30 March 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir!!

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Setelah hampir 14 minggu kita menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah, tutorial, makmal, amali dan sebagainya, akhirnya tibalah masanya untuk kita menghadapi peperiksaan akhir. Peperiksaan akhir inilah yang akan menjadi penentu kepada usaha yang telah kita lakukan sepanjang 14 minggu kulia semester ini.

Di kesempatan ini, saya mewakili sahabat-sahabat Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2008/2009 mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir kepada sahabat-sahabat pelajar Universiti Putra Malaysia khususnya dan kepada seluruh pelajar IPT Malaysia. Semoga usaha kita menuntut ilmu di sepanjang semester ini akan membuahkan hasil sepertimana yang kita harapkan. Sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih membanggakan kita melainkan kejayaan merealisasikan impian dan harapan ibu bapa dan keluarga untuk melihat anak-anak mereka berjaya.Semoga berjaya buat kalian semua.

Yang Di Pertua
MPPUPM 08/09

Read more...

03 March 2009

KONVENSYEN MAULIDUR RASUL PELAJAR IPT PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

"MEMPERKASAKAN KEINTELEKTUALAN UMMAH"

PEMBENTANG KERTAS KERJA:
Y.BHG.Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz
Y.BHG.Tuan Hj Fakuruddin Haji Eshak

Tarikh : 8 Mac 2009 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM

-SEMUA DIJEMPUT HADIR-

Anjuran:
Majlis Perwakilan Pelajar
dengan kerjasama
Pejabat Pendaftar,
Bah. Hal Ehwal Pelajar,
Pusat Islam Universiti,
Jemaah Presiden MTM,
Universiti Putra Malaysia

Read more...

MPPUPM 08/09 TURUN PADANG… SATU LAGI TINDAKAN MPP MEMBELA DAN MEMPERJUANGKAN HAK KEBAJIKAN PELAJAR, UPM

ISU HARGA MAKANAN DAN KEBERSIHAN KAFETERIA


Seluruh exco MPPUPM sesi 08/09 akan membuat pemantauan harga dan kebersihan makanan secara besar-besaran sekitar 03/03/09 – 06/03/09 di kebanyakkan kafeteria yang terdapat di sekitar UPM.

Antara kafeteria yang menjadi sasaran :

  • Kafeteria Kolej Canselor
  • Kafeteria Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)
  • Kafeteria Kolej Muhamad Rashid (KMR)
  • Kafeteria Kolej Serumpun
  • Kafeteria Kolej Tujuhbelas (K17)
  • Park View (bersebelahan bangunan pentadbiran)
  • Kafeteria Kolej Sepuluh (K10)
  • Putra Food Court

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP