siswa
Pendukung cita-cita
Ikhlas membina bangsa Negara

Chorus
KESABARAN membentuk Pekerti
KESYUKURAN cerminkan nilai Murni
KESEDARAN pertahan tradisi
Kan maju siswa julang pertiwi

Kita Siswa
Pendukung cita-cita
IKHLAS membina bangsa Negara

Chorus
KETABAHAN jiwa yang sejati
KESUNGGUHAN perkasakan jatidiri
Tak luntur walaupun dibebani
Kerana Kita BERSATU Hati

(Lagu ini merupakan lagu tema yang dicipta khas untuk program Mahasiswa 1 Malaysia)

Read more...

02 July 2009

PROGRAM MAHASISWA SATU MALAYSIA

Majlis Perwakilan Pelajar UPM sesi 08/09 dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia & Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan dan Jemaah Presiden Kolej Kediaman UPM akan menganjurkan Program MAHASISWA SATU MALAYSIA peringkat kebangsaan. Program yang mendapat sokongan penuh daripada pelbagai pihak ini bertujuan menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia tentang konsep 1 Malaysia iaitu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya, adat, pangkat dan segalanya. Program ini dipecahkan kepada 3 siri ini iaitu (siri 1 : Mahasiswa Bersama Kementerian Belia & Sukan pada 17-19 Julai 2009 bertempat di dewan besar PKKSSAAS UPM), (siri 2 : Jelajah Mahasiswa Bersama Masyarakat pada 31 Julai, 1 & 2 Ogos 2009 yang dipecahkan kepada 3 zon: Utara, Timur & Selatan ) dan (siri 3 : Majlis Penutupan dan Penyerahan Resolusi pada 15 Ogos 2009 bertempat di dewan banquet UPM). Semua warga kampus UPM dialu-alukan untuk hadir pada siri 1 bertempat di dewan besar UPM kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Semoga dengan adanya program ini, seluruh mahasiswa mampu mengaplikasikan konsep 1 malaysia ini.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP